Switch to English Version
Keselamatan Tanggungjawab Bersama
 
   
   
Terkini Dari KDN


TINDAKAN TERHADAP HARAKAH, SUARA KEADILAN JIKA SIAR ARTIKEL GUGAT PERPADUAN - DUA AKHBAR DIBERI AMARAN
( 13/2/2009 )

Kuala Lumpur - Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi amaran tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap dua akhbar parti pembangkang sekiranya masih menyiarkan artikel-artikel yang boleh menggugat perpaduan rakyat. YB Dato'Seri Syed Hamid Albar, Menteri Dalam Negeri berkata, akhbar Suara Keadilan dan Harakah didapati melanggar syarat permit serta menyalahgunakan kebebasan akhbar dengan menerbitkan artikel berunsur fitnah, hasutan dan pembohongan. Beliau berkata, KDN akan bertindak tegas terhadap mana-mana media yang melanggar syarat permit yang telah ditetapkan, bukan hanya akhbar yang dikuasai pembangkang semata-mata.

 

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Soal Selidik
| Soalan Lazim | Peta Laman

Hak Cipta Terpelihara ©2008-2009 Kementerian Dalam Negeri