telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

  • Home
  • Berita
  • SATU TANGGUNGJAWAB BESAR PEGANG PORTFOLIO KDN

SATU TANGGUNGJAWAB BESAR PEGANG PORTFOLIO KDN

PUTRAJAYA: “Saya kira bernasib baik kerana boleh belajar mengenai banyak perkara berkaitan Kementerian Dalam Negeri dengan Perdana Menteri sendiri,” kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Ahli Parlimen Larut itu mengakui banyak perkara yang perlu dipelajarinya selepas memasuki kementerian itu.

“Namun, saya kira bernasib baik kerana masih boleh belajar selok belok kementerian daripada Muhyiddin yang juga bekas menteri di kementerian ini.

“Pada masa sama, ini satu tanggungjawab besar yang diberikan. Bukan hanya amanah itu diberikan pada saya tetapi ia turut diberikan kepada keseluruhan rakan Timbalan Menteri dan Ketua Setiausaha kementerian yang ada.

“Kami akan bekerjasama dengan semua pegawai bagi memastikan segala agenda yang perlu kita lakukan, wajib (untuk) dilakukan. Ini adalah kementerian yang sepatutnya menyelesaikan semua masalah keselamatan yang ada di dalam negara dengan sebaik mungkin,” katanya katanya kepada pemberita, hari ini.

Yang turut hadir dua timbalannya, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said dan Jonathan Yassin serta Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Jamil Rakon.

Hamzah juga berkata, beliau tidak pernah menyangka beliau akan kembali menyertai barisan Kabinet bawah kerajaan baharu Perikatan Nasional (PN).

Antara agensi bawah KDN ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Penjara, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Pendaftar Pertubuhan (ROS), Jabatan Sukarelawan Malaysia dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM).

Hamzah kali terakhir menjawat jawatan menteri ialah sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada 2018.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/664284/banyak-perkara-saya-kena-belajar

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 22 April 2024.
Visitor Count : 1087645

moha qrcode