Awam | Warga KDN   phone white 03 - 8000 8000  email icon  pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Selamat Datang

Pautan Pantas Maklumat Korporat, Direktori, Perkhidmatan Online, Terkini dan Menu Portal

  kdn mapkdn feedbackkdn contact uskdn faq

header plain mobile2

Pengenalan

Berdasarkan Perkara 140, Perlembagaan Persekutuan, Suruhanjaya Pasukan Polis adalah bertanggungjawab bagi melantik, mengesahkan, memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, kenaikan pangkat, pertukaran dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota pasukan polis. Walaubagaimanapun, tidak semua tugas dan tanggungjawab tersebut dilaksanakan oleh suruhanjaya kerana sebahagian daripada tugas-tugas kewajipan dan tanggungjawab tersebut diwakilkan kuasa kepada Ketua Polis Negara dan Pegawai-Pegawai Kanan Polis seperti yang terkandung dalam Warta Kerajaan P.U (B) 441 bertarikh 14.12.2000.

Suruhanjaya Pasukan Polis hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut, iaitu :-

  1. Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi polis, yang hendaklah menjadi Pengerusi;
  2. Pegawai polis yang memerintah secara menyeluruh pasukan polis;
  3. Orang yang melaksanakan tugas jawatan Ketua Setiausaha Kementerian di bawah Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi polis;
  4. Seorang anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong;
  5. Tidak kurang daripada dua(2) orang tetapi tidak lebih daripada enam(6) orang anggota lain, yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

Agensi |

KLIK LOGO UNTUK KE MAKLUMAT PERKHIDMATAN AGENSI

 PDRM  PENJARA  JIM  jpn update  AADK  jppm update RELA AKSEM   Lembaga Penapis Filem  new ipsom  APMM Logo 2  esscom