Laman Web Rasmi PUSPANITA Kementerian Dalam Negeri
 
 
  
 
 


 
 
MAJLIS MESRA BERSAMA PENAUNG – 19 JUN 2009
 

 

Pada 19 Jun 2009 PUSPANITA Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengadakan Majlis Ramah Mesra Bersama Penaung. Majlis ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan Y.M. Tengku Datin Seri Marsilla Binti Tengku Abdullah iaitu isteri kepada Y.B Menteri Dalam Negeri sebagai Penaung PUSPANITA KDN yang baru kepada semua ahlinya.

 


Majlis ini turut dihadiri oleh Y. Bhg. Datin Wira Rahimi Binti Yeop, isteri Y.B Timbalan Menteri, Y. Bhg. Datin Nabihah Binti Haji Hassan, Pengerusi PUSPANITA serta 200 orang ahli yang lain.

Selain daripada beramah mesra dengan ahli-ahli PUSPANITA yang hadir pada majlis tersebut Y.M. Datin Seri juga turut meluangkan masa melawat Taska yang dikendalikan oleh PUSPANITA KDN.
     

   


MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN UNTUK PELAJAR CEMERLANG
PUSPANITA KEMENTERIAN DALAM NEGERI
19 JUN 2009

 
 

PUSPANITA Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengadakan satu majlis khas bagi meraikan anak-anak ahli yang cemerlang dalam pelajaran masing-masing pada 19 Jun 2009, jam 10.00 pagi bertempat di Dewan Gemilang, Kementerian Dalam Negeri.

Sumbangan tersebut merupakan salah satu usaha dari PUSPANITA KDN untuk memberi dorongan dan semangat kepada pelajar-pelajar untuk terus memajukan diri dalam pelajaran dan kehidupan mereka. Seramai lebih kurang 50 pelajar yang terpilih untuk menerima sumbangan tersebut.

   
   


PROGRAM MOTIVASI SECARA MUZIKAL UNTUK ANAK-ANAK AHLI PUSPANITA KDN
SERTA PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH
ANJURAN BIRO PENDIDIKAN PUSPANITA KEMENTERIAN DALAM NEGERI

 
 

Biro Pendidikan PUSPANITA Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menganjurkan satu program motivasi secara muzikal untuk pelajar-pelajar sekolah. Program tersebut berlangsung pada 27 Jun 2009 bertempat di Dewan Balora, Jabatan Pendaftaran Negara.

Program ini bertujuan untuk memberi motivasi  serta panduan kepada pelajar-pelajar dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai pelajar serta menjadi anak yang baik kepada kedua-dua ibu-bapa mereka.

   
   


   

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PUSAT KAWALAN TEROWONG SMART

 

Biro Lawatan PUSPANITA Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menganjurkan satu program lawatan ke Pusat Kawalan Terowong SMART pada 23 November 2009.

Lawatan tersebut telah dihadkan kepada 30 orang sahaja kerana pihak pengurusan SMART tidak mempunyai bilik taklimat yang besar untuk menampung bilangan ahli PUSPANITA yang ramai. Lawatan tersebut adalah bertujuan untuk melihat dengan lebih dekat lagi pengurusan terowong SMART dalam menangani kejadian banjir kilat di kawasan Kuala Lumpur.

   

 


MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI 2009
PUSPANITA KEMENTERIAN DALAM NEGERI (KDN)
13 OKTOBER 2009
DEWAN BALORA PERDANA, JABATAN PENDAFTARAN NEGARA

 
   

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2009 PUSPANITA KDN telah diadakan pada petang Selasa, 13 Oktober 2009 di Dewan Balora Perdana, Jabatan Pendaftaran Negara.  Objektif majlis ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim antara ahli–ahli PUSPANITA seluruh jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri dan memberi peluang kepada ahli–ahli PUSPANITA untuk beramah mesra dengan Penaung dan Jawatankuasa Tertinggi PUSPANITA KDN.

 

Tetamu kehormat pada majlis ini adalah Y.M. Tengku Datin Seri Marsilla bt Tengku Abdullah, Penaung PUSPANITA KDN.   Seramai lebih kurang 200 orang yang terdiri daripada ahli-ahli PUSPANITA dari semua jabatan di bawah KDN menghadiri majlis ini. Sepanjang majlis, tetamu telah dihiburkan oleh tarian dan nyanyian daripada ahli-ahli PUSPANITA yang diringi oleh 'band' JPN.  Tetamu kehormat dan ahli-ahli Jawatankuasa Induk juga membuat persembahan dengan menyanyikan dua (2) buah lagu hari raya.

 
 
 
 
 
 
 

 

 

     

Penafian: PUSPANITA KDN tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan

yang dialami pengguna kerana menggunakan maklumat dalam laman web ini.
Hak Milik PUSPANITA Cawangan Kementerian Dalam Negeri - 2010 -