Pengenalan
Unit Integriti ditubuhkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2013 dan berperanan sebagai focal point kepada pengurusan isu-isu berkaitan integriti di Kementerian Dalam Negeri. Penubuhan Unit ini bertujuan untuk memastikan penjawat awam mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh hatta meningkatkan semangat patriotisme.
Bagi memastikan kelancaran pelaksanaannya, enam (6) fungsi teras telah diletakkan di bawah tanggungjawab Unit Integriti yang merangkumi perkara-perkara berikut :
a) Tadbir Urus
- Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan.
b) Pengukuhan Integriti
- Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi.
c) Pengesanan dan Pengesahan
- Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil; dan
- Melaporkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasa yang bertanggungjawab.
d) Pengurusan Aduan
- Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan / maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi.
e) Pematuhan
- Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa.
f) Tatatertib
- Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib.