1. SKIP_MENU
  2. SKIP_CONTENT
  3. SKIP_FOOTER

Muat Turun Contoh Surat Rayuan Untuk Memiliki Senjata Api

[ format : pdf, size : 18 Kb]

Berikut adalah soalan-soalan yang sering diajukan oleh pengunjung Portal Kementerian Dalam Negeri. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lain sila hubungi kami di talian 03- 8886 8000 / 3000 / 8524 atau e-mel kepada kami di Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.


1. Bolehkah saya mengemukakan permohonan untuk memiliki senjata terus kepada Kementerian ?

  • Tidak. Bidang kuasa Kementerian adalah hanya untuk memeroses rayuan hanya setelah permohonan ditolak oleh pihak PDRM. 2.

2. Bilakah saya perlu mengemukakan rayuan kepada Kementerian ?

  • Perayu perlu mengemukakan rayuan sebelum tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh penolakan oleh Ketua Polis Negara. Sekiranya rayuan dikemukakan selepas tempoh tersebut maka perayu perlu mengemukakan rayuan baru kepada Ibu Pejabat Polis Daerah.

3. Bolehkah Kementerian mengeluarkan lesen memiliki senjatapi ?

  • Tidak. Kementerian hanya mengeluarkan keputusan terhadap rayuan pemilikan senjatapi. Lesen pemilikan dikeluarkan oleh PDRM.

4. Di manakan saya boleh mengemukakan permohonan untuk memiliki senjat api ?

  • Permohonan untuk memiliki senjatapi boleh dikemukakan di Ibu Pejabat Balai Polis Daerah yang bertanggungjawab terhadap daerah tempat tinggal perayu

5. Apakah yang saya perlu buat untuk menyemak status rayuan saya ?

  • Kementerian boleh dihubungi pada talian telefon 03-88868546 / 8541. Sila nyatakan nombor fail kepada petugas. Perayu juga boleh mengirim surat kepada Kementerian atau hadir sendiri ke Kementerian setelah membuat temujanji. Perayu tidak boleh melantik wakil bagi urusan rayuan melainkan sekiranya perayu tidak boleh hadir sendiri atas sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan bagi mengelakkan kes-kes penipuan dan salah guna kuasa .

6. Apakah yang perlu saya buat setelah menerima surat kelulusan dari Kementerian ?

  • Perayu perlu merujuk kepada Ibu Pejabat Polis Daerah yang bertanggungjawab dalam tempoh lima (5) minggu daripada tarikh surat kelulusan tersebut.

7. Bagaimana sekiranya saya ingin menambah syarat kepada lesen saya ?

  • Bagi pemilik lesen yang menerima kelulusan dari PDRM maka permohonan untuk menambah syarat boleh dibuat kepada Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman. Sekiranya kelulusan pemilikan senjatapi diperolehi dari Kementerian, maka pemilik lesen boleh mengemukakan permohonan terus kepada Kementerian menerusi Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam.

8. Bolehkah saya merayu terhadap keputusan Menteri untuk menolak permohonan saya ?

  • Tidak. Seksyen 30(4) memperuntukkan bahawa sebarang keputusan Menteri adalah kekal dan muktamad.

9. Apakah yang saya perlu buat sekiranya permohonan saya ditolak ?

  • Perayu perlu mengemukakan permohonan yang baru di Ibu Pejabat Polis Daerah yang bertanggungjawab dengan menyertakan asas-asas permohonan untuk pertimbangan.

10. Bolehkah saya merayu terus kepada Kementerian walaupun keputusan daripada Ketua Polis Negara belum diterima ?

  • Tidak. Seksyen 30(4) memperuntukkan bahawa kuasa Menteri untuk mempertimbangkan sebarang kes adalah hanya setelah ianya ditolak oleh pihak PDRM.

11. Apakah dokumen-dokumen sokongan yang perlu dikemukakan bagi mengemaskinikan pengkalan maklumat  Kementerian ?

  • Dokumen am iaitu butiran peribadi perayu (alamat terkini, nombor telefon; dan
  • Dokumen khusus yang boleh dikemukakan bergantung kepada tujuan pemilikan iaitu:
    • Mencegah musuh tanaman –pemilikan tanah, pemberian kuasa penjagaan tanah
      , kerosakan terhadap tanaman, program penanaman semula, kepelbagaian dan jenis tanaman
    • Menjaga keselamatan diri dan harta benda – penyata kewangan syarikat dan peribadi yang terkini, salinan aduan kepada polis mengenai ancaman
    • Bersukan – sijil penyertaan di mana-mana kejohanan di peringkat tempatan atau antarabangsa mewakili kelab, negeri atau negara

Peruntukan undang-undang yang digunakan adalah Akta Senjata 1960

  1. Perayu adalah diminta supaya mengemukakan rayuan kepada Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Kementerian Dalam Negeri.
  2. Rayuan adalah di dalam bentuk surat rasmi dan salinan surat penolakan daripada Ketua Polis Negara perlu disertakan.
  3. Rayuan perlu dikemukakan di dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh surat penolakan Ketua Polis Negara.
  4. Bagi penolakan dari Ketua Polis Negeri, tuan adalah dinasihatkan supaya mengemukakan rayuan kepada Ketua Polis Negara dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh penolakan asal.
  5. Perayu turut dinasihatkan supaya menyertakan bersama butiran berkaitan yang difikirkan perlu untuk mengemaskini maklumat berkaitan rayuannya.
  6. Setelah rayuan yang lengkap diterima, Kementerian akan memaklum terima rayuan tersebut dan perayu akan diberi nombor fail Kementerian seperti KDN.S.32/62 PT 17000. Nombor terakhir merupakan nombor rujukan tuan di Kementerian ini.

1. Mana-mana individu yang permohonan untuk memiliki senjatapi telah ditolak oleh Ketua Polis Negara boleh mengemukakan rayuan kepada Y.A.B. Menteri Dalam Negeri menerusi alamat berikut: -

Setiausaha Bahagian
Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam
Aras 10, Blok D1, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 PUTRAJAYA

2. Setiap rayuan perlu dikemukakan di dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh penolakan oleh Ketua Polis Negara.

3. Bagi penolakan dari Ketua Polis Negeri, tuan adalah dinasihatkan supaya mengemukakan rayuan kepada Ketua Polis Negara dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh penolakan asal.

4. Kategori-kategori utama pemilikan senjata adalah bagi tujuan mencegah musuh tanaman, menjaga keselamatan diri dan harta benda atau bersukan.

5. Pemilikan senjatapi bukan hak individu. Setiap permohonan akan dipertimbangkan berdasarkan kelayakan serta keperluan setiap kes.

6. Perayu adalah diminta untuk menyertakan bukti sokongan yang terkini semasa mengemukakan rayuan kepada Kementerian.

 

Agensi

Polis Diraja MalaysiaJabatan Penjara MalaysiaJabatan Imigresen malaysiaJabatan Pendaftaran Malaysia Agensi Antidadah Kebangsaan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia RELA PNMB Lembaga Penapis Filem

ISO

Ikuti Kami

QR KDNTwitterFacebook KDNRSS Portal iKDNVideo KDNEmel KDN

Statistik

15867008

MyGovernment Pemudah Ketua Setiausaha Negara Malaysia Biro Pengaduan Awam MSC  1Malaysia JPA BLESS
MAMPU HRMIS Suruhan Pilihan Raya Malaysia Talent Corporation Malaysia Pusat Rujukan Persuratan Melayu  MyGov Mobile United Against Crime