telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

  • Home
  • Berita
  • COVID-19: HARI POLIS KE-213 TIDAK DISAMBUT ESOK

COVID-19: HARI POLIS KE-213 TIDAK DISAMBUT ESOK

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin. - Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Tiada sambutan Hari Polis ke-213 esok, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata, ketiadaan sambutan itu berikutan negara dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Memandangkan negara dalam tempoh PKP, maka pada tahun ini tiada sambutan Peringatan Hari Polis ke-213 diadakan," katanya dalam ucapan sempena Hari Polis ke-213, sebentar tadi.

Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada petugas barisan hadapan yang bersama-sama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya, mereka adalah kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Imigresen, Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), RELA dan semua agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).

"Dalam memastikan kedaulatan negara dan ketenteraman awam terus terjamin, saya memohon rakyat memahami bahawa tanggungjawab ini bukan sahaja terletak di bahu PDRM bahkan ia juga adalah tanggungjawab bersama.

"Saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Polis ke-213. Semoga warga PDRM akan terus kental dan bersemangat memberi khidmat mereka demi menjaga kedaulatan, keselamatan, kesejahteraan rakyat dan negara Malaysia.

"Yakinlah, ia satu khidmat yang mulia dan diberkati, Allah SWT akan merahmati," katanya.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/668890/covid-19-hari-polis-ke-213-tidak-disambut-esok

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 19 April 2024.
Visitor Count : 1085447

moha qrcode