Senarai Kementerian Dalam Negeri

SENARAI SEKATAN DI BAWAH KEMENTERIAN DALAM NEGERI

Senarai ini dibuat oleh Menteri Dalam Negeri mengikut seksyen 66B(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613]. Mengikut seksyen 66B(1) Akta 613,

Jika Menteri Dalam Negeri berpuas hati berdasarkan maklumat yang diberikan kepadanya oleh seorang pegawai polis bahawa

(a) suatu entiti telah dengan disedarinya melakukan, mencuba untuk melakukan, mengambil bahagian dalam perlakuan atau memudahkan perlakuan, suatu perbuatan keganasan;  atau
(b) suatu entiti sedang dengan disedarinya bertindak bagi pihak, mengikut arahan, atau dengan bersekutu dengan, suatu entiti yang disebut dalam perenggan (a),

Menteri Dalam Negeri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengisytiharkan entiti itu sebagai entiti ditentukan.

Klik untuk melihat senarai sekatan (format PDF).

Penyenaraian

Permohonan boleh dibuat kepada Kementerian Dalam Negeri untuk menyenaraikan mana-mana individu atau kumpulan sebagai entiti ditentukan. Permohonan perlu dibuat menggunakan borang-borang berikut:

  1. Borang penyenaraian individu
  2. Borang penyenaraian kumpulan

Permohonan penyenaraian hanya boleh dibuat oleh PDRM. Permohonan bagi pihak ketiga (kerajaan asing) juga boleh dibuat melalui Kementerian Luar Negeri dan PDRM.

Penyahsenaraian

Mana-mana individu atau kumpulan yang disenaraikan boleh mengemukakan permohonan untuk mengeluarkan nama mereka dari senarai ini. Permohonan bagi penyahsenaraian boleh dibuat menggunakan borang penyahsenaraian individu & kumpulan

Borang permohonan hendaklah dikemukakan kepada Kementerian Dalam Negeri.

Pengecualian

Walaupun dikenakan pembekuan aset, mana-mana individu atau kumpulan boleh mengemukakan permohonan kepada Kementerian Dalam Negeri untuk diberikan pengecualian untuk menggunakan sebahagian daripada aset yang dibekukan bagi keperluan asas. Permohonan bagi menggunakan sebahagian daripada aset/dana yang dibekukan hendaklah dikemukakan kepada Kementerian Dalam Negeri untuk pertimbangan Menteri.

Permohonan hendaklah menyatakan secara terperinci amaun dan tujuan perbelanjaan.

Selain itu, mana-mana individu atau kumpulan yang berpandangan bahawa mereka telah dikenakan pembekuan aset secara salah akibat mempunyai nama yang sama atau serupa dengan individu atau kumpulan yang tersenarai, permohonan untuk dilepaskan dari tindakan pembekuan aset hendaklah dikemukakan kepada Kementerian Dalam Negeri dengan mengemukakan dokumen-dokumen berkaitan (spt. kad pengenalan, pasport, sijil kelahiran, sijil pendaftaran perniagaan/pertubuhan) bagi menyokong dan mengesahkan bahawa mereka bukanlah individu atau kumpulan yang sepatutunya dikenakan tindakan pembekuan aset.