telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

KENYATAAN MEDIA MENTERI DALAM NEGERI ÔÇô PENGLIBATAN AGENSI DI BAWAH KEMENTERIAN DALAM NEGERI DALAM MEMBANTU MANGSA BANJIR

Selain agensi-agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN), penglibatan kementerian lain seperti Kementerian Pertahanan, Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara, JPM telah bergerak secara bersepadu dalam OPS BANJIR.

Penglibatan agensi KDN seperti berikut :

A)      Polis

  • Seramai 2,443 pegawai dan anggota polis telah ditempatkan di lima buah negeri (Terengganu, Pahang, Johor, Kelantan dan Melaka).
  • Sebanyak 310 buah bot yang digunakan untuk membantu mangsa banjir.

B)       JPAM

  • Seramai 1,002 petugas JPAM telah ditempatkan di lima buah negeri (Terengganu, Pahang, Johor, Kelantan dan Melaka).
  • Ahli JPAM telah bertugas di 257 Pusat Pemindahan Banjir di negeri-negeri tersebut.
  • Kelengkapan aset bantuan mangsa banjir : bot 97 buah, pacuan 4 roda 53 buah dan lori 42 buah

C)      RELA

  • Seramai 1,967 anggota RELA dikerahkan untuk membantu mangsa banjir di tiga buah negeri (Pahang, Terengganu dan Kelantan)
  • Anggota RELA telah bertugas di 71 Pusat Pemindahan Banjir (PPB).

D)      JABATAN PENDAFTARAN NEGARA

  • Semua pejabat JPN di negeri Kelantan, Pahang dan Johor telah diarah untuk bekerjasama dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Banjir supaya mangsa-mangsa banjir yang telah hilang dokumen pengenalan diri seperti MyKad, Sijil Kelahiran ataupun Sijil Perkahwinan akan diberikan gantian dokumen berkenaan secara segera dan percuma apabila mereka membuat permohonan.

E)       JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA

  • JIM menyediakan kemudahan gantian passport secara gratis (percuma) kepada mereka yang kehilangan passport atau kerosakan passport disebabkan musibah bencana alam.
  • Walaubagaimana pun beberapa syarat perlu dipenuhi dengan mengemukakan bukti-bukti seperti Surat/Laporan Pengesahan Banjir daripada Pegawai Daerah/Penghulu atau Ketua Kampung.
  • Selain itu, gantian passport secara gratis akan diberikan kepada individu yang memegang passport yang masih mempunyai sah laku SAHAJA.
  • Bayaran seperti biasa akan dikenakan sekiranya passport tersebut telah tamat tempoh atau tempoh sahlaku kurang dari 6 bulan.

 

Pihak KDN akan sentiasa memantau dan memberi bantuan kepada mana-mana pihak yang memerlukan bantuan kecemasan semasa bencana banjir.

Talian yang boleh dihubungi untuk sebarang kecemasan adalah 999.

 

Kuala Lumpur, 5 Disember 2013

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 19 April 2024.
Visitor Count : 1085314

moha qrcode