
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Mesra
Selamat Datang ke Laman Web PUSPANITA Cawangan Kementerian Dalam Negeri
Alhamdulillah saya amat bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah keizinanNya PUSPANITA KDN telah dapat membangunkan satu laman web. Ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Bahagian Teknologi Maklumat KDN, AJK Induk PUSPANITA KDN dan semua pihak yang telah membantu untuk membangunkan Laman Web ini.
Dalam era dunia tanpa sempadan dan kecanggihan teknologi, PUSPANITA KDN perlu bergerak seiring dengan kemajuan iaitu dengan menggunakan saluran internet sebagai perantara untuk mendapatkan maklumat dan berita terkini serta memberi info dan perkembangan kepada ahli-ahli PUSPANITA khasnya dan orang awam umumnya berkaitan dengan aktiviti-aktiviti yang telah atau akan dilaksanakan oleh PUSPANITA KDN.
Saya berharap, semua ahli PUSPANITA KDN akan mengambil peluang ini untuk memberikan sumbangan idea atau pandangan dalam usaha untuk memantapkan lagi PUSPANITA KDN. Ambillah kesempatan untuk saling berkongsi sama ada pengetahuan atau pengalaman bersama rakan-rakan yang lain.
Laman web PUSPANITA KDN diharap dapat menjadi gerbang dan wadah untuk semua ahli PUSPANITA KDN berkongsi pengalaman dan pengetahuan demi untuk memantapkan lagi jati diri ahli-ahli PUSPANITA serta membantu dalam pembangunan keluarga, organisasi/jabatan dan negara.
Akhir kata, saya menyarankan supaya semua ahli-ahli PUSPANITA Kementerian Dalam Negeri akan terus berganding bahu dalam melaksanakan misi yang telah ditetapkan dan memanifestasi moto ”WANITA SEPAKAT, NEGARA MENINGKAT”
Sekian, terima kasih.
Puan Sri Nabihah Binti Haji Hassan
Pengerusi
PUSPANITA KDN
|