header plain mobile2

Bajet 2017 Kementerian Dalam Negeri

bajet2017

 

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah diperuntukkan RM12.8 bilion ringgit bagi Bajet 2017, termasuk RM8.7 bilion ringgit kepada Polis DiRaja Malaysia.

 

Antara projek utama adalah, membina 12 ibu pejabat polis daerah, pusat latihan Komando 69, dan perolehan kenderaan serta kelengkapan. Selain itu, RM60 juta ringgit disediakan bagi meningkatkan keberkesanan usaha mencegah jenayah di bandar, termasuk omnipresence dan Unit Rondaan Bermotosikal.

 

Kerajaan juga mengiktiraf peranan anggota RELA dalam memelihara keharmonian masyarakat. Untuk ini, RM80 juta ringgit diperuntukkan, bagi membekalkan pakaian seragam kepada lebih 200 ribu orang anggota RELA.

 

bajet1

bajet2