Awam | Warga KDN   phone white 03 - 8000 8000  email icon  pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Selamat Datang

Pautan Pantas Maklumat Korporat, Direktori, Perkhidmatan Online, Terkini dan Menu Portal

  kdn mapkdn feedbackkdn contact uskdn faq

header plain mobile2

Soalan Lazim Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran

Berikut adalah soalan-soalan yang sering diajukan oleh pengunjung Portal Kementerian Dalam Negeri. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lain sila hubungi kami di talian 03- 8886 8533 atau e-mel kepada kami di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.


Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran
Penerbitan / Percetakan Teks Al-Quran
Apakan bentuk pencetakan/ penerbitan teks al-Quran yang memerlukan lesen.
  Jawapan :

Semua bentuk pencetakan/ penerbitan yang mengandungi ayat-ayat al-Quran sekurang-kurangnya 1 juzuk adalah perlu mendapatkan kelulusan Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran (LPPPQ).
Apakah prosedur untuk memohon lesen mencetak/ menerbit teks al-Quran.
  Jawapan :

- Perlu mendapatkan dan mengisi borang permohonan (Borang A). - Sertakan maklumat-maklumat/ dokumen berkaitan :- a) Salinan Lesen Mesin Cetak yang sah b) Salinan Surat Pendaftaran c) Borang A - Borang Permohonan bagi lesen untuk Mencetak/ Menerbitkan Teks Al-Quran yang lengkap dipenuhi. d) Maklumat tambahan permohonan bagi lesen untuk Mencetak/ Menerbit Teks Al-Quran ÔÇô Borang A (1) e) Salinan Lesen Mesin Cetak yang sah. f) Salinan Surat Pendaftaran Syarikat g) Senarai Perunding sekurang-kurangnya 2 orang kelulusan pakar dalam bidang : - Pengajian Al-Quran dan Qiraat - Hafiz - Pengajian Syariah h) Senarai Nama Pekerja yang dibayar Caruman EPF i) Salinan butir-butir Pemegang Saham Syarikat (Borang 24 Akta Syarikat 1965) j) Senarai kelengkapan pejabat (seperti telefon, fax, photostat, mesin dan lain-lain)
Saya ingin mencetak al-Quran, syarikat manakah yang memiliki lesen mencetak/menerbit teks al-Quran.
  Jawapan :

Tuan boleh merujuk kepada senarai syarikat-syarikat yang telah diberi kelulusan lesen oleh Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran sebagaimana yang disenaraikan dalam web ini.
Apakah jenis rasm al-Quran yang diterima pakai di Malaysia?
  Jawapan :

Rasm al-Quran yang diterimapakai di Malaysia adalah Rasm Uthmani Riwayat Hafs AnÔÇÖ Asim.
Siapakah pihak berkuasa yang memastikan kesahihan dan meluluskan teks al- Quran?
  Jawapan :

Setiap teks al-Quran akan disemak oleh Lajnah Penyemakan dan Penilaian Teks Al-Quran dan akan dikemukakan untuk kelulusan Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran (LPPPQ), Kementerian Dalam Negeri.
Permit Penerbitan
Apakah penerbitan yang memerlukan permit?
  Jawapan :

Terdapat 2 jenis permit penerbitan di bawah peruntukkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984; i) Permit Penerbitan (Malaysia) Seksyen 6 (1) (a) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984: Akhbar yang dicetak dan diterbitkan di Malaysia. ii) Permit Penerbitan (Singapura) Seksyen 6 (1) (b) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984: Akhbar yang diterbit dan dicetak di Singapura untuk dibenarkan diimport, dijual, dikelilingi atau diedar di Malaysia.
Berapakah kadar bayaran sesuatu permit dan bagaimana kaedah pembayarannya?
  Jawapan :

Bayaran boleh dibuat melalui bank draf berdasarkan kepada kekerapan seperti berikut: 1. Harian  RM 3,000.00 2. 5 atau 6 kali seminggu  RM 2,000.00 3. 2 atau 3 atau 4 kali seminggu  RM 1,000.00 4. Mingguan  RM 800.00 5. 2 atau 3 kali sebulan  RM 500.00 6. Bulanan  RM 400.00 7. 1 hingga 11 kali setahun  RM 300.00 8. Surat Berita  RM 50.00
Bagaimanakah sekiranya nama Pemohon / Ketua Pengarang bagi penerbitan Singapura berbeza dengan nama dalam MICA?
  Jawapan :

Pihak penerbit Singapura perlu mengemukakan surat pengesahan bahawa nama Pemohon / Ketua pengarang adalah berbeza di butiran MICA yang masih berkuat kuasa.
Apakah penerbitan yang dikecualikan daripada permit?
  Jawapan :

Terdapat 3 jenis penerbitan yang dikecualikan: a) Penerbitan Tidak Berkala (One-Off Publication); b) Hasil penerbitan atau apa-apa dokumen atau majalah berkala oleh atau untuk Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri atau mana-mana badan berkanun di bawah Seksyen 25 (1); atau c) Melalui perintah Menteri yang disiarkan dalam Warta di bawah Seksyen 25 (2).
Berapa lamakah masa yang diambil untuk meluluskan sesuatu permohonan?
  Jawapan :

Tempoh kelulusan bagi sesuatu permohonan bergantung pada jenis permohonan seperti berikut: i) Permohonan Baru: 2 bulan ii) Permohonan Pembaharuan / Pertukaran: 1 bulan iii) Pertukaran: 1 bulan
Lesen Mesin Cetak
Berapa lamakah tempoh masa bagi sesuatu permohonan Lesen Mesin Cetak itu dapat diluluskan?
  Jawapan :

Piagam Pelanggan bagi tempoh masa bagi sesuatu permohonan itu bergantung pada jenis permohonan ; i. Bagi permohonan Baru mengambil masa 2 Bulan setelah permohonan lengkap ii. Bagi Permohonan Pembaharuan mengambil masa 1 bulan setelah lengkap iii. Bagi Permohonan Pertukaran mengambil masa 2 Bulan setelah lengkap
Bolehkah pemohon lesen mesin cetak merupakan pegawai/kakitangan syarikat tersebut?
  Jawapan :

a) Bagi kategori syarikat, pemohon mestilah salah seorang daripada ahli lembaga pengarah yang terdapat dalam borang 49 yang terkini dan berstatus warganegara dan bermastautin di Malaysia. b) Bagi kategori perniagaan tunggal/perkongsian pemohon mestilah salah seorang pemilik /rakan kongsi yang terdapat dalam borang D, Maklumat Pemilik Masa Kini dan Maklumat Perniagaan yang berstatus warganegara dan bermastautin di Malaysia. c) Bagi pertubuhan / persatuan / kesatuan / koperasi atau institusi percetakan, pemohon mestilah terdiri daripada pemegang jawatan tertinggi dalam organisasi tersebut yang berstatus warganegara dan bermastautin di Malaysia
Adakah KDN menetapkan syarat bahawa hanya syarikat yang berstatus bumiputera atau memiliki saham majoriti di pegang oleh bumiputra sahaja dibenarkan memohon lesen mesin cetak?
  Jawapan :

KDN tidak menetapkan syarat sedemikian. Semua pemohon yang layak dan memenuhi syarat boleh memohon Lesen Mesin Cetak.
Bolehkah sebuah syarikat milik warganegara Singapura memohon untuk mendapatkan lesen mesin cetak?
  Jawapan :

Tidak Boleh. Walau bagaimana pun sekiranya syarikat tersebut mempunyai Ahli Lembaga Pengarah atau rakan kongsi yang terdiri daripada warganegara dan bermastautin di Malaysia, ia adalah dibenarkan.
Bolehkan bahan-bahan terbitan luar untuk edaran luar negara dicetak di Malaysia?
  Jawapan :

Boleh. Namun begitu, syarikat percetakan tersebut mesti mendapatkan Lesen Mesin Cetak yang sah dari KDN dan bahan-bahan yang dicetak mestilah menepati Akta Mesin Cetak Penerbitan 1984 serta syarat-syarat dan garis panduan penerbitan.
Perlukah perubahan kepada pemegang saham syarikat dbuat permohonan kepada KDN?
  Jawapan :

Perlu ini kerana sebarang perubahan atau pertukaran kepada pemegang saham syarikat akan menyebabkan perubahan atau pertukaran kepada senarai Ahli Lembaga Pengarah.
Bagaimana membuat bayaran?
  Jawapan :

Bayaran boleh dibuat melalui Wang Pos atau Bank Draf atas nama Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri sebaik sahaja surat kelulusan dan minta bayaran dikeluarkan kepada pemohon.
Perlukah bagi syarikat yang sama memohon lesen percetakan sekiranya membuka premis percetakan yang berbeza?
  Jawapan :

Dalam keadaan: a. Bagi premis yang bersebelahan / sederet dan tiada pemisah dengan premis asal permohonan ini dikategorikan sebagai tambah alamat. i. Syarikat tersebut perlu membuat permohonan tambah alamat dan perlu mendapatkan ulasan sokongan dari JKKP dan PBT semula. Walaubagaimanapun pemohon dikenakan satu Lesen Mesin Cetak sahaja dan bayaran dikenakan sebanyak RM 500.00. b. Bagi premis yang bukan bersebelahan dengan premis asal dikategorikan sebagai premis cawangan. i. Syarikat tersebut perlu membuat permohonan seperti permohonan baru dan lesen baru dikeluarkan untuk cawangan tersebutwalaubagamanapun kadar bayaran yang dikenakan untuk lesen tersebut berjumlah RM 300.00 sahaja.

Agensi |

KLIK LOGO UNTUK KE MAKLUMAT PERKHIDMATAN AGENSI

 PDRM  PENJARA  JIM  jpn update  AADK  jppm update RELA AKSEM   Lembaga Penapis Filem  new ipsom  APMM Logo 2  esscom

Agensi |

KLIK LOGO UNTUK KE MAKLUMAT PERKHIDMATAN AGENSI

 PDRM  PENJARA  JIM  jpn update  AADK  jppm update RELA AKSEM   Lembaga Penapis Filem  new ipsom  APMM Logo 2  esscom