Awam | Warga KDN   phone white 03 - 8000 8000  email icon  pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Selamat Datang

Pautan Pantas Maklumat Korporat, Direktori, Perkhidmatan Online, Terkini dan Menu Portal

  kdn mapkdn feedbackkdn contact uskdn faq

Pertubuhan

RAYUAN PERTUBUHAN

Permohonan rayuan pertubuhan kepada Menteri Dalam Negeri boleh dikemukakan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dalam masa 30 hari dari tarikh keputusan Pendaftar dalam mana-mana hal sebagaimana yang dinyatakan dibawah Seksyen 18, Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335] seperti berikut:-

a) Pembatalan pendaftaran pertubuhan di bawah seksyen 2A;

b) Keengganan mendaftarkan pertubuhan itu di bawah seksyen 7;

c) Keengganan memberi pengecualian di bawah seksyen 9A (4) kepada orang berkelayakan memegang jawatan dalam mana-mana pertubuhan berdaftar;

d) Keengganan meluluskan penukaran nama atau tempat urusan pertubuhan itu, atau pindaan kepada kaedah-kaedahnya di bawah seksyen 11;

e) Keengganan meluluskan penubuhan suatu cawangan pertubuhan di bawah seksyen 12;

f) Pembatalan pendaftaran pertubuhan di bawah seksyen 13;

g) Perintah melarangkan orang-orang bukan warganegara dari memegang jawatan dalam suatu pertubuhan atau melarangkan gabungan, hubungan, komunikasi atau urusan-urusan lain dengan mana-mana pertubuhan di luar Persekutuan dan perkara-perkara lain yang dinyatakan dalam seksyen 13A (1);

h) Perintah supaya meminda kaedah-kaaedah atau perlembagaannya di bawah seksyen 13A (2);

i) Keengganan meluluskan seorang juruaudit atau meluluskan seorang juruaudit atau meluluskan seorang juruaudit yang tak dapat diterima oleh pertubuhan di bawah seksyen 14 (4);

j) Pembuatan suatu perintah sementara untuk membubarkan pertubuhan di bawah seksyen 14 (5);

k) Pembatalan pendaftaran suatu pertubuhan berdaftar di bawah seksyen 16 kerana gagal menyelesaikan pertikaian dalam pertubuhan; atau

l) Keengganan memberi kebenaran di bawah seksyen 49 untuk menjadi seorang pemegang jawatan.

Agensi |

KLIK LOGO UNTUK KE MAKLUMAT PERKHIDMATAN AGENSI

 PDRM  PENJARA  JIM  jpn update  AADK  jppm update RELA AKSEM   Lembaga Penapis Filem  new ipsom  APMM Logo 2  esscom

Agensi |

KLIK LOGO UNTUK KE MAKLUMAT PERKHIDMATAN AGENSI

 PDRM  PENJARA  JIM  jpn update  AADK  jppm update RELA AKSEM   Lembaga Penapis Filem  new ipsom  APMM Logo 2  esscom