header plain mobile2

Talian Khas MAPO 03-8000 8000

TALIAN KHAS ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN BAGI MAJLIS ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN (MAPO) DI BAWAH 1MOCC

 

1. Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui pendekatan National Blue Ocean Strategy (NBOS) dan selaras dengan aspirasi YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri pada 30 Julai 2017 telah melancarkan talian khas Antipemerdagangan Orang bagi Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) melalui 03 - 8000 8000 dengan kerjasama 1Malaysia One Call Centre (1MOCC).

 

2. Talian khas 03-8000 8000 ini beroperasi dari 7.30 pagi hingga 9.00 malam setiap hari.

 

3. Seramai 6 orang pegawai bertugas akan mengendalikan talian khas ini yang akan menerima dan menyalurkan aduan / laporan kepada agensi penguatkuasa seperti Polis DiRaja Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia.

 

4. Orang ramai juga boleh membuat aduan / laporan di luar waktu operasi di mana pegawai bertugas akan mengambil tindakan berdasarkan rakaman laporan yang diterima pada keesokkan harinya.

 

5. KDN menyeru orang awam membuat laporan serta-merta sekiranya mempunyai maklumat atau mengetahui sebarang aktiviti yang melibatkan jenayah pemerdagangan orang atau penyeludupan migran.