telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

  • Home
  • Berita
  • Ahli perniagaan tak mengaku sebabkan kematian Koperal Safwan

Ahli perniagaan tak mengaku sebabkan kematian Koperal Safwan

KAJANG: Ahli perniagaan dipercayai memandu dalam keadaan mabuk hingga merempuh anggota polis di sekatan jalan raya Op Covid-19 di Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas), Kajang, pada 3 Mei lalu didakwa di dua mahkamah berasingan di sini, hari ini.

K. Kalaichelvan 44, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dengan tiga pertuduhan membabitkan Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 26 (1) akta sama kerana memandu di bawah pengaruh alkohol serta memandu tanpa lesen sah dan Seksyen 26(1) Akta Polis 1967 kerana tidak berhenti di sekatan jalan raya.

Tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Tamil oleh juru bahasa mahkamah di hadapan Hakim, Mohd Kafli Che Ali.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memandu jip, menggunakan kenderaan tersebut dengan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang anggota polis yang sedang menjalankan sekatan jalan raya iaitu Safwan Mohamad Ismail, 31, di Lebuhraya Lekas Kajang Hulu Langat, pada jam 2.10 pagi, 3 Mei lalu.

Bagi kesalahan ini, dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87) dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang boleh membawa hukuman penjara tidak kurang tiga tahun dan tidak lebih 10 tahun dan denda tidak kurang RM8,000 serta tidak lebih RM20,000 jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua pula, lelaki tersebut didakwa memandu jip berkenaan dan tidak mematuhi apa-apa syarat munasabah yang diberi oleh seorang pegawai polis menghendaki orang atau kenderaan itu berhenti sebelum sampai di sekatan itu pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Kali ini dia didakwa di bawah Seksyen 16(2) Akta Polis 1967 (Akta 334) dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi 12 bulan atau denda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
 

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Blok D1, D2, D7 & D9, Kompleks D, Pusat Pentadbiran, Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 07 December 2022.
Visitor Count : 840737

moha qrcode