1. SKIP_MENU
  2. SKIP_CONTENT
  3. SKIP_FOOTER

Berikut adalah soalan-soalan yang sering diajukan oleh pengunjung Portal Kementerian Dalam Negeri. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lain sila hubungi kami di talian 03- 8886 8533 atau e-mel kepada kami di Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Bahagian Akaun

UNIT AMANAH, DEPOSIT & PANJAR :

1 Bilakah Penyata Penyesuaian Amanah/Deposit/Panjar perlu dikemukakan oleh PTJ ke Bahagian Akaun KDN?
  Jawapan :

Berdasarkan AP 143 (b) dan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 8/1987, Penyata Penyesuaian Akaun Amanah/Deposit/Panjar hendaklah disediakan bagi menyesuaikan baki rekod perakaunan Jabatan dengan Laporan Terperinci yang dikeluarkan oleh Pejabat Perakaunan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh terima Laporan Terperinci.

2 Bagaimanakah tatacara pengurusan Akaun Amanah Awam/Kerajaan?
  Jawapan :

Perbendaharaan Malaysia ada mengeluarkan Tatacara Pengurusan Akaun Amanah Yang Ditubuhkan Di Bawah Seksyen 9, Akta Acara Kewangan 1957 untuk dijadikan panduan di dalam menguruskan Akaun Amanah Awam dengan teratur dan berkesan. Sila rujuk Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 18/2001. Bagi Akaun Amanah Khas dan Akaun Amanah Kerajaan (Seksyen 10, Akta Acara Kewangan 1957), PTJ dicadangkan untuk mengguna pakai SPP yang sama sebagai panduan dalam menguruskan akaun amanah berkenaan.

3 Apakah tindakan yang perlu diambil terhadap deposit yang boleh dituntut namun tidak dituntut oleh pendeposit?
 
Jawapan :

a)Jika tiada sebab-sebab tertentu, deposit yang tidak dituntut selepas tempoh 12 bulan dari tarikh deposit boleh dikembalikan hendaklah diberitahu dalam Warta Kerajaan.

b)Jika deposit itu masih tidak dituntut dalam masa 3 bulan selepas diwartakan maka ia hendaklah dikreditkan ke hasil Kerajaan (Kod Hasil : 81302 - Wang Tidak Dituntut)

4 Apakah syarat-syarat dan prosedur untuk memohon pembukaan panjar wang runcit (PWR)?
  Jawapan :

Permohonan mewujudkan PWR hanya diluluskan kepada pejabat yang berstatus PTJ. Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan bagi permohonan mewujud PWRadalah seperti berikut:

  1. Surat permohonan PTJ;
  2. Surat sokongan daripada Kementerian /Ibu Pejabat PTJ;
  3. Carta Organisasi Kementerian/Jabatan;
  4. Laporan C110B (Laporan Kedudukan Peruntukan Vot Bekalan)/Laporan C231B (Laporan Terperinci Perbelanjaan Vot Bekalan);
  5. Justifikasi keperluan PWR;
  6. Anggaran perbelanjaan sebulan; dan
Borang Maklumat Penerima Bayaran GFMAS
5 Apakah syarat-syarat dan prosedur untuk memohon penambahan amaun apungan PWR?
  Jawapan :

Permohonan menambah amaun apungan PWR dibenarkan kepada semua Pemegang PWR sedia ada iaitu sama ada berstatus PTJ atau pun Pusat Kos. Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan bagi permohonan menambah PWR  adalah seperti berikut:

  1. Surat permohonan PTJ;
  2. Surat sokongan daripada Kementerian /Ibu Pejabat PTJ;
  3. Justifikasi keperluan penambahan PWR; dan
  4. Rekod Buku Tunai bagi rekupmen 6 bulan terdahulu.
6 Apakah prosedur untuk memohon penutupan/mengurang PWR?
  Jawapan :

Dokumen yang perlu dikemukakan bagi permohonan menutup/mengurang PWR adalah seperti berikut :

  1. Surat permohonan PTJ; dan
  2. Surat sokongan daripada Kementerian/Ibu Pejabat PTJ.

Setelah kelulusan JANM diperolehi, amaun PWR yang berkenaan perlu dipulangkan kepada JANM dengan memasukkan amaun tersebut ke dalam Akaun Bank Terimaan Pejabat Perakaunan di mana rekupmen dibuat.Dokumen yang perlu dikemukakan kepada Bahagian Akaun KDN setelah amaun PWR dipulangkan adalah seperti berikut:

  1. Salinan Penyata Pemungut; dan
  2. Salinan Laporan Terperinci (C350/Laporan FBL1N yang berbaki sifar (0) bagi penutupan PWR dan yang mempunyai baki terkini selepas pengurangan PWR.
7 Apakah pembayaran yang boleh dibuat daripada PWR?
  Jawapan :

Pembayaran yang boleh dibuat daripada PWR adalah perbelanjaan rasmi berdasarkan kriteria seperti berikut:

  1. Pembayaran kecil yang segera - perbelanjaan tidak berkala dan tidak dirancang menyebabkan pesanan tempatan tidak dapat dikeluarkan.
  2. Perbelanjaan runcit - pembelian kecil-kecilan yang tidak praktikal untuk membuat pembelian melalui pesanan tempatan.
  3. Tidak melebihi RM500.00 bagi setiap resit/bil - Pemegang Panjar dibenarkan untuk membuat bayaran melebihi RM500.00 sekiranya praktikal dan berfaedah dengan kelulusan Ketua Jabatan sebelum pembelian dibuat [AP 97 (d)].
  4. Pembelian tidak dijeniskan sebagai Aset (Harta Modal dan Inventori di bawah Kod Objek Am 30000); dan
  5. Pendahuluan untuk belanja perjalanan kepada pegawai yang menggunakan kenderaan jabatan kecuali untuk membayar tuntutan perjalanan.
8 Apakah Laporan FBL1N bagi PWR?
  Jawapan :

Laporan FBL1N PWR adalah Laporan Terperinci Tunai PWR yang menunjukkan semua transaksi PWR yang dibuat melalui Modul Panjar eSPKB/manual. Laporan ini digunapakai bagi menggantikan Laporan C350 buat sementara waktu sehinggalah Laporan C350 yang dijana adalah stabil.

Berikut adalah soalan-soalan yang sering diajukan oleh pengunjung Portal Kementerian Dalam Negeri. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lain sila hubungi kami di talian 03- 8886 8533 atau e-mel kepada kami di Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Bahagian Perancangan Strategik

Tiada topik untuk bahagian ini!

Bahagian Kepenjaraan, Antidadah dan Pertahanan Awam

Tiada topik untuk bahagian ini!

Berikut adalah soalan-soalan yang sering diajukan oleh pengunjung Portal Kementerian Dalam Negeri. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lain sila hubungi kami di talian 03- 8886 8533 atau e-mel kepada kami di Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Unit Komunikasi Korporat

Bahagian Kepolisan dan Keselamatan Sempadan

Tiada topik untuk bahagian ini!

Agensi

Polis Diraja MalaysiaJabatan Penjara MalaysiaJabatan Imigresen malaysiaJabatan Pendaftaran Malaysia Agensi Antidadah Kebangsaan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia RELA PNMB Lembaga Penapis Filem

ISO

Ikuti Kami

QR KDNTwitterFacebook KDNRSS Portal iKDNVideo KDNEmel KDN

Statistik

17794397

MyGovernment Pemudah Ketua Setiausaha Negara Malaysia Biro Pengaduan Awam MSC  1Malaysia JPA BLESS
MAMPU HRMIS Suruhan Pilihan Raya Malaysia Talent Corporation Malaysia Pusat Rujukan Persuratan Melayu  MyGov Mobile United Against Crime Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia