Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar berkata, modul-modul pemulihan tahanan militan melibatkan mereka yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu, telah menjadi rujukan negara-negara lain.

 

 

Beliau berkata, tahanan-tahanan militan di bawah Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA) iaitu akta digunakan selepas ISA dimansuhkan, walau bagaimanapun belum dapat diukur kejayaannya kerana golongan itu masih menjalani proses deradikalisasi.

 

"Namun kita yakin peratusan kejayaannya akan meningkat (melebihi 97.5 peratus) kerana telah melalui pelbagai penambahbaikan. Ini termasuklah pendekatan baharu dengan memberi bantuan kemudahan kepada keluarga tahanan dan menyediakan mereka dengan kemahiran selepas keluar (tahanan).

 

"Penyediaan modul-modul ini (POTA) telah menggunakan khidmat seramai 47 orang pakar pelbagai bidang yang dilantik Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi)," katanya.

 

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Deradikalisasi (ICOD) 2018 - 'Strategi Menstruktur Semula Redakalisasi Dalam Melawan Keganasan', anjuran  di sebuah hotel di sini hari ini.

 

Yang turut hadir Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Dr. Mohd. Mizan Mohammad Aslam. - UTUSAN ONLINE

http://m.utusan.com.my/berita/nasional/modul-pemulihan-militan-jabatan-penjara-capai-97-5-peratus-kejayaan-1.628130