Maklumat Perkhidmatan
SEKTOR YANG DIBENARKAN
Bahagian ini memproses permohonan pengambilan pekerja asing mengikut sektor-sektor yang dibenarkan sebagaimana berikut:
Perkilangan
Pembinaan
Pertanian
Perladangan
Perlombongan & Pengkuarian
Perkhidmatan:
(a) Sub-sektor Restoran (tukang masak sahaja)
(b) Sub-sektor Pencucian dan Pembersihan
(c) Sub-sektor Pulau Peranginan
(d) Sub-sektor Hotel
(e) Sub-sektor Spa & Refleksologi
(f) Sub-sektor Kedi (Lelaki)
(g) Sub-sektor Pengendalian Kargo (Pelabuhan & Lapangan Terbang)
KADAR BAYARAN LEVI
Sektor |
Kadar Bayaran |
Perkilangan |
RM 1,850 |
Pembinaan |
RM 1,850 |
Perladangan |
RM 640 |
Pertanian |
RM 640 |
Perlombongan & Pengkuarian |
RM 1,850 |
Perkhidmatan |
RM 1,850 |
NEGARA SUMBER YANG DIBENARKAN
Pekerja asing lelaki dan perempuan dari negara-negara sumber yang berikut dibenarkan bekerja dalam semua sektor iaitu Perkilangan, Perladangan, Pertanian, Perkhidmatan, Pembinaan dan Perlombongan & Pengkuarian.
Negara Sumber |
Jantina
|
Sektor |
|
Lelaki |
Perempuan |
||
Thailand |
|
|
Semua Sektor:
Perkilangan
Perlombongan & Pengkuarian
|
Philippines |
|
X |
|
Cambodia |
|
|
|
Myanmar
|
|
|
|
Laos
|
|
|
|
Vietnam |
|
|
|
Kazakhstan |
|
|
|
Nepal |
|
|
|
Pakistan |
|
|
|
Sri Lanka
|
|
|
|
Turkmenistan |
|
|
|
Uzbekistan |
|
|
|
Bangladesh |
|
|
|
Indonesia |
|
|
Pekerja lelaki dari negara Indonesia dibenarkan bekerja di dalam semua sektor kecuali sektor perkilangan. Manakala pekerja wanita dari negara tersebut dibenarkan bekerja di dalam semua sektor. |
India |
|
|
Pekerja dari negara India hanya dibenarkan bekerja di dalam sektor perkhidmatan (Restoran Sahaja), sektor pembinaan (high tension cable), sektor pertanian dan sektor perladangan.
|
PUSAT KELULUSAN SETEMPAT PEKERJA ASING (ONE STOP CENTRE)
Prosedur pengambilan pekerja asing melalui Pusat Kelulusan Setempat (One Stop Centre) di Bahagian Pengurusan Pekerja Asing, Kementerian Dalam Negeri telah dikuatkuasakan mulai 1 Ogos 2005.
Melalui prosedur ini, permohonan yang lengkap dan memenuhi semua syarat yang ditetapkan dalam senarai semak akan diproses dan diberikan keputusan pada hari yang sama.
Proses pengambilan pekerja asing melibatkan temuduga oleh panel ke atas pemilik syarikat / majikan atau wakil yang sah. Ahli Panel adalah mewakili Kementerian/ agensi kawal selia seperti berikut:
Sektor |
Kementerian |
Perkilangan |
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) |
Pembinaan |
Construction Industry Development Board (CIDB) |
Perladangan
|
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) |
Pertanian |
Kementerian Pertanian dan Asas Tani |
Perlombongan & Pengkuarian |
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) |
Perkhidmatan:
|
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan (KPDNKK)
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan (KPDNKK),
Kementerian Pelancongan & Kebudayaan (MOTAC)
Kementerian Pengangkutan |
Kementerian Dalam Negeri (KDN), Urusetia bagi permohonan semua sektor.
Permohonan pengambilan pekerja asing hendaklah dikemukakan secara dalam talian melalui Sistem Pengurusan Pekerja Asing Bersepadu (ePPAx) di pautan https://www.eppax.gov.my
Majikan yang diluluskan permohonan pekerja asing akan menerima perakuan kelulusan dan hendaklah membuat bayaran levi dalam tempoh 30 hari dari tarikh kelulusan. Selepas bayaran levi dibuat, Surat Kelulusan Bersyarat akan dikeluarkan kepada majikan. Kegagalan majikan untuk membuat pembayaran levi dalam tempoh 30 hari dari tarikh kelulusan akan menyebabkan kelulusan dibatalkan.