telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

LAWATAN TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI KE CIQ BUKIT KAYU HITAM

Bukit Kayu Hitam, 13 Januari 2014 ÔÇô YB Datuk Dr Wan Junaidi, Timbalan Menteri Dalam Negeri telah mengadakan lawatan ke CIQ Bukit Kayu Hitam dan ia merupakan lawatan bersiri beliau ke negeri-negeri yang bersempadan kepada Thailand selepas lawatan beliau ke Kelantan sebelum ini.

Beliau berpuas hati dengan kerjasama semua 14 agensi di CIQ Bukit Kayu Hitam namun mengingatkan mereka agar menjalankan peranan sewajarnya dalam menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM2014) dan penubuhan Komuniti Asean menjelang 2015.

2 Taklimat Oleh Imigresen Berkenaan ICQ Bukit Kayu Hitam

Terdahulu, Wan Junaidiyang dalam lawatan kerja ke sempadan Malaysia/Thai di sini diberi taklimat oleh agensi-agensi di bawah KDN di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Bukit Kayu Hitam dan beliau melihat isu sempadan sangat penting kerana melibatkan keselamatan, sosial dan perhubungan dua negara yang perlu dijaga dan diteliti dengan betul.

5 TMDN Diberi Penjelasan Berkenaan Alat Imbasan

Kemasukan warga asing di sempadan ada juga mendatangkan kesan negatif seperti jenayah dan penyeludupan tetapi ia menjadi tanggungjawab PDRM dan UPP untuk membendung kegiatan ini supaya perhubungan Malaysia dan negara satu lagi seperti Thailand tidak terjejas. 

9 TMDN Melawat ICQ Sadao Thailand

Beliau mengalu-alukan kemasukan warga asing sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 tetapi beliau meminta agar warga asing tidak membawa budaya mereka yang tidak baik dan juga melakukan kegiatan jenayah di sini.

Beliau harap lawatan ini dapat memberi dorongan kepada pegawai-pegawai agensi di sini untuk memberikan perkhidmatan lebih cemerlang dalam menghadapi cabaran yang semakin hebat. Selepas itu beliau dibawa melawat ke kaunter semakan passport dan juga melawat sempadan Malaysia/Thailand yang dikawal oleh Polis Geralam Am (PGA).

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

-tamat-

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 19 April 2024.
Visitor Count : 1085411

moha qrcode