telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

  • Home
  • Berita
  • Majlis Sambutan dan Sesi Taklimat KDN kepada YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Menteri Dalam Negeri

Majlis Sambutan dan Sesi Taklimat KDN kepada YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Menteri Dalam Negeri

Image may contain: 3 people, people smiling, suit and indoor 

PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin hari ini memulakan tugas hari pertamanya di Kementerian Dalam Negeri Putrajaya.

 

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin yang tiba kira-kira jam 9.00 pagi disambut oleh Pengurusan Tertinggi dan warga KDN di lobi Blok D1. Setelah selesai bacaan doa, beliau mengetik kad perakam waktu di pejabat barunya bagi memulakan tugas sebagai Menteri Dalam Negeri. Beliau kemudiannya diberikan taklimat oleh Ketua Setiausaha KDN, YBhg. Dato’ Seri Alwi bin Hj Ibrahim.

 

Hadir sama ialah Ketua-ketua Pengarah Jabatan dan Agensi dibawah KDN termasuk Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali.

 

Beliau yang ditemui pemberita selepas itu memaklumkan bahawa antara agenda utama yang akan diberi perhatian oleh KDN ialah usaha memastikan keselamatan dan keamanan negara selain isu berkaitan imigresen dan pekerja asing.

 

Perkara lain yang akan turut diberi perhatian ialah usaha mengurangkan kadar jenayah dan membanteras penyalahgunaan dadah serta hal berkaitan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 22 March 2024.
Visitor Count : 1077592

moha qrcode