telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

Festival Pertubuhan ROS 2016

 
Terima Kasih Saudara dan Saudari Pengacara Majlis
 
SALUTASI
 
Yang Berhormat Datuk M.S. Mahadevan A/L Sanacy
Exco Hal Ehwal Syarikat, Sumber Manusia dan NGO, Negeri Melaka yang mewakili Dato Sri Utama Ir Haji Idris Bin Haji Haron, Ketua Menteri Melaka,
 
Yang BerhormatDatukWira Haji Naim bin Abu Bakar
SetiausahaKerajaanNegeri Melaka
 
Yang Berbahagia Dato’-Dato’ Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri
 
Yang Berbahagia Dato’-Dato’ Ketua Pengarah Agensi Di Bawah Kementerian Dalam Negeri
 
Yang Berbahagia Dato’ Mohammad Razin Bin Abdullah 
Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia
 
Pegawai-Pegawai Kanan Peringkat Kerajaan Persekutuan dan Negeri
 
Pemegang-Pemegang Jawatan Serta Wakil Pertubuhan
 
Dif-Dif Kehormat, Dato’-Dato’, Tuan, Puan Serta Para Hadirin Yang Dihormati Sekalian
 
Izinkan saya untuk membaca teks ucapan YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Dalam Negeri bagi perasmian Festival Pertubuhan Kebangsaan 2016.
 
1. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT dengan izinNya kita dapat bersama-sama berkumpul pada hari ini bagi menjayakan Festival Pertubuhan Kebangsaan Tahun 2016.
 
2. Terima kasih saya ucapkan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) kerana mengundang saya untuk menyempurnakan Festival Pertubuhan Kebangsaan 2016. Ini adalah kali ketiga saya menyempurnakan Festival Pertubuhan Kebangsaan yang pertama kalinya diadakan pada tahun 2014.
 
3. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada YBhg. Dato’ Mohammad Razin bin Abdullah selaku Ketua Pengarah JPPM serta semua warga kerja JPPM / ROS di atas  kejayaan penganjuran Festival Pertubuhan Kebangsaan pada tahun ini. Kejayaan penganjuran festival ini membuktikan komitmen yang tinggi daripada warga kerja JPPM serta semua pihak yang terlibat. 
 
4. Saya juga ingin merakamkan ucapan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri Melaka, terutamanya YAB Ketua Menteri Melaka, Dato Sri Utama Ir Haji Idris bin Haji Haron, YB. Datuk M.S. Mahadevan A/L Sanacy, Exco Hal Ehwal Syarikat, Sumber Manusia dan NGO, YB DatukWira Haji Naim bin Abu Bakar, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka serta semua Jabatan / Agensi yang turut banyak memberi kerjasama dan sokongan dalam menjayakan festival ini. 
 
5. Tidak dilupakan kepada semua pihak swasta, pihak penaja, rakan strategik ROS serta pertubuhan yang terlibat dalam penganjuran Festival Pertubuhan Kebangsaan 2016. 
Hadirin yang dihormati sekalian.
 
6. Semasa saya merasmikan Karnival Pertubuhan Kebangsaan 2014 yang diadakan di Shah Alam tiga tahun yang lalu, saya telah mengisytiharkan Hari Pertubuhan disambut pada 1 September setiap tahun. Ini adalah bagi menghargai peranan besar yang dimainkan oleh pertubuhan / badan bukan Kerajaan (NGO) dalam membantu pihak Kerajaan melaksanakan segala program atau agenda dalam pembangunan rakyat. Juga sebagai tanda penghargaan kepada pertubuhan-pertubuhan yang banyak memberi khidmat bakti kepada masyarakat tidak kira di dalam apa bentuk sekalipun. 
 
7. Saya dapat melihat komitmen yang amat tinggi ditunjukkan oleh pertubuhan serta rakan strategik terhadap program ini sejak bermula Festival Pertubuhan Kebangsaan 2014 lagi. Pelbagai bentuk aktiviti yang mereka jalankan sepanjang festival dan mengikut kategori masing-masing. Terdapat persembahan berbentuk sukan, kesenian, perubatan dan kebajikan. Apabila tiba di perkarangan MITC sebentar tadi, saya dapat melihat pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti pertunjukkan paramotor, pameran beca tradisional Negeri Melaka, pameran kereta seperti TORC 4X4 extreme, kereta Perodua Alza dan Exora dan sebagainya  juga booth-booth pameran yang disertai oleh pertubuhan, agensi-agensi Kerajaan dan juga swasta. 
 
8. Pendekatan secara Strategi Lautan Biru ( Ocean Strategy(BOS) yang dilaksanakan ini telah terbukti keberhasilannya dan dapat memberi impak yang amat baik kepada rakyat terutamanya penduduk di Negeri Melaka. Pengaplikasian strategi lautan biru ini juga membolehkan penjimatan perbelanjaan Kerajaan dalam melaksanakan program dapat dilaksanakan.
 
9. Tidak dinafikan bahawa pertubuhan berdaftar di negara ini menjalankan pelbagai khidmat sukarela yang banyak membantu masyarakat. Namun terdapat segelintir pihak yang ingin mengambil kesempatan untuk menyalahgunakan persatuan dengan melakukan aktiviti yang dilarang oleh Akta Pertubuhan 1966. 
 
10. Kita tidak mahu mana-mana pertubuhan yang berdaftar terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan aktiviti yang boleh mengancam keselamatan dan merugikan negera seperti menyokong DAESH, penggubahan wang haram dan sebagainya. 
 
11. Saya tidak sesekali akan berkompromi jika mendapati terdapat pertubuhan yang terlibat dalam aktiviti yang sedemikian. Bagi mengekang gejala ini daripada menular, saya telah mengarahkan agar Pendaftar Pertubuhan Malaysia membuat pemeriksaan terhadap persatuan yang berdaftar di bawah ROS. 
 
12. Oleh itu, ROS kini sedang giat menjalankan onsite inspection atau pemeriksaan premis pertubuhan. Dalam pada itu, onsite inspection ini juga dijadikan Key Performance Index (KPI) ROS.Sebanyak 2,615 pertubuhan keagamaan dan kebajikan akan diperiksa sepanjang tahun 2016. Namun begitu, ROS tidak memandang ringan KPI ini dan sehingga Ogos 2016, sebanyak 3,322 pertubuhan telah diperiksa menunjukkan pencapaian KPI sebanyak 127%, ROS telah mencapai malahan melepasi sasaran yang telah ditetapkan. Syabas saya ucapkan kepada Pendaftar Pertubuhan Dato Mohammad Razin bin Abdullah serta seluruh warga kerja di atas prestasi cemerlang yang ditunjukkan. 
Tuan-tuan dan puan-puan.
 
13. Sebenarnya pemeriksaan bernotis ini tidaklah bertujuan untuk membebankan mana-mana pihak. Pemeriksaan ini dilakukan di alamat berdaftar pertubuhan bagi membolehkan pegawai ROS melihat sendiri tempat aktiviti pertubuhan, memeriksa dokumen seperti buku daftar ahli, rekod-rekod kewangan serta rekod-rekod aktiviti pertubuhan. 
 
14. Selain itu, untuk memastikan pertubuhan hanya menjalankan aktiviti yang dibenarkan sahaja, pemeriksaan ini juga penting untuk memastikan akaun pertubuhan adalah bersih dan tidak menerima sebarang dana yang meragukan terutamanya bagi kegiatan yang mempertaruhkan keselamatan negara seperti penggubahan wang haram dan pembiayaan pengganas (Anti-Money Laundering and Terrorism Financing). 
 
15. Perumpamaan mencegah adalah lebih baik daripada mengubati adalah tepat untuk menggambarkan mengapa onsite-inspection ini dilaksanakan. Dengan ini, pihak ROS dengan lebih awal dapat mengurangkan risiko penyalahgunaan pertubuhan bagi tujuan aktiviti yang menyalahi undang-undang. 
 
16. Saya juga percaya pendekatan turun padang adalah salah satu kaedah yang paling berkesan dalam mendekatkan sesuatu agensi atau jabatan Kerajaan dengan rakyat. Selain daripada melaksanakan onsite-inspection, saya juga telah menetapkan KPI ROS bagi penganjuran program turun padang (outreach programme) kepada pertubuhan berdaftar dan juga masyarakat awam. 
 
17. Pendekatan turun padang ini penting dalam mendekatkan jabatan / agensi Kerajaan terutamanya di bawah portfolio saya selaku Menteri Dalam Negeri agar para pegawai saya turun bertemu masyarakat dan memberi penerangan dan pendedahan tentang fungsi dan peranan jabatan masing-masing.
 
18. Penganjuran program turun padang ini juga akan membolehkan ROS melaksanakan kempen kesedaran supaya pertubuhan melaksanakan tanggungjawabnya kepada ROS. Umpamanya tanggungjawab pertubuhan dalam menghantar laporan tahunan, atau dikenali sebagai penyata tahunan setiap tahun kepada ROS. Aktiviti turun padang juga menyediakan platform kepada ROS untuk menerangkan kepada masyarakat mengenai kepentingan mendaftarkan pertubuhan. 
 
19. Dengan kaedah ini, pertubuhan-pertubuhan yang tidak berdaftar atau belum berdaftar secara langsung mendapat pendedahan akan keperluan mereka untuk mendaftarkan pertubuhan mereka dan bergerak seiring dengan peruntukkan undang-undang. Saya dimaklumkan untuk KPI ini, pihak ROS telah mencapai sebanyak 122%. Sekali lagi saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada ROS di atas daya usaha yang ditunjukkan.
 
20. Saya juga difahamkan bahawa pihak ROS telah menyiapkan sebuah buku Code Of Good Governance yang di dalamnya terkandung kod tadbir urus baik bagi pertubuhan.Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menghasilkan buku ini terutamanya kepada ROS dan juga pihak lain yang terlibat. Izinkan saya merakamkan penghargaan kepada  wakil-wakil NGO dan aganesi Kerajaan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menghasilkan kod tersebut. 
 
21. Di antaranya yang saya dapat sebutkan di sini adalah Persatuan Mencegah Dadah Malaysia, Majlis Pembangunan Masyarakat Negeri Perak, Mercy Malaysia, Majlis AIDS Malaysia, Social Innovation, Ngohub Asia, Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia dan Institut Integriti Malaysia (IIM). Dengan terhasilnya buku ini, saya harapkan ianya menjadi panduan kepada semua pertubuhan di Malaysia dalam melaksanakan tadbir urus terbaik dalam pertubuhan masing-masing. 
 
22. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, sekali lagi saya ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada pihak Kerajaan Negeri Melaka, semua rakan strategik ROS, pertubuhan-pertubuhan, jabatan/ agensi, pihak swasta serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Festival Pertubuhan Kebangsaan 2016.
 
23. Saya ingin sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah di atas segala usaha gigih yang dirintis ROS, KDN, agensi-agensi Kerajaan terlibat, NGO-NGO, Sektor Swasta dan orang-perseorangan di dalam menjayakan Festival Pertubuhan Kebangsaan 2016 ini. 
 
24. Saya dengan sukacitanya merasmikan Festival Pertubuhan Kebangsaan 2016 dan juga melancarkan Buku Code Of Good Governance Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.Sekian. Terima Kasih. 
 
 
 
 
 
 

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 19 April 2024.
Visitor Count : 1085466

moha qrcode