telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

  • Home
  • Berita
  • 63.15 PERATUS JANJI MANIFESTO DI BAWAH KDN TELAH TERLAKSANA - MUHYIDDIN

63.15 PERATUS JANJI MANIFESTO DI BAWAH KDN TELAH TERLAKSANA - MUHYIDDIN

PUTRAJAYA: Sebanyak 63.15 peratus daripada janji-janji manifesto Pakatan Harapan berkaitan Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah terlaksana melalui pelaksanaan 19 inisiatif di bawah tanggungjawab kementerian sehingga 30 April lepas.

Menterinya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata setakat ini beliau berpuas hati dengan pencapaian itu, walaupun masih banyak ruang yang perlu diperbaiki dan diberi tumpuan.

"Pencapaian ini juga menunjukkan komitmen warga KDN dalam memenuhi janji-janji manifesto dan seterusnya memastikan tanggungjawab KDN dalam memelihara keselamatan, keamanan dan ketenteraman awam dapat ditunaikan," katanya semasa berucap pada Program Penerapan Nilai Murni di Bulan Ramadan, di sini pada Khamis.

Pada 9 Mei lepas, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan prestasi kerajaan PH dalam memenuhi janji-janji manifesto dalam tempoh setahun adalah sebanyak 39.01 peratus.

Di peringkat KDN, Muhyiddin berkata usaha berterusan perlu dilaksanakan terutamanya dalam mempertingkatkan usaha mengurangkan kadar jenayah yang sentiasa menjadi keutamaan kementerian.

"Ini termasuk usaha menangani isu pendatang asing tanpa izin, mengurangkan kadar berulang dan 'residivis' (pesalah berulang), mengawal sempadan darat dan kawasan maritim negara, serta reformasi dan kajian terhadap undang-undang berkaitan keselamatan", katanya.

Dari segi prestasi KDN di bawah Indikator Prestasi Menteri (MPI), Muhyiddin berkata pada Mac 2019, pencapaian kementerian ialah 92.11 peratus.

"Bagi tiga bulan pertama 2019, indeks jenayah bagi setiap 100,000 penduduk kekal rendah iaitu 61.26 peratus, berbanding sasaran sebanyak 66.52 peratus," katanya.

Muhyiddin berkata aktiviti penguatkuasaan ke atas pendatang tanpa izin dan majikan yang menggaji mereka, turut diteruskan dengan 2,924 operasi telah dijalankan dalam tempoh tersebut.

Dalam usaha mengurangkan kadar residivis, katanya seramai 286 orang yang diparol telah menjalani program perkongsian pintar korporat yang bertujuan menyediakan latihan dan penempatan pekerjaan kepada mereka, selepas selesai menjalani tempoh parol.

Muhyiddin berkata beliau yakin dengan komitmen warga KDN melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing, untuk kementerian meneruskan momentum dan mencapai semua sasaran yang ditetapkan bagi semua 27 aktiviti di bawah MPI bagi 2019.

-- BERNAMA

SUMBER ASTRO AWANI

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/63-15-peratus-janji-manifesto-di-bawah-kdn-telah-terlaksana-muhyiddin-208418

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 19 April 2024.
Visitor Count : 1085455

moha qrcode