telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

Profil Sistem KDN



 BIL.  NAMA SISTEM KETERANGAN
1 Electronic Security Industry Management System (eSIMS)
ESIMS merupakan pusat maklumat terpusat bagi perkhidmatan industri keselamatan selain menyediakan perkhidmatan untuk memproses dan menguruskan urusan yang berkaitan dengan lesen agensi persendirian :

- pembaharuan lesen agensi persendirian;
- tapisan keselamatan pengawal keselamatan tempatan;
- pengurusan rekod pengawal keselamatan nepal;
- pengurusan cawangan;
- pengemaskinian profil syarikat;
- penstrukturan Ahli Lembaga Pengarah & Saham.

2 Semakan Lesen Agensi Persendirian Dan Tapisan Keselamatan Pengawal Tempatan
Laman web ini memberi kemudahan kepada orang awam yang ingin menyemak status lesen syarikat kawalan keselamatan dan penyiasatan persendirian yang berlesen dengan Kementerian Dalam Negeri di bawah Akta Agensi Persendirian 1971 dan status tapisan keselamatan pengawal keselamatan warganegara tempatan. Keputusan semakan status lesen syarikat adalah berdasarkan kepada lesen yang masih sah pada tahun semasa.

3 Sistem Permohonan Piroteknik (ePYRO)
Sistem bertujuan untuk memudahkan syarikat piroteknik untuk membuat permohonan kelulusan bagi mengadakan pertunjukan bunga api selain menyemak status permohonan tersebut.

4
Sistem Data Permohonan Rayuan Senjata Api (FDMS)

Sistem bertujuan untuk merekod dan menguruskan permohonan rayuan senjata api yang diterima. 
5
Sistem Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran (ePQ)

Sistem ePQ adalah sistem memproses permohonan lesen mesin cetak, permit penerbitan, merekod edaran dan kajian penerbitan.
6 Sistem Kawalan Penerbitan (SKP)
Sistem Kawalan Penerbitan (SKP) adalah sistem bagi merekod kajian naskah tahan dipintu masuk dan premis dan digunakan di PQ Negeri dan PQ Pintu Masuk.

7 Sistem Permohonan Permit Penerbitan Online (ePermit)
Sistem ePermit adalah sistem permohonan permit penerbitan iaitu bahan-bahan penerbitan yang dicetak dalam apa-apa bahasa untuk dijual atau diedarkan dengan percuma secara berkala pada lat-lat tempoh tertentu tetapi tidak termasuk yang diterbitkan oleh atau untuk Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri atau Kerajaan Singapura.

8 Sistem Pengurusan Teks Al-Quran (UPQ)
Sistem ini juga menyediakan data yang bersepadu bagi memastikan maklumat disimpan secara berintegrasi. Bertanggungjawab dalam perkhidmatan pembangunan aplikasi permohonan dan kelulusan secara atas talian Kementerian Dalam Negeri bagi menyediakan khidmat permohonan penerbitan Teks Al-Quran, Lesen Mencetak Teks al-Quran dan Hologram.

9 Sistem Aplikasi Mobile (mPQ)
mPQ menyediakan kemudahan semakan senarai penerbitan larangan, garis panduan penerbitan, semakan permohonan penerbitan al-Quran, semakan permohonan lesen mencetak Al-Quran, semakan status permit penerbitan, semakan status Lesen Mesin Cetak.

10 Sistem Maklumat Penapisan Filem (eFilem)
Sistem eFilem ialah satu sistem maklumat yang menguruskan permohonan penapisan filem, pita, iklan dan bahan publisiti yang dikemukakan oleh pengedar atau penerbit filem. Satu perakuan A akan dikeluarkan setelah permohonan diluluskan.

11 Sistem Pengurusan & Percetakan Pelekat 2D Barkod (eBMS & eBPS)
Sistem 2D Barkod (juga dikenali sebagai Sistem Pengurusan Perakuan B) adalah satu sistem yang menguruskan permohonan dan percetakan Perakuan B untuk pengedaran dan jualan filem dan pita.

12 Sistem Offline Pratonton Untuk Stesen TV 
Sistem Pratonton adalah satu sistem tapisan kendiri yang disediakan untuk stesen-stesen tv bagi medapatkan kelulusan tapisan. Pegawai di stesen TV akan mengisi sendiri laporan tapisan berdasarkan garis panduan LPF dan kelulusan akan diberikan oleh LPF.

13 Sistem Pemantauan PRU 14 KDN
Sistem bertujuan merekod dan memantau hari penamaan calon dan hari pengundian bagi Pilihanraya Umum 14.

14
Sistem Tempahan Bilik Mesyuarat (STBM)

Sistem pengurusan tempahan bilik mesyuarat dan makan/minum.
15
Sistem Permohonan Pembukaan Fail (MyFile)

Sistem ini membolehkan setiap bahagian di KDN membuat permohonan untuk membuka fail baru dan juga jilid bagi fail tersebut.
16 Sistem eSurat
Sistem perekodan surat yang diterima oleh Bahagian Khidmat Pengurusan.

17
Sistem Agihan Tempat Letak Kenderaan (iPark)

Sistem pengurusan agihan tempat letak kenderaan bagi pegawai yang berkelayakan. 
18
Sistem Maklumat Pengurusan Kenderaan (SMPK)

Sistem tempahan kenderaan jabatan.
19 Sistem Maklumat Perolehan (SMP)
Sistem ini dibangunkan untuk merekod dan memaparkan maklumat kontrak perolehan berkaitan KDN.

20 Sistem Hab Inovasi
Sistem ini menawarkan kemudahan permohonan Inovasi dan KIK oleh agensi KDN.

21 Sistem MyLatihan
Sistem menyediakan kemudahan pengurusan latihan seperti penawaran, penerimaan, pengesahan dan cetakan sijil bagi kursus yang dianjurkan oleh KDN.

22 Sistem Profiling Keselamatan (SPIK)
Sistem ini bertujuan bagi pelaksanaan Ujian Psikologi secara atas talian bagi menentukan permarkahan setiap pengguna bagi kriteria Personaliti, Kesihatan Mental, Integriti, Kompetensi dan Patriotisme.

23 Sistem Pengurusan Bahagian SM (eHR)
Sistem pengurusan sumber manusia secara dalaman terutama pegawai kontrak. Sistem e-HR juga memberi kelebihan kepada KDN kerana dapat menyimpan semua data warga KDN/Pegawai kontrak/Ahli Lembaga/PSH yang telah bertukar keluar ke agensi lain dan data berkenaan boleh digunapakai untuk jangkamasa akan datang. Modul Lapor Diri, Modul Penempatan, Modul Perjawatan.

24
Sistem Pemprofilan Rekrutmen (SPIER)

Sistem pelaksanaan penilaian Ujian Psikologi atas talian bagi pegawai penguatkuasa di JIM, PDRM dan Unit Penguatkuasaan, KDN.
25 Sistem Maklumat Tanah KDN (eTanah)
Sistem eTANAH bertujuan untuk merekodkan maklumat pemilikan tanah KDN beserta agensi di bawah KDN. Sistem juga menyediakan kemudahan pengemaskinian maklumat pemilikan tanah dari semasa ke semasa bagi memastikan maklumat tanah adalah terkini. Sistem eTanah turut menyediakan platform pemantauan dan semakan maklumat serta status semasa pemilikan tanah.

26
Sistem Pengurusan Dokumen Akaun Terimaan dan Penyesuaian (MySTEP)

Sistem ini merekodkan Dokumen Akaun Terimaan dan Penyata Penyesuaian Hasil daripada Pejabat Pemungut dan berupaya menjana Surat Peringatan dan Surat Kuiri kepada Pejabat Pemungut.
27 Sistem Daftar ePeserta
Sistem Pendaftaran Peserta Seminar ini merupakan satu sistem yang berfungsi untuk menguruskan pendafataran peserta bagi setiap seminar yang dijayakan oleh KDN. Sistem berupaya menyediakan maklumat terperinci peserta untuk kegunaan dan tapisan Special Branch (SB) PDRM.

28 Sistem Maklumat Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AIS)
Sistem ini dibangunkan untuk memudahkan pengguna dari Bahagian AKSEM untuk menyimpan maklumat berkaitan perjawatan dan rampasan.

29 Sistem MyEvent
Sistem ini merekodkan aktiviti dan program yang akan dijalankan oleh KDN/Jabatan dan Agensi.

30 Sistem Aduan Integriti
Sistem Aduan Integriti merupakan satu saluran aduan yang terbuka kepada kakitangan Kementerian Dalam Negeri serta orang awam untuk menyalurkan sebarang maklumat / aduan berkaitan isu-isu integriti iaitu berhubung perlakuan jenayah rasuah atau pelanggaran tatakelakuan.

31 Sistem Parlimen
Sistem pengurusan sesi persidangan Parlimen.

32
Sistem Permohonan Online IT KDN (SPICT)

Sistem pengurusan pinjaman peralatan ICT secara teratur dan sistematik.
33 Sistem eWarga
Merupakan satu sistem yang menyediakan satu platform berpusat bagi membolehkan satu kolaborasi dan komunikasi antara warga KDN. Ia juga bertujuan mewujudkan satu komuniti pengetahuan secara atas talian di mana pengetahuan boleh dikongsi antara warga KDN.

34 Portal KDN
Portal utama bagi KDN yang mengandungi pelbagai maklumat KDN dan agensi KDN.

35 Portal LPF
Portal bagi Lembaga Penapisan Filem.

36 Portal PUSPANITA
Portal bagi PUSPANITA KDN memaparkan maklumat dan aktiviti yang berkaitan dengan PUSPANITA KDN.

37 Sistem Pengurusan Lembaga Penapisan Filem (iLPF)
Sistem iLPF akan menggantikan Sistem eFilem dan Sistem Pratonton. Sistem iLPF masih lagi berfungsi sebagai sistem permohonan penapisan filem dan ditambah baik dengan fungsi tapisan secara online, permohonan perakuan A dan B oleh pengedar secara online, pembayaran online dan permohonan keahlian LPF secara online.

38 MOHA Executive Communication Application (MECA)
Sistem ini merupakan secured messaging system yang digunakan antara KDN dan Foreign Diplomacy Missionary (FDM) melalui private apps.

39
Sistem Pelaporan Mesyuarat (OMERS)

Online Meeting Reporting System

Sistem bagi pengurusan laporan mesyuarat yang telah dihadiri.
40
Sistem Pendaftaran Warganegara dan Rayuan Pertubuhan (ePP)

Sistem pengurusan permohonan kewarganegaraan dan permohonan rayuan pertubuhan.
41 Sistem Pengurusan Perintah-Perintah (ePerintah)
Sistem ini menguruskan proses-proses yang terlibat didalam menguruskan Perintah-Perintah di bawah Akta Pencegahan Jenayah (APJ) 1959 di Urusetia Lembaga Pencegahan Jenayah, KDN.

42 Sistem eTemujanji
Sistem pengurusan temujanji orang awam untuk berurusan di Bahagian-Bahagian KDN.

43 Sistem SHAQ
Sistem Sticker berkaitan Sistem UPQ. Vendor provided.

44 Sistem MyStatistik
Sistem Buku Profil KDN dan agensi-agensi KDN.

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 16 April 2024.
Visitor Count : 1083890

moha qrcode

Portal Rasmi Kementerian Dalam Negeri