button awam button warga1 button agensi1

header plain mobile2

Soalan Lazim

 

1. Apakan bentuk pencetakan/ penerbitan teks al-Quran yang memerlukan lesen ?

  • Semua bentuk pencetakan/ penerbitan yang mengandungi ayat-ayat al-Quran sekurang-kurangnya 1 juzuk adalah perlu mendapatkan kelulusan Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran (LPPPQ).

2. Apakah prosedur untuk memohon Lesen Mencetak/Menerbit Teks Al-Quran.

  • Perlu mendapatkan dan mengisi borang permohonan (Borang A).
  • Sertakan maklumat-maklumat/ dokumen berkaitan :-
    • Salinan Lesen Mesin Cetak yang sah (Di bawah AMCP 1984)
    • Salinan Surat Pendaftaran
    • Borang A - Borang Permohonan bagi lesen untuk Mencetak/ Menerbitkan Teks Al-Quran yang lengkap dipenuhi.
    • Maklumat tambahan permohonan bagi lesen untuk Mencetak/ Menerbit Teks Al-Quran ÔÇô Borang A (1)
    • Salinan Surat Pendaftaran Syarikat
    • Senarai Perunding sekurang-kurangnya 2 orang yang pakar dalam bidang :
      • Pengajian Al-Quran dan Qiraat - Hafiz
      • Pengajian Syariah
    • Senarai Nama Pekerja yang dibayar Caruman EPF
    • Salinan butir-butir Pemegang Saham Syarikat (Borang 24 Akta Syarikat 1965)
    • Senarai kelengkapan pejabat (seperti telefon, fax, photostat, mesin dan lain-lain)

3. Saya ingin mencetak al-Quran, syarikat manakah yang memiliki Lesen Mencetak/ Menerbit Teks Al-Quran ?

  • Tuan boleh merujuk kepada senarai syarikat-syarikat yang telah diberi kelulusan Lesen oleh Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran sebagaimana yang disenaraikan dalam web ini.

4. Apakah jenis rasm al-Quran yang diterima pakai di Malaysia ?

  • Lembaga Pengawalan Dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran telah menetapkan bahawa rasm Al-Quran yang diterima pakai di Malaysia adalah Rasm Uthmani Riwayat Hafs AnÔÇÖ Asim.

5. Siapakah pihak berkuasa yang memastikan kesahihan dan meluluskan teks Al-Quran ?

  • Setiap teks Al-Quran akan disemak oleh Lajnah Penyemakan dan Penilaian Teks Al-Quran dan akan dikemukakan untuk kelulusan Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran (LPPPQ), Kementerian Dalam Negeri.

 

Kesalahan

Kesalahan-Kesalahan di Bawah Akta Percetakan Teks Al-Quran

1.      Mencetak Tanpa Lesen

  • Seksyen 5(1) - Tidak seorang pun┬á boleh mencetak,┬á┬á membantu dalam┬á Percetakan, menerbit┬á atau membantu dalam menerbitkan tes Al- Quran tanpa kelulusan/lesen yang dikeluarkan oleh Lembaga.
    Seksyen 5(6) ÔÇô Hukuman: RM 10,000 atau 3 tahun penjara atau┬á Kedua-duanya sekali.

2.     Melanggar Syarat Lesen

  • Seksyen 5(7) ÔÇô Seseorang yang tidak mematuhi┬á atau melanggar mana-mana syarat┬á yang dikeluarkan bersama-sama┬á lesen adalah dikira melakukan kesalahan.
    Hukuman :   RM 5,000 atau 1 tahun penjara  atau kedua-duanya.

3.     Tidak Mengemukakan Pruf Akhir

  • Seksyen 6(1) ÔÇô Tidak seorang pun boleh┬á mencetak atau menerbitkan teks Al-Quran melainkan hendaklah mengemukakan dan mendapatkan kelulusan/perakuan bahawa teks Al-Quran tersebut adalah betul/sahih.
  • Seksyen 6(3) ÔÇô Hukuman : RM 10,000 atau 3 tahun penjara atau Kedua-duanya sekali.

4.     Teks Al-Quran Yang Diimport

  • Seksyen 7(1) ÔÇô Tidak seorang pun boleh mengimport untuk┬á menjual atau mengedar teks Al-Quran sebelum mendapatkan kelulusan dari Lembaga.
  • Seksyen 7(2) ÔÇô Hukuman: RM 10,000 atau 3 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

5.     Teks Al-Quran Hendaklah Mengandungi Maklumat Tertentu

  • Seksyen 8(1) ÔÇô Setiap Al-Quran yang dicetak di Malaysia atau diimport Ke Malaysia hendaklah┬á menunjukkan dengan ketara pada helai yang pertama atau terakhir :
    • Nama dan alamat pencetak/penerbit/pengimport.
    • Alamat tempat ia dicetak.
    • Perakuan bahawa teks Al-Quran tersebut betul.
    • Nombor rujukan perakuan yang releven.
  • Seksyen 8(3) ÔÇô Hukuman : RM 20,000 atau 5 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

6.     Teks Al-Quran Hendaklah Dicetak Sebagaimana Yang Diperakui

  • Seksyen 9(1) ÔÇô Tidak seorang pun boleh mencetak/menerbitkan teks Al-Quran yang berbeza daripada yang diperakui oleh Lembaga.
  • Seksyen 9(2) ÔÇô Hukuman: Rm 20,000 atau 5 tahun penjara atau┬á┬á kedua-duanya.

7.     Satu Salinan Teks Al-Quran Perlu Diserahkan Kepada Lembaga Dan Satu Lagi Disimpan

  • Seksyen 10(1) ÔÇô Setiap orang yang mencetak sesuatu teks Al-Quran┬á hendaklah dengan seberapa segera menyerahkan satu salinan teks Al-Quran untuk simpanan Lembaga.
  • Seksyen 10(2) ÔÇô Hukuman: RM 2,000 atau 6 bulan penjara atau kedua-duanya.

8.     Bahan Buangan Daripada Pencetakan Teks Atau Bahan Al-Quran

  • Seksyen 11(1) ÔÇô Seseorang yang mencetak sesuatu┬á teks Al-Quran atau bahan Al-Quran hendaklah mengambil semua langkah yang perlu bagi memastikan bahawa apa-apa bahan buangan yang di atasnya tercetak sesuatu ayat Al-Quran dimusnahkan dengan serta merta dengan membakarnya di suatu tempat bertutup yang tidak dapat dimasuki oleh orang awam dan tidak meninggalkan premis, dengan apa-apa cara pun, kecuali semasa ia dipindahkan ke suatu tempat untuk dimusnahkan.
  • Seksyen 11(3) -┬á Hukuman: RM 5,000 atau 1 tahun penjara atau kedua-duanya.

9.     Pengawalan, Penjualan, Pengedaran Dan Penerbitan Teks Al-Quran

  • Seksyen 13(1) ÔÇô Tidak seorang pun boleh menjual, menawarkan untuk Jualan, mengedarkan atau menerbitkan, atau ada dalam milikannya, jagaanya atau kawalannya bagi maksud penjualan atau pengedaran sesuatu teks Al-Quran melainkan menunjukkan dengan ketara maklumat perakuan/kelulusan pada helaian pertama atau akhir perakuan yang dinyatakan dalam subseksyen (1) seksyen 8 atau subseksyen (3) seksyen 12.
  • Seksyen 13(2)┬á - Hukuman: Denda RM 5,000 atau 2 tahun penjara atau Kedua-duanya sekali.

10.   Pencetakan Teks/Bahan Al-Quran Yang Mengandungi Kesilapan

  • Seksyen 14(1) ÔÇô Tidak seorang pun boleh mencetak atau menerbitkan Sesuatu teks/bahan Al-Quran yang mengandungi apa-apa kesilapan pada ayat-ayat Al-Quran.
  • Seksyen 14(2) ÔÇô Hukuman: Denda tidak melebihi RM 20,000 atau Penjara tidak melebihi tahun atau kedua-duanya.

Garis Panduan

Garis Panduan Permohonan Lesen Mencetak/Menerbit Teks Al-Quran

1. Lesen Mencetak/Menerbit Teks Al-Quran

  • Berdasarkan Peruntukan dibawah Seksyen 5(1) Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986 (APTQ), seseorang yang ingin mencetak/ menerbit hendaklah memohon lesen mencetak/menerbit dari Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran Kementerian Dalam Negeri

2. Prosedur Permohonan

  • Perlu mendapatkan dan mengisi borang permohonan (Borang A).
  • Sertakan maklumat-maklumat/dokumen berkaitan:-
    • Salinan Lesen Mesin Cetak yang sah.
    • Salinan Surat Pendaftaran.
    • Borang A Borang Permohonan bagi lesen untuk Mencetak/Menerbitkan Teks Al-Quran yang lengkap dipenuhi.
    • Borang maklumat tambahan permohonan bagi Lesen untuk Mencetak / Menerbit Teks Al-Quran Borang A(1).
    • Salinan Surat Pendaftaran Syarikat
    • Senarai Perunding sekurang-kurangnya 2 orang kelulusan pakar dalam bidang:
    • Senarai Nama Pekerja Yang Dibayar Caruman EPF
    • Salinan Sijil Keahlian Persatuan Pencetak (jika ada)
    • Salinan butir-butir Pemegang Saham Syarikat (Borang 24 Akta Syarikat 1965)
    • Senarai kelengkapan pejabat (seperti telefon, fax, Photostat, mesin dan lain-lain)

3. Keperluan Memiliki Lesen Untuk Mencetak/Menerbit Teks Al-Quran

  • Ia merupakan satu undang-undang yang dikuatkuasakan dan sekiranya anda beroperasi tanpa lesen yang sah dan didapati bersalah, anda boleh dikenakan denda sepuluh ribu ringgit atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

4. Bayaran Yang Dikenakan

  • Seseorang yang telah diberi kelulusan permohonan lesen perlu membuat bayaran sebanyak RM 300.00 setelah sesuatu permohonan diluluskan.

5. Bilakah Anda Boleh Memilikinya

  • Setelah permohonan diterima oleh Kementerian Dalam Negeri dan diluluskan oleh Lembaga dalam masa tiga bulan atau Mesyuarat Lembaga yang terhampir.

6. Tempoh Sah Laku Lesen Mencetak/Menerbit Teks Al-Quran

  • Tempoh sahlaku lesen tersebut berterusan sehinggalah ia dibatalkan.

Definisi

Lesen Mencetak/ Menerbit Teks Al-Quran adalah suatu lesen yang dikeluarkan di bawah Seksyen 5 Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986 (Akta 326) bagi mana-mana individu /syarikat yang ingin mencetak/ menerbit teks al-Quran.

Jenis Permohonan

  1. Permohonan Lesen Mencetak / Menerbit Teks Al-Quran
  2. Permohonan Perakuan Betul Pruf Akhir Teks Al-Quran

Lebih banyak artikel..