header plain mobile2

Soalan Lazim


Soalan Lazim

1.Apakah penerbitan yang memerlukan permit?

Terdapat 2 jenis permit penerbitan di bawah peruntukkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984;

i. Permit Penerbitan (Malaysia)
  Seksyen 6 (1) (a) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984: Akhbar yang dicetak diterbitkan di Malaysia

( Contoh No.Permit Penerbitan: PP 15.../02/2009(02....) - Semenanjung
( Contoh No.Permit Penerbitan: PPK 15.../02/2009(02....) - Sarawak
( Contoh No.Permit Penerbitan: PPH 15.../02/2009(02....) - Sabah )

ii. Permit Penerbitan (Singapura)
Seksyen 6 (1) (b) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984: Akhbar yang diterbit dan dicetak di Singapura untuk dibenarkan diimport, dijual, dikelilingi atau diedar di Malaysia

( Contoh No.Permit Penerbitan: PPS 15.../02/2009(02....) - Singapura )

2. Apakah penerbitan yang dikecualikan daripada permit?

Terdapat 3 jenis penerbitan yang dikecualikan:

i. Penerbitan Tidak Berkala (One-Off Publication);
ii. Hasil penerbitan atau apa-apa dokumen atau majalah berkala oleh atau untuk Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri atau mana-mana badan berkanun di bawah Seksyen 25(1) Akta Mesin Cetak & Penerbitan 1984; atau
iii. Melalui perintah Menteri yang disiarkan dalam Warta di bawah Seksyen 25(2) Akta Mesin Cetak & Penerbitan 1984.

3. Berapa lamakah masa yang diambil untuk meluluskan sesuatu permohonan?

Tempoh kelulusan bagi sesuatu permohonan bergantung pada jenis permohonan seperti berikut :

i. Permohonan Baru :- 30 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap.
ii. Pertukaran:- 14hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.

4. Berapakah kadar bayaran sesuatu permit dan bagaimana kaedah pembayarannya?

Bayaran boleh dibuat melalui bank draf berdasarkan kepada kekerapan seperti berikut :

i. RM 3,000.00
ii. 5 atau 6 kali seminggu RM 2,000.00
iii. 2 atau 3 atau 4 kali seminggu RM 1,000.00
iv. Mingguan RM 800.00
v. 2 atau 3 kali sebulan RM 500.00
vi. Bulanan RM 400.00
vii. 1 hingga 11 kali setahun RM 300.00
viii. Surat Berita RM 50.00

5. Bagaimanakah sekiranya nama Pemohon / Ketua Pengarang bagi penerbitan Singapura berbeza dengan nama dalam Ministry of Information, Communications & the Arts, Singapore (MICA)?

Pihak penerbit Singapura perlu mengemukakan surat pengesahan bahawa nama Pemohon / Ketua pengarang adalah berbeza di butiran MICA yang masih berkuat kuasa.

6. Bagaimanakah cara untuk menghantar atau mengepos borang Permit Penerbitan?

Borang Permit Penerbitan boleh dihantar / dipos kepada :
Kementerian Dalam Negeri
Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran (PQ)
Aras 6, Blok D1, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62546 Putrajaya.
Tel : 03-88863951,88863909,88868416
Faks : 03-8889 1682

7. Bagaimanakah cara untuk membuat pembayaran Permit Penerbitan (Malaysia/Singapura)?

Pembayaran boleh dibuat secara Money Order / Bank Draf di atas nama penerima KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN DALAM NEGERI dan berpalang. Sila sertakan juga sampul surat berukuran 16cm x 23 cm yang beralamat sendiri serta setem (50 sen) bagi pengiriman resit dan sijil penerbitan.