telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

KENYATAAN MEDIA MENGENAI OPERASI BERSEPADU FASA 2

 

 

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah mengadakan Operasi Bersepadu Fasa 2 bermula 12.01 tengah malam tadi telah berjaya memeriksa 6,149 orang dalam 107 operasi di seluruh negara.  Hasil ke semua operasi tersebut, seramai 1,565 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) telah ditangkap atas pelbagai kesalahan Imigresen.

Antara warganegara yang ditangkap dalam tempoh tersebut adalah Indonesia seramai 695 orang diikuti Bangladesh 255 orang, Myanmar 157 orang.  Lain-lain warganegara yang turut ditangkap adalah Cambodia, Vietnam, India, Pakistan, Filipina, PRC, Nigeria dan Thailand.

Operasi pada hari pertama ini melibatkan kekuatan anggota seramai 2,015 orang yang terdiri daripada pelbagai agensi iaitu 952 orang daripda Jabatan Imigresen Malaysia, 521 orang daripada RELA, 143 orang daripada PDRM, 93 orang daripada JPAM, 67 orang daripada JPN, 13 orang daripada SPRM dan selebihnya daripada lain-lain agensi.

Operasi Bersepadu Fasa 2 bersama agensi-agensi yang berkaitan akan dilaksanakan secara berterusan sehingga hujung tahun ini dengan mengesan, menangkap, mendakwa dan mengusir warganegara asing yang melanggar peruntukan undang-undang negara seperti di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Passport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963; dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

Dalam tempoh Operasi Bersepadu Fasa 2 ini beralngsung, majikan yang dikesan menggaji PATI boleh diambil tindakan perundangan di bawah Akta Imigresen 1959/63 di mana majikan didakwa di bawah empat kesalahan utama iaitu di bawah Seksyen 55A untuk membawa masuk PATI, Seksyen 55E untuk membenarkan PATI masuk dan tinggal di premis dan Seksyan 56 (1) (d) untuk kesalahan melindungi PATI.  Selain itu, majikan juga boleh didakwa di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Pindaan 2010)(ATIP SOM).

JIM mengingatkan orang ramai dan majikan supaya tidak melindungi PATI atau terpaksa berhadapan dengan tindakan undang-undang.  Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang PATI atau sebarang maklumat yang boleh membantu JIM dalam melaksanakan penguatkuasaan supaya tampil menyalurkan maklumat tersebut.

 

JIM, 21 Januari 2014

 

#TAMAT#

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 22 April 2024.
Visitor Count : 1087066

moha qrcode