Senarai 1988

SENARAI DI BAWAH JAWATANKUASA 1988(1988 List)

Senarai ini diselenggara oleh Jawatankuasa 1988 iaitu satu jawatankuasa yang ditubuhkan mengikut Resolusi Majlis Keselamatan PBB 1988 (2011). Senarai ini mengandungi maklumat individu dan kumpulan yang terlibat dengan kumpulan Taliban. Senarai ini boleh didapati di laman web Jawatankuasa 1267 dalam tiga format iaitu PDF, XML dan HTML (klik untuk melihat senarai).

Penyenaraian

Permohonan boleh dibuat kepada Jawatankuasa 1988 untuk menyenaraikan mana-mana individu atau kumpulan yang terlibat dengan kumpulan Taliban. Tatacara permohonan boleh dirujuk ke laman web Jawatankuasa 1988 (klik untuk maklumat lanjut). Laman web tersebut menyediakan borang-borang dan panduan bagi permohonan penyenaraian. Permohonan penyenaraian hanya boleh dibuat oleh PDRM melalui Kementerian Dalam Negeri.

Penyahsenaraian

Mana-mana individu atau kumpulan yang disenaraikan boleh mengemukakan permohonan untuk mengeluarkan nama mereka dari senarai ini. Borang dan tatacara permohonan bagi penyahsenaraian boleh didapati di laman web Jawatankuasa 1988 (klik untuk maklumat lanjut). Borang permohonan hendaklah dikemukakan kepada Kementerian Dalam Negeri. Keputusan penyahsenaraian akan ditentukan oleh Jawatankuasa 1988.

Selain itu, mana-mana individu atau kumpulan yang berpandangan bahawa mereka telah dikenakan pembekuan aset secara salah akibat mempunyai nama yang sama atau serupa dengan individu atau kumpulan yang tersenarai, permohonan untuk dilepaskan dari tindakan pembekuan aset hendaklah dikemukakan kepada Kementerian Dalam Negeri dengan mengemukakan dokumen-dokumen berkaitan (spt. kad pengenalan, pasport, sijil kelahiran, sijil pendaftaran perniagaan/pertubuhan) bagi menyokong dan mengesahkan bahawa mereka bukanlah individu atau kumpulan yang sepatutunya dikenakan tindakan pembekuan aset.