Laman Web Rasmi PUSPANITA Kementerian Dalam Negeri |
|||||||||
|
|
||||||||
| TAJUK : | LAWATAN KE KOMPLEKS KRAF NEGARA ANJURAN BIRO LAWATAN (PUSPANITA CAWANGAN KECIL JPAM) PUSPANITA KEMENTERIAN DALAM NEGERI |
||||||||
| TEMPAT : | KOMPLEKS KRAFTANGAN NEGARA, JALAN CONLAY,KUALA LUMPUR | ||||||||
| TARIKH : | 1 MAC 2010 | ||||||||
Biro Lawatan PUSPANITA Cawangan Kementerian Dalam Negeri, telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Kraftangan Negara, Jalan Conlay pada 1 Mac 2010. Lawatan tersebut telah disertai oleh seramai 35 orang ahli PUSPANITA KDN.Ketibaan rombongan PUSPANITA KDN telah disambut oleh Pengerusi PUSPANITA Cawangan Pusat Kraftangan Negara. Rombongan telah dibawa melawat untuk melihat pameran-pameran yang di pamerkan. Antara kraftangan yang dipamerkan adalah seperti batik, songket, barangan perak, pewter dan lain-lain lagi. Selain pameran aktiviti jualan barangan kraf juga turut diadakan. |
|||||||||
|
|
![]() |
![]() |
|||||||
![]() |
![]() |
||||||||
![]() |
|||||||||
| TAJUK : | CERAMAH AGAMA SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL ANJURAN BIRO AGAMA (PUSPANITA CAWANGAN KECIL JIM) PUSPANITA KEMENTERIAN DALAM NEGERI
|
||||||||
| TEMPAT : | DEWAN SERBAGUNA, JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA | ||||||||
| TARIKH : | 5 MAC 2010 | ||||||||
Biro Agama Puspanita Kementerian Dalam Negeri, telah menganjurkan aktivitinya yang pertama tahun ini dengan mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat PUSPANITA KDN pada 5 Mac 2010. Majlis tersebut diadakan di Dewan Serbaguna Jabatan Imigresen Malaysia. Seramai 170 orang ahli PUSPANITA telah hadir dalam majlis tersebut. Majlis sambutan pada hari tersebut dimulakan dengan Ceramah Agama yang disampaikan oleh Ustazah Zawiyah Binti Hassan daripada JAKIM. Majlis seterusnya disusuli dengan solat sunat Tasbih dan selawat dibawah pimpinan Ustazah Zainab Binti Abdul Rahman di Surau Jabatan Imigresen Malaysia. |
|||||||||
![]() |
![]() |
||||||||
![]() |
![]() |
||||||||
![]() |
![]() |
||||||||
| TAJUK : | LAWATAN MESRA YANG DIPERTUA PUSPANITA KEBANGSAAN Y.BHG PUAN SRI WAN NOORLINA BINTI WAN HUSSIN KE PUSPANITA KEMENTERIAN DALAM NEGERI
|
||||||||
| TEMPAT : | KEMENTERIAN DALAM NEGERI | ||||||||
| TARIKH : | 10 MAC 2010 | ||||||||
Pada 10 Mac 2010, PUSPANITA KDN telah berbesar hati menerima kunjungan mesra daripada Y.Bhg Puan Sri Wan Noorlina Binti Wan Hussain iaitu Yang Dipertua PUSPANITA Kebangsaan. Y.Bhg Puan Sri dengan diiringi oleh 6 orang ahli Jawatankuasa Kerja Tertinggi PUSPANITA Kebangsaan telah sudi mengadakan kunjungan Mesra ke PUSPANITA KDN. Kunjungan ini dilakukan adalah untuk berkenalan dengan lebih rapat lagi dengan semua AJK PUSPANITA KDN. Selain itu semasa kunjungan mesra itu juga Y.Bhg Puan Sri juga telah sudi mengadakan lawatan ke TASKA Permata KDN. Y.Bhg Puan Sri dan ahli rombongan telah dihiburkan dengan tarian oleh kanak-kanak di Taska Permata KDN. PUSPANITA KDN mengucapkan ribuan terima kasih kepada Y.Bhg Puan Sri atas kesudian mengadakan kunjungan mesra ke PUSPANITA KDN. |
|||||||||
![]() |
|||||||||
![]() |
![]() |
||||||||
![]() |
![]() |
||||||||
![]() |
|||||||||
| TAJUK : | MAJLIS PERASMIAN KIOSK PUSPANITA KDN OLEH Y.BHG PUAN SRI WAN NOORLINA BINTI WAN HUSSIN (YANG DIPERTUA PUSPANITA KEBANGSAAN)
|
||||||||
| TEMPAT : | KIOSK PUSPANITA KEMENTERIAN DALAM NEGERI | ||||||||
| TARIKH : | 10 MAC 2010 | ||||||||
Pada 10 Mac 2010, Kiosk PUSPANITA KDN telah dibuka dengan rasminya oleh Y.Bhg Puan Sri Wan Noorlina Binti Wan Husin, YDP PUSPANITA Kebangsaan. Matlamat penubuhan kiosk PUSPANITA KDN untuk menambah dana PUSPANITA KDN bagi menjalankan aktiviti-aktiviti untuk faedah semua ahli PUSPANITA KDN. Selain itu Penubuhan Kiosk PUSPANITA juga adalah untuk memberi peluang kepada ahli-ahli untuk menambah pendapatan dengan membuat kuih-muih dan dijual di Kiosk PUSPANITA KDN. |
|||||||||
![]() |
![]() |
||||||||
![]() |
|||||||||
| TAJUK : | MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PUSPANITA KDN, PELANCARAN LAMAN WEB SERTA PENYAMPAIAN SUMBANGAN UNTUK PELAJAR CEMERLANG DISEMPURNAKAN OLEH Y.M. TENGKU DATIN SERI MARSILLA BINTI TENGKU ABDULLAH (PENAUNG PUSPANITA KDN)
|
||||||||
| TEMPAT : | DEWAN GEMILANG KEMENTERIAN DALAM NEGERI | ||||||||
| TARIKH : | 14 APRIL 2010 | ||||||||
Puspanita Kementerian Dalam Negeri telah menganjurkan satu majlis yang menggabungkan tiga majlis di dalamnya iaitu Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PUSPANITA KDN, Majlis Pelancaran Laman Web PUSPANITA KDN serta Majlis Penyampaian Sumbangan kepada anak-anak ahli PUSPANITA KDN yang telah berjaya dengan cemerlang dalam Peperiksaan utama pada tahun 2009. Majlis ini telah dirasmikan oleh Penaung PUSPANITA KDN iaitu Y.M Tengku Datin Seri Marsilla Binti Tengku Abdullah. |
|||||||||
![]() |
![]() |
||||||||
![]() |
![]() |
||||||||
![]() |
![]() |
||||||||
![]() |
![]() |
||||||||
![]() |
|||||||||
| TAJUK : | SUKANEKA PUSPANITA KDN
|
||||||||
| TEMPAT : | DATARAN HADAPAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI | ||||||||
| TARIKH : | 17 APRIL 2010 | ||||||||
PUSPANITA KDN telah menganjurkan satu program sukaneka pada 17 April 2010, sabtu .Program pada hari tersebut telah dimulakan dengan majlis perasmian oleh Y.Bhg Datin Sri Nabihah Binti Haji Hassan, Pengerusi PUSPANITA KDN dan seterusnya diikuti dengan senamrobik. Berbagai-bagai permainan telah dipertandingkan antaranya ialah isi air dalam botol, lari bawa bola pingpong, menganyam ketupat dan lain-lain lagi. Program ini telah disertai oleh lebih kurang 250 orang ahli PUSPANITA. |
|||||||||
| TAJUK : | PROGRAM CERAMAH KESIHATAN DAN PEMERIKSAAN KESIHATAN UMUM | ||||||||
| TEMPAT : | DEWAN SERI SEROJA, BANGUNAN CHANCERY PRESINT DIPLOMATIK. | ||||||||
| TARIKH : | 14 MEI 2010 | ||||||||
Biro Kesihatan PUSPANITA KDN telah menganjurkan satu Program Ceramah dan Pemeriksaan Kesihatan bertempat di Dewan Seri Seroja, Bangunan Chancery Place, Presint Diplomatik. Ceramah ini terbuka kepada semua ahli PUSPANITA KDN serta pegawai dan kakitangan bagi jabatan-jabatan kerajaan yang terletak di Presint Diplomatik. Seramai 250 orang peserta telah mengikuti ceramah dan pemeriksaan kesihatan |
|||||||||
![]() |
![]() |
||||||||
![]() |
![]() |
||||||||
![]() |
![]() |
||||||||
![]() |
![]() |
||||||||
![]() |
![]() |
||||||||
![]() |
|||||||||
| TAJUK : | PERLAWANAN BOLING PUSPANITA KDN 2010 | ||||||||
| TEMPAT : | PUSAT BOWLING AMPANG CAWANGAN PLAZA METRO POINT KAJANG | ||||||||
| TARIKH : | 26 JUN 2010 | ||||||||
Pada 26 Jun 2010, Biro Sukan PUSPANITA KDN telah menganjurkan satu perlawanan Boling Peringkat PUSPANITA KDN. Seramai 35 orang pemain telah mengambil bahagian dalam perlawanan ini. Selain itu seramai lebih kurang 70 orang ahli PUSPANITA telah hadir memberikan sokongan kepada pemain-pemain yang mengambil bahagian. Perlawanan Boling ini telah diadakan di Pusat Bowling Ampang Cawangan Plaza Metro Point Kajang.Program ini dilaksanakan adalah untuk mengeratkan lagi tali silaturahim antara ahli-ahli PUSPANITA KDN. |
|||||||||
| TAJUK : | CERAMAH KESEDARAN BERKAITAN JENAYAH RAGUT DAN KESELAMATAN JALAN RAYA | ||||||||
| TEMPAT : | DEWAN MELATI, AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN | ||||||||
| TARIKH : | 16 JULAI 2010 | ||||||||
Biro Pendidikan PUSPANITA KDN telah menganjurkan satu ceramah kesedaran berkaitan dengan jenayah ragut dan keselamatan jalan raya bertempat di Dewan Melati, Agensi Antidadah Kebangsaan. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Supt. Che Hussin Bin Omar ( Ketua Trafik Selangor) dan DSP Ng Kong Soon. Ceramah kesedaran ini telah disertai oleh seramai 120 orang ahli PUSPANITA KDN serta cawangan-cawangan kecil |
|||||||||
| TAJUK : | LAWATAN KEBAJIKAN KE RUMAH ORANG-ORANG TUA DI MERANTI, PUCHONG | ||||||||
| TEMPAT : | MERANTI, PUCHONG | ||||||||
| TARIKH : | 17 JULAI 2010 | ||||||||
Pada 17 Julai 2010 Biro Kebajikan yang diketuai oleh Y.Bhg Datin Jasiah Md Saad berserta 35 ahli PUSPANITA KDN telah mengadakan lawatan kebajikan ke rumah orang-orang tua di Pulau Meranti Puchong. Lawatan tersebut adalah bertujuan untuk beramah mesra dengan penghuni-penghuni rumah tersebut serta menyampaikan sumbangan barang-barang keperluan seperti makanan serta pakaian. Di samping itu ahli-ahli PUSPANITA dan rombongan juga telah menyumbang tenaga dengan mengadakan aktiviti gotong-royong serta mengecat rumah tersebut. |
|||||||||
| TAJUK : | LAWATAN KEBAJIKAN KE RUMAH ANAK-ANAK YATIM | ||||||||
| TEMPAT : | BAITUS SAKINAH WAL MAHABBAH KOTA WARISAN SEPANG | ||||||||
| TARIKH : | 27 JULAI 2010 | ||||||||
Biro Kebajikan PUSPANITA KDN telah menganjurkan satu lawatan kebajikan ke rumah anak-anak yatim di Cyberjaya pada 27 Julai 2010. Lawatan ini adalah bertujuan untuk melihat keadaan anak-anak di sana serta beramah mesra dengan penghuni di rumah tersebut. Dalam lawatan tersebut PUSPANITA KDN juga telah berhasrat untuk menyampaikan sumbangan baju raya kepada semua anak-anak-yatim tersebut. Baju raya akan dijahit oleh Jabatan Penjara Malaysia dan telah dihantar pada 1 September 2010. Rumah anak-anak yatim tersebut dikendalikan oleh orang perseorangan dan beliau tidak menerima mana-mana sumbangan dari mana-mana syarikat korporat mahupun badan kerajaan. |
|||||||||
| TAJUK : | PERTANDINGAN NASYID PERINGKAT PUSPANITA KDN | ||||||||
| TARIKH : | 6 OGOS 2010 | ||||||||
Biro Agama PUSPANITA KDN telah menganjurkan Pertandingan Nasyid Peringkat Kementerian Dalam Negeri. Setiap Cawangan Kecil adalah dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya satu pasukan nasyid untuk menyertai pertandingan tersebut. Pada 6 Ogos sebanyak 8 pasukan telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Selain itu seramai 150 ahli PUSPANITA turut hadir memeriahkan pertandingan tersebut sebagai penyokong bagi kumpulan yang bertanding. Pertandingan tersebut telah dimenangi oleh Pasukan Nasyid PUSPANITA Cawangan Kecil Jabatan Penjara Malaysia. |
|||||||||
| TAJUK : | MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN AMAL PUSPANITA KDN | ||||||||
| TARIKH : | 3 SEPTEMBER 2010 | ||||||||
Biro kebajikan dan Biro Agama PUSPANITA KDN telah bergabung tenaga menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran dan seterusnya Majlis Penyampaian Sumbangan Amal. Majlis Khatam Al-Quran PUSPANITA KDN telah dipimpin oleh Ustazah Wan Morsita Binti Wan Sudin dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Sejurus setelah tamatnya khatam Al-Quran majlis diteruskan dengan Penyampaian Sumbangan Amal oleh Y. Bhg Datin Sri Pengerusi PUSPANITA KDN kepada ahli PUSPANITA yang berpendapatan rendah, ibu-ibu tunggal, ahli yang ditimpa penyakit kronik serta anak-anak yatim. Majlis ini adalah bertujuan untuk membantu meringankan beban ahli PUSPANITA untuk menyambut hari raya. |
|||||||||
| TAJUK : | SAMBUTAN HARI RAYA PUSPANITA KDN | ||||||||
| TARIKH : | 8 OKTOBER 2010 | ||||||||
Pada 8 Oktober 2010, PUSPANITA KDN telah mengajurkan Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat PUSPANITA KDN. Tetamu kehormat yang telah sudi hadir memeriahkan majlis tersebut adalah Penaung PUSPANITA KDN iaitu Y.M Tengku Datin Seri Marsilla Binti Tengku Abdullah. Selain daripada itu seramai 250 ahli PUSPANITA KDN turut hadir dan menjayakan majlis pada petang tersebut. Majlis telah diadakan di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Ikatan Relawan Rakyat Malaysia Presint 2, Putrajaya. |
|||||||||
![]() |
![]() |
||||||||
![]() |
![]() |
||||||||
![]() |
![]() |
||||||||
![]() |
![]() |
||||||||
![]() |
![]() |
||||||||
![]() |
|||||||||
Penafian: PUSPANITA KDN tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan |
|||||||||
yang dialami pengguna kerana menggunakan maklumat dalam laman web ini. |
|||||||||