telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

  • Home
  • Berita
  • Elak penerbangan dijadikan alasan untuk langgar PKP

Elak penerbangan dijadikan alasan untuk langgar PKP

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin (dua, kanan) melihat batu sempadan antarabangsa Malaysia-Thailand di Pengkalan Kubang Pak Hitam sempena lawatan kerja sehari beliau ke Kelantan hari ini. - foto BERNAMA RANTAU PANJANG:

Kerajaan akan menambah baik prosedur operasi standard (SOP) di lapangan terbang, bagi mengelak orang ramai sengaja memilih menggunakan perkhidmatan domestik udara ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata perkara itu akan dibawa ke mesyuarat harian jemaah menteri memandangkan lapangan terbang berada di bawah Kementerian Pengangkutan.

“Setakat ini pengguna lapangan terbang hanya diperiksa suhu badan sahaja. Bagaimanapun mana-mana pihak yang ingin ke sesuatu destinasi perlu mendapat kebenaran bertulis Ketua Polis Daerah kawasan masing-masing sebelum mereka dapat memulakan perjalanan,” katanya.

Beliau berkata, walaupun operasi penerbangan masih berjalan, setakat ini tidak ramai yang menggunakan perkhidmatan itu.

“Namun kita akan menambahbaik SOP di lapangan terbang,” katanya selepas melawat Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS ) Rantau Panjang dan pejabat Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Hamzah berkata, jumlah kenderaan yang keluar semakin meningkat sejak beberapa hari lalu, berbanding minggu lalu.

“Jika dilihat sejak beberapa hari lalu, sekatan jalan raya (SJR) di banyak lokasi mengalami kesesakan teruk yang jelas menunjukkan berlaku peningkatan kenderaan.

“Semalam, jumlah kenderaan yang keluar mencecah sebanyak 550,000 kenderaan di seluruh negara.

“Justeru, saya sudah mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya memperketat kawalan di SJR dan meminta orang ramai tidak keluar tanpa urusan penting,” katanya.

Sumber https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/678308/elak-penerbangan-dijadikan-alasan-untuk-langgar-pkp

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 22 March 2024.
Visitor Count : 1077756

moha qrcode