telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

KDN LAKUKAN KAWAL SELIA

 

 

SEBAGAI negara Islam yang mempunyai industri penerbitan al-Quran, kita amat memerlukan sebuah entiti bagi memastikan teks yang disalin sama ada dalam bentuk mushaf atau terkini boleh didapati secara digital tidak mempunyai kecacatan atau kesilapan.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang berperanan menjaga keselamatan negara turut terbabit secara langsung dalam memartabatkan kesucian al-Quran di Malaysia.

Setakat Januari hingga April tahun ini, KDN menerusi pihak penguatkuasaan berkaitan perlindungan al-Quran sudah merampas 18,705 mushaf dan bahan berkaitannya di pintu masuk negara. Di Malaysia, sejumlah 2,494 berjaya dirampas. Kedua-dua rampasan berkenaan bernilai hampir RM742,000.

Berkesempatan mengadakan temu bual eksklusif bersama Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim di pejabatnya memberikan gambaran jelas berkenaan langkah kerajaan bagi memastikan kesucian al-Quran terus terpelihara.

“Kesucian al-Quran bukan sesuatu yang boleh dipandang remeh kerana Malaysia adalah negara Islam dan tidak boleh berlaku kepincangan,” katanya.

Kawal selia dilakukan KDN menerusi Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan al-Quran (LPPPQ) yang dianggotai mufti di seluruh Malaysia. Tidak sekadar itu, Malaysia juga mempunyai akta khas bagi melindungi al-Quran iaitu Akta Percetakan Teks al-Quran 1986.

Alwi berkata, dari segi penerbitan, setiap al-Quran yang bakal diterbitkan perlu mendapat perakuan betul daripada LPPPQ terlebih dahulu. Pruf akhir al-Quran yang akan dicetak hendaklah terlebih dahulu dikemukakan kepada LPPPQ untuk semakan.

“Apabila disahkan betul oleh LPPPQ baru cetakan boleh dibuat. Cop ‘Perakuan Betul’ LPPPQ akan dicetak pada setiap al-Quran.

“Begitu juga dari segi pengimportan, setiap al-Quran yang hendak dibawa masuk dari luar negara hendaklah mendapat kelulusan LPPPQ. Selepas mendapat ‘Perakuan Betul’ dari LPPPQ barulah al-Quran itu boleh diimport masuk,” katanya.

Sebelum mushaf al-Quran mendapat ‘perakuan betul’ semakan akan dibuat dengan teliti oleh Lajnah Tasheh al-Quran KDN terdiri daripada 35 hafiz yang juga pakar dalam penulisan al-Quran (Rasm dan Dhabt al-Quran).

KDN bukan saja memantau penerbitan, malah pencetakan al-Quran dan pelesenan dibuat ke atas kilang yang mencetak al-Quran. Al-Quran tidak boleh dicetak melainkan di kilang yang mempunyai Lesen Mencetak Teks al-Quran.

Jelasnya, cabaran yang dihadapi ketika ini ialah kemasukan al-Quran dari luar negara yang kebanyakannya tiada kelulusan import, tanpa semakan dan tidak mempunyai perakuan LPPPQ.

“Kerjasama erat antara KDN dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia dibuat bagi membuat pemeriksaan di semua pintu masuk negara. Pegawai KDN sememangnya ditempatkan di pintu masuk negara seperti di KLIA, Pelabuhan Klang, Pulau Pinang, Johor, Kedah, Kelantan, Sabah dan Sarawak.

“Bagi al-Quran yang berada di pasaran negara, operasi pemeriksaan diadakan dari semasa ke semasa oleh pegawai penguatkuasa KDN dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri di kedai-kedai menjual al-Quran bagi memastikan hanya al-Quran yang ada kelulusan dijual,” katanya.

Setakat ini 57 kilang pencetakan sudah mendapat Lesen Mencetak Teks al-Quran yang juga dikeluarkan LPPPQ. Tujuan pelesenan dikeluarkan bagi memastikan kilang yang mencetak al-Quran memahami dan menjaga kemuliaan serta kesucian al-Quran antaranya dari segi pengendalian. Selain itu, hanya pekerja Islam sahaja yang dibenarkan untuk mengendalikan proses mencetak al-Quran.

Tidak sekadar itu, KDN juga mempunyai hubungan yang rapat dengan pusat pencetakan al-Quran Mujamma’ Malik Fahd, Arab Saudi memandangkan Malaysia berpandukan sepenuhnya kepada al-Quran terbitan Mujamma’ Malik Fahd di Arab Saudi dalam menetapkan kaedah penulisan al-Quran Malaysia.

Katanya, sekiranya terdapat perubahan kepada tanda bacaan pada al-Quran terbitan terbaru Mujamma’ Malik Fahd maka di Malaysia juga membuat perubahan yang sama.

“KDN juga meneroka kerjasama dengan Lajnah Pentashehan al-Quran Indonesia. Beberapa perbincangan dibuat bagi melihat aspek kerjasama yang boleh dijalinkan antara kedua-dua badan pentasheh al-Quran.

“Kerjasama juga dirangka dalam aspek pemantauan dan kawal selia al-Quran peringkat serantau melalui Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan (SOM) Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura (MABIMS) yang diurus selia Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),” katanya.

Berkenaan isu al-Quran digital, berdasarkan semakan KDN terdapat hampir 500 aplikasi al-Quran yang tersedia dalam Google Play Store dan Apple App Store di seluruh dunia.

Katanya, semakan mendapati sebahagian aplikasi al-Quran itu menggunakan kaedah penulisan Rasm Uthmani yang diguna pakai di Malaysia dan sebahagian yang lain menggunakan Rasm berbeza.

Terdapat juga terjemahan dalam aplikasi berkenaan yang tidak selaras dengan pegangan ahli Sunnah wal Jamaah diamalkan di Malaysia.

“Oleh itu, KDN dengan kerjasama JAKIM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sudah membangunkan aplikasi Smart Quran berdasarkan kaedah penulisan al-Quran di Malaysia/Rasm Uthmani, disemak selain diperakukan LPPPQ.

“Seterusnya terjemahan JAKIM iaitu Tafsir Pimpinan al Rahman digunakan manakala bacaan qari diambil dengan kebenaran bertulis daripada Mujamma’ Malik Fahd Arab Saudi. Maknanya dari segi kandungan semuanya sudah disemak dan diperakukan kesahihannya,” katanya.

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 22 March 2024.
Visitor Count : 1077162

moha qrcode