header plain mobile2

Pasport Gantian Percuma Untuk Mangsa Banjir Pulau Pinang

Pulau Pinang: Orang ramai yang pasport mereka rosak atau hilang dalam kejadian banjir di negeri ini Ahad lepas, boleh membuat permohonan pasport gantian secara percuma di pejabat Imigresen berhampiran mulai esok hingga 31 Dis ini.

 

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata permohonan pasport gantian berkenaan adalah untuk pasport yang rosak atau hilang akibat kejadian banjir itu dan belum tamat tempoh. "Mangsa banjir yang terlibat, segeralah buat laporan di pejabat Imigresen terlebih dahulu dan hendaklah membuktikan ia (pasport hilang atau rosak) disebabkan bencana bukan kecuaian," katanya.

 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Tinjauan Mesra Misi Cakna Kebajikan dan Gotong Royong Pasca Banjir Jabatan Imigresen di sini hari ini.

 

Beliau berkata kuarters jabatan berkenaan di sini, turut terjejas dalam kejadian banjir tersebut dan anggaran kerugian bagi 40 unit kuarters untuk 70 keluarga itu ialah kira-kira RM400,000.

 

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1408753