header plain mobile2

Agensi KDN, ATM dikerah bantu mangsa banjir (Terkini)

Semua agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dikerah membantu mangsa banjir di Pulau Pinang sejak jam 8.30 pagi tadi.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata bantuan segera dihulurkan berikutan banjir yang semakin meruncing di negeri itu sejak malam tadi.

Ahmad Zahid berkata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, mengejutkannya awal pagi tadi merayu bantuan agensi menangani mangsa banjir di negeri itu.

Ahmad Zahid berkata, beliau menerima panggilan telefon daripada Guan Eng jam 3.34 pagi tadi berikutan keadaan banjir yang kian meruncing.

"Semua pasukan bantuan itu termasuk daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sudah dikerah sejak jam 8.30 pagi tadi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas pelancaran program Ekspresi Negaraku di Dataran Perayaan, Jalan Stadium di sini, sebentar tadi.

 https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/11/346699/agensi-kdn-atm-dikerah-bantu-mangsa-banjir