telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

  • Home
  • Berita
  • PDRM, JPBM Tandatangani Nota Kerjasama Dalam Siasatan Kebakaran - Zahid

PDRM, JPBM Tandatangani Nota Kerjasama Dalam Siasatan Kebakaran - Zahid

KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyaksikan majlis menandatangani nota kerjasama di antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam siasatan kebakaran.

Nota kerjasama itu ditandatangani Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Wan Mohd Nor Ibrahim di Maktab PDRM di sini.

Melalui kerjasama tersebut, semua siasatan kes kebakaran yang dilaksana PDRM diserahkan kepada JBPM berkuat kuasa hari ini.

Bagaimanapun, sekiranya hasil siasatan oleh JBPM mendapati kejadian kebakaran mempunyai unsur jenayah, jabatan itu akan melapor dan menyerahkan laporan siasatan kepada PDRM supaya siasatan lanjut dari sudut jenayah dapat dilakukan.

Ahmad Zahid dalam ucapannya pada majlis itu berkata nota kerjasama pintar berkenaan akan memberi impak yang tinggi terutama dari segi mengurangkan jangka masa siasatan selain mengelak pertindihan tugas kedua-dua agensi.

Ahmad Zahid berkata kerjasama itu memecahkan kerja bersifat silo kedua-dua agensi berkenaan selama ini sehingga berlaku kelewatan dalam menyelesaikan kes kebakaran.

Katanya, 3,901 kertas siasatan kes kebakaran dibuka PDRM sejak tiga tahun lepas namun 477 kes tertangguh dan belum selesai.

"Ketika itu, bomba bergantung kepada PDRM, PDRM bergantung kepada bomba. Mudah-mudahan dengan kerjasama ini, ia (siasatan kes kebakaran) dapat dimuktamadkan segera.

"Siasatan konklusif dapat dilakukan, masing-masing (PDRM dan JBPM) tidak lagi boleh main tarik tali siapa lebih berkuasa dan siapa yang ada bidang kuasa yang lebih dalam soal ini," tegasnya.

Beliau sekali gus meminta kementerian, jabatan dan agensi lain supaya mencontohi PDRM dan JBPM dalam melaksanakan kerjasama pintar ke arah memberi khidmat lebih baik kepada rakyat.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, mahu hanya seorang jurucakap mewakili agensi-agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana ditugaskan memberi kenyataan media bagi mengelak kekeliruan maklumat kepada orang ramai.

"Ini supaya kenyataan selaras dan rakyat tidak keliru," kata timbalan perdana menteri sambil menambah sebarang maklumat rahsia juga tidak harus didedahkan kepada umum.

Setelah menyaksikan majlis menandatangani nota kerjasama itu, Ahmad Zahid menyempurnakan majlis pelancaran PDRM Night Run 2018 pada 17 Mac ini di Dataran Merdeka sempena Hari Polis ke-211.

 

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1430898

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 22 March 2024.
Visitor Count : 1077265

moha qrcode