telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

  • Home
  • Berita
  • Malaysia Sedia Kongsi Pengalaman Program Deradikalisasi - TPM

Malaysia Sedia Kongsi Pengalaman Program Deradikalisasi - TPM

PUTRAJAYA, 6 Jan (Bernama) -- Kerajaan Malaysia sedia berkongsi pengalaman melaksanakan program deradikalisasi bagi memulihkan mereka yang terlibat dalam kegiatan militan dengan negara lain terutamanya negara berhadapan dengan konflik keganasan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata usaha itu akan dilaksanakan dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan berpusat di Arab Saudi, Rabitah Al-Alami Al-Islami (Liga Muslim Dunia).

Beliau berkata Malaysia menekankan usaha membanteras keganasan, militan dan ekstremisme bukan sahaja melalui kaedah kepolisan dan ketenteraan, tetapi juga dengan menangani jiwa dan minda mereka memandangkan isu berkenaan berkaitan dengan ideologi dan kepercayaan yang disalah tafsir.

 

"Kami akan berkongsi pengalaman deradikalisasi yang kami capai kejayaan begitu tinggi 97.5 peratus," katanya pada sidang media selepas majlis penutupan Dialog Keselamatan Antarabangsa Putrajaya (PISD) 2018 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, di sini, hari ini.


PISD 2018 yang berlangsung selama dua hari bertemakan 'Kebijaksanaan dan Kesederhanaan Dalam Membanteras Keganasan' dianjurkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan kerjasama Rabitah Al-Alami Al-Islami dan dihadiri lebih 1,000 peserta daripada 14 negara termasuk negara bukan Islam.

Ditanya berhubung seruan Najib kepada cendekiawan Islam supaya merangka pendidikan berlandaskan teologi Islam dan fiqah kesederhanaan bagi membanteras keganasan, Ahmad Zahid berkata KDN tidak berhasrat untuk bergerak dalam silo atau sendirian bagi menangani isu itu.

Beliau yang juga pengerusi Majlis Perundingan Islam berkata majlis itu sentiasa bekerjasama dengan ulama dan cendekiawan Islam dalam pelbagai bidang bagi memastikan ideologi dan pemikiran yang menjurus kepada ekstremisme dapat kembali kepada Al-Quran dan Hadis.

"Semua agama mempunyai golongan ekstremis dan soal membendung kumpulan itu perlu dilakukan oleh semua agama," katanya.

-- BERNAMA

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 25 April 2024.
Visitor Count : 1088122

moha qrcode