telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

  • Home
  • Berita
  • Agenda keselamatan dan keamanan, pekerja asing fokus KDN - - Muhyiddin

Agenda keselamatan dan keamanan, pekerja asing fokus KDN - - Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Usaha memastikan keselamatan dan keamanan negara selain isu berkaitan imigresen dan pekerja asing merupakan antara agenda utama yang akan diberi perhatian Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Menteri berkenaan, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata perkara lain yang akan turut diberi perhatian ialah usaha mengurangkan kadar jenayah dan membanteras penyalahgunaan dadah serta hal berkaitan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

Perkara itu akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri yang dijangka diadakan Rabu ini, kata Muhyiddin kepada pemberita selepas mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia bersama 12 menteri kabinet yang lain di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara pada Isnin.

 "Hasrat saya ialah memastikan keselamatan dan keamanan negara sentiasa terjamin selain melaksanakan tugas yang diamanahkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Kita mahu aspek keselamatan menjadi sebahagian daripada perkara yang ditekankan kepada rakyat. InsyaAllah saya akan laksanakan apa yang terbaik," kata Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu.

-- BERNAMA

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 22 March 2024.
Visitor Count : 1077783

moha qrcode