Laman Web Rasmi PUSPANITA Kementerian Dalam Negeri |
||||||||
|
AKTIVITI TAHUN 2011 |
|||||||
MAJLIS SEKALUNG BUDI |
||||||||
14 Januari 2011, bertempat di Kelab Tasik Putrajaya, PUSPANITA KDN telah menganjurkan satu majlis penghargaan dan terima kasih kepada AJK Induk yang telah bersara dan bertukar ke Jabatan lain. Majlis tersebut dikenali sebagai Majlis Sekalung Budi. Seramai 4 orang AJK Induk PUSPANITA Cawangan KDN telah diraikan. Majlis tersebut telah dihadiri oleh 30 orang ahli-ahli PUSPANITA KDN. |
||||||||
|
![]() |
![]() |
||||||
![]() |
![]() |
|||||||
| PERTANDINGAN SENAM TARI PUSPANITA KEBANGSAAN | ||||||||
| Pada 03 Mac 2011 Pasukan Senamtari PUSPANITA Kementerian Dalam Negeri yang terdiri dari (10) dari anggota wanita Jabatan Penjara Malaysia dan (2) ahli dari Pejabat KSU telah menyertai Pertandingan Senamtari anjuran PUSPANITA Kebangsaan. Majlis Sukan dan Kebajikan Jabatan Penjara Malaysia telah sudi menghulurkan sumbangan bagi keperluan kelengkapan peserta dalam pertandingan tersebut sebanyak RM 2,300.00. Pasukan Senamtari PUSPANITA KDN dibawah tunjuk ajar IP Ceaser dan En. Rahmat dari Maktab Penjara Malaysia telah berjaya menjadi JOHAN dalam pertandingan tersebut. | ||||||||
|
![]() |
![]() |
||||||
![]() |
![]() |
|||||||
| MESYUARAT AGUNG PUSPANITA CAWANGAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI TAHUN 2011 | ||||||||
Pada 18 Mac 2011, PUSPANITA KDN telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan bertempat di Dewan Gemilang, Kementerian Dalam Negeri. Mesyuarat pada tahun ini adalah merupakan Mesyuarat Agung Pemilihan, iaitu ahli-ahli PUSPANITA KDN perlu memilih dan melantik ahli-ahli PUSPANITA sebagai AJK Induk PUSPANITA Cawangan KDN bagi sesi 2011/2012. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Y.Bhg Datin Sri Nabihah Binti Hj Hassan, Pengerusi PUSPANITA Cawangan KDN, AJK-AJK Induk PUSPANITA Cawangan KDN serta 400 orang ahli PUSPANITA KDN yang lain. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Y.Bhg Dato’ Sri Mahmood Bin Adam Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan KDN. Y.Bhg Dato’ Sri juga telah sudi menyampaikan sijil penghargaan kepada AJK Induk PUSPANITA Cawangan KDN bagi sesi 2009/2010. |
||||||||
|
![]() |
![]() |
||||||
![]() |
![]() |
|||||||
SEMINAR MANJA DIRI NONA BERSAMA PUSPANITA KEMENTERIAN DALAM NEGERI. |
||||||||
Pada 26 Mac 2011 Biro Pendidikan dan Pembangunan Keluarga PUSPANITA KDN, Puspanita cawangan kecil Jabatan Penjara Malaysia telah menjalankan aktiviti bersama Majalah NONA iaitu Program Seminar Manja Diri Nona. |
||||||||
|
![]() |
![]() |
||||||
![]() |
![]() |
|||||||
![]() |
![]() |
|||||||
BENGKEL PENDAFTARAN KEAHLIAN PUSPANITA SECARA ONLINE |
||||||||
| Pada 29 Mac 2011, Biro ICT Puspanita KDN telah menganjurkan satu Bengkel ICT berkaitan dengan Sistem Pendaftaran Keahlian Secara Online. Kursus ini telah dihadiri oleh 17 orang peserta, yang mana setiap PUSPANITA Cawangan Kecil Jabatan/Agensi di Bawah KDN di kehendaki menghantar dua orang ahli sahaja. Bengkel tersebut telah diadakan di Bilik ICT Jabatan Pendaftaran Negara. | ||||||||
|
![]() |
![]() |
||||||
![]() |
![]() |
|||||||
| LAWATAN SAMBIL BELAJAR PUSPANITA KDN KE PENJARA PENGKALAN CHEPA DAN PUSPEN BACHOK KELANTAN. | ||||||||
| Biro Lawatan & Sosial PUSPANITA KDN telah mengadakan satu program lawatan kepada ahli-ahli PUSPANITA yang berminat. Lawatan sambil belajar ke Penjara Pengkalan Chepa dan Pusat Pemulihan Narkotik (PUSPEN) Bacho Kelantan telah diadakan dari 1 hingga 3 April 2011. Seramai 30 orang ahli PUSPANITA KDN telah menyertai Lawatan tersebut. Beberapa aktiviti telah diadakan sepanjang lawatan tersebut antaranya ialah melawat Bengkel Masakan di Penjara, mengikuti aktiviti Senamrobik bersama-sama ahli-ahli Persiap, megadakan lawatan ke Kawasan Bebas Cukai di Pengkalan Kubur dan Rantau Panjang serta mengadakan Lawatan ke Wakaf Che Yeh serta Pasar Besar Siti Khadijah dan lain-lain lagi. | ||||||||
|
![]() |
![]() |
||||||
![]() |
![]() |
|||||||
![]() |
![]() |
|||||||
MAJLIS MALAM MESRA Y.BHG. DATO' SRI KSU BERSAMA AHLI JPSP/JSPN, PUSPANITA DAN PERSIAP PENJARA PENGKALAN CHEPA, KELANTAN DEWAN BLUE NEW PACIFIC HOTEL, KOTA BHARU, KELANTAN. |
||||||||
Pada 2 April 2011 jam 8.00 malam Penjara Pengkalan Chepa telah mengadakan Majlis Malam Mesra Y.Bhg. Dato' Sri KSU Bersama Ahli JPSP/JSPN, Puspanita dan Persiap Penjara Pengkalan Chepa, bertempat di Dewan Blue New Pacific Hotel, Kota Bharu, sempena lawatan Y.Bhg. Datin Sri Nabihah bt Hj. Hassan Pengerusi PUSPANITA KDN bersama ahli PUSPANITA KDN ke Penjara Pengkalan Chepa. Majlis pada malam tersebut telah dihadiri oleh Y.Bhg. Dato' Sri Mahmood bin Adam Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri bersama Y.Bhg. Datin Sri Nabihah bt Hj. Hassan Pengerusi PUSPANITA KDN bersama Ahli Mesyuarat JPSP/JSPN dan ahli-ahli Puspanita KDN. Majlis turut dihadiri oleh Y.Bhg. Datuk Wira Hj. Zulkifli bin Omar Ketua Pengarah Penjara Malaysia bersama Y.Bhg. Datin Noraini bt Hj. Man YDP. PERSIAP Malaysia. PKP Muhammad Zuki bin Muhammad Zain Pengarah Penjara Pengkalan Chepa dan isteri. |
||||||||
|
![]() |
![]() |
||||||
![]() |
![]() |
|||||||
LAWATAN KEBAJIKAN KE RUMAH ANAK YATIM SENTUHAN BUDI, JALAN IPOH, KUALA LUMPUR |
||||||||
Pada 16 Jun 2011, Biro Agama dan Kebajikan PUSPANITA Kementerian Dalam negeri telah menganjurkan satu lawatan kebajikan ke rumah anak yatim yang dikenali sebagai “Rumah Sentuhan Budi” di Jalan Ipoh Kuala Lumpur. Rombongan dari PUSPANITA telah diketuai oleh Y.Bhg Puan Sri Nabihah Binti Haji Hassan, Pengerusi PUSPANITA KDN bersama-sama 40 orang ahli PUSPANITA yang lain. Semasa majlis tersebut Y.Bhg Puan Sri Pengerusi PUSPANITA KDN telah menyampaikan sumbangan wang tunai berjulah RM3,000.00 sumbangan dari PUSPANITA dan juga orang perseorangan. Selain daripada wang tunai, PUSPANITA KDN juga telah menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan harian seperti beras, biskut dan lain-lain lagi. PUSPANITA KDN telah menyediakan jamuan makan tengahari untuk anak-anak yatim Rumah Sentuhan dengan Lunch Box Kentucky Fried Chicken (KFC). Selain daripada KFC anak-anak yatim tersebut juga telah menerima bag goodies daripada PUSPANITA KDN. |
||||||||
|
![]() |
![]() |
||||||
![]() |
![]() |
|||||||
MAJLIS SENTUHAN BUDI |
||||||||
Pada 30 Jun 2011 PUSPANITA KDN telah menganjurkan Majlis Sentuhan Budi bertempat di Dewan Serbaguna Jabatan Imigresen Malaysia. Majlis tersebut bertujuan untuk menyampaikan Anugerah kepada anak-anak ahli PUSPANITA yang telah Berjaya dalam peperiksaan tahun 2010. Selain daripada itu Majlis ini juga diadakan bagi menyampaikan sijil penghargaan kepada mantan-mantan Timbalan Pengerusi PUSPANITA yang telah bersara serta menyampaikan sijil pelantikan AJK Induk yang baru. Majlis Sentuhan Budi telah dihadiri oleh YM Tengku Marsilla Binti Tengku Abdullah, Penaung PUSPANITA KDN, Y.Bhg Datin Wira Rahimi Yeop ( isteri Timbalan Menteri), Y.Bhg Puan Sri Nabihah Binti Haji Hassan, Pengerusi PUSPANITA KDN serta 160 orang ahli PUSPANITA KDN yang lain. Selain penyampaian sijil dan anugerah oleh Penaung PUSPANITA KDN, majlis turut dimeriahkan lagi dengan persembahan nyanyian dan tarian oleh ahli-ahli PUSPANITA dari setiap cawangan kecil. |
||||||||
|
![]() |
![]() |
||||||
![]() |
![]() |
|||||||
|
![]() |
![]() |
||||||
![]() |
![]() |
|||||||
EKPLORASI FLORA DAN FAUNA, JENGKA PAHANG |
||||||||
PUSPANITA Cawangan Kecil JPAM yang juga Biro Lestari Hijau dengan kerjasama warga Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Timur (PULAPAT), Jengka telah menganjurkan Program Eksplorasi Flora dan Fauna serta Latihan Asas Pertahanan Awam pada 08 hingga 10 Julai 2011 yang bertempat di Pusat Latihan Latihan Pertahanan Awam Wilayah Timur, Jengka, Pahang. Program diketuai oleh Yg. Bhg. Datin Nawal Binti Salleh, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil JPAM serta ahli-ahli PUSPANITA dari agensi-agensi dibawah KDN. Seramai 31 orang ahli-ahli PUSPANITA yang terlibat menjayakan program tersebut. |
||||||||
|
![]() |
![]() |
||||||
![]() |
![]() |
|||||||
|
||||||||
MAJLIS TADARUS, KHATAM AL-QURAN DAN SOLAT SUNAT TASBIH |
||||||||
Pada 19 Ogos 2011, PUSPANITA Cawangan Kementerian Dalam Negeri melalui Biro Agama dan Kebajikan PUSPANITA KDN telah menganjurkan Majlis Tadarus & Khatam Al-Quran serta Solat Sunat Tasbih. Majlis tersebut telah dihadiri oleh seramai 150 orang ahli PUSAPNITA yang merupakan peserta tadarus, peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil yang mempunyai 4 orang bagi satu kumpulan. Setiap kumpulan akan dibahagikan juzuk-juzuk tertentu untuk dibaca. Semua peserta tadarus telah menerima cenderamata yang berupa kain batik sarung (sumbangan PUSPANITA KDN), kek kukus (sumbangan Pengerusi PUSPANITA KDN) serta kurma. |
||||||||
|
![]() |
![]() |
||||||
![]() |
![]() |
|||||||
|
||||||||
MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PUSPANITA KDN |
||||||||
Majlis Sambutan Hari Raya PUSPANITA KDN adalah satu majlis yang diadakan setiap tahun. Majlis ini diadakan bertujuan untuk mengumpul ahli-ahli PUSPANITA dalam satu majlis bagi merapatkan lagi semangat setiakawan serta tali silaturrahim dikalangan ahli PUSPANITA KDN. Seramai 200 orang ahli PUSPANITA KDN telah hadir ke Majlis tersebut. Majlis sambutan Hari Raya PUSPANITA KDN telah diserikan lagi dengan beberapa persembahan nyanyian dan tarian yang dipersembahkan oleh ahli- ahli PUSPANITA KDN. |
||||||||
|
![]() |
![]() |
||||||
![]() |
![]() |
|||||||
|
![]() |
![]() |
||||||
![]() |
![]() |
|||||||
SEMINAR ‘JOM CANTIK’ OLEH TAIPAN BEAUTY ACADEMY |
||||||||
Seminar ‘Jom Cantik’ adalah satu seminar yang dianjurkan oleh Biro Pendidikan dan Pembangunan Keluarga. Seramai 50 orang peserta telah menyertai seminar tersebut. Seminar ini tidak dapat disertai oleh lebih ramai peserta kerana tempat adalah terhad selain itu matlamat seminar ini adalah untuk memberi personal touch kepada peserta yang hadir. Seminar ini adalah bertujuan untuk memberi pendidikan dan pelajaran kepada semua peserta yang hadir berkaitan dengan keperluan setiap individu menjaga kecantikan luar dan dalam agar sentiasa kelihatan cantik dan segar serta seterusnya akan membangkitkan semangat positif untuk meneruskan tugas harian. |
||||||||
|
![]() |
![]() |
||||||
![]() |
![]() |
|||||||
|
||||||||
PERTANDINGAN NASYID PERINGKAT PUSPANITA KDN |
||||||||
Biro Agama PUSPANITA KDN telah menganjurkan Pertandingan Nasyid bagi Merebut Piala Puan Sri Nabihah. Pertandingan ini diadakan adalah mempunyai matlamat tertentu antaranya ialah untuk mencungkil bakat yang ada didalam diri ahli-ahli PUSPANITA KDN serta untuk mengenalpasti satu pasukan nasyid yang mantap yang boleh diketengahkan dalam pertandingan-pertandingan yang akan datang. Sebanyak tujuh (7) pasukan yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Pasukan Nasyid PUSPANITA Cawangan Kecil Jabatan Penjara telah menjuarai pertandingan pada tahun ini. |
||||||||
|
![]() |
![]() |
||||||
![]() |
![]() |
|||||||
|
![]() |
![]() |
||||||
![]() |
![]() |
|||||||
PROGRAM SUKANEKA PUSPANITA KEMENTERIAN DALAM NEGERI |
||||||||
Pada 17 Disember 2011, bertempat di Dataran Kompleks D, Putrajaya Biro Sukan dan Sosial PUSPANITA KDN telah menganjurkan satu program sukaneka. Seramai 180 ahli PUSPANITA yang hadir dan terlibat dalam semua permainan yang diadakan. Program tersebut telah dirasmikan oleh Y.Bhg Tan Sri Mahmood Bin Adam, Ketua Setiasuaha Kementerian Dalam Negeri merangkap Penasihat PUSPANITA KDN. Selain daripada itu majlis tersebut juga turut dihadiri oleh Y.Bhg Dato’ Alwi Bin Ibrahim, Timbalan Ketua Setiausaha (N) yang bersama-sama memberi sokongan kepada semua ahli PUSPANITA yang mengambil bahagian. Sebanyak 14 permainan telah diadakan pada hari tersebut antaranya ialah terompah gergasi, lambung kasih, musical chair, lari ikat kaki, bowling kelapa untuk tetamu VIP dan lain-lain lagi. Majlis pada hari tersebut dimulakan dengan senamrobik dan seterusnya ucapan perasmian oleh Y.Bhg Tan Sri KSU . |
||||||||
|
![]() |
![]() |
||||||
![]() |
![]() |
|||||||
|
![]() |
![]() |
||||||
![]() |
![]() |
|||||||
![]() |
![]() |
|||||||
![]() |
![]() |
|||||||
![]() |
||||||||
Penafian: PUSPANITA KDN tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan |
||||||||
yang dialami pengguna kerana menggunakan maklumat dalam laman web ini. |
||||||||