header plain mobile2

Permohonan Baru

Permohonan Baru Lesen Mesin Cetak hanya boleh dipohon secara atas talian melalui www.bless.gov.my
Dokumen yang perlu dimuatnaik bersama permohonan tersebut adalah seperti berikut:
 
1. Dokumen syarikat:
    i. Syarikat Sdn Bhd/ Berhad
       - Salinan Borang 9 atau 13, Borang 24 dan Borang 49
       - Salinan M & A ( Pastikan salah satu objektif syarikat adalah bidang percetakan ) 
 
    ii. Perniagaan Tunggal/ Perkongsian
 
       Semenanjung Malaysia 
       - Salinan Borang Maklumat Perniagaan ( SSM ) 
       - Salinan Maklumat Pemilik Masa Kini ( SSM ) 
       - Salinan Perakuan Pendaftaran SSM ( Borang D ) ( Pastikan salah satu objektif  
         syarikat adalah bidang percetakan ) 
       
      Sabah 
       - Salinan Borang B ( Pastikan salah satu objektif syarikat adalah bidang percetakan ) 
 
      Sarawak 
       - Salinan Sijil Pendaftaran dan Pengesahan Pendaftaran Nama Perniagaan ( Pastikan  
         salah satu objektif syarikat adalah bidang percetakan )
 
   iii. Pertubuhan/ Persatuan/ Kesatuan/ Koperasi/ Institusi 
       - Salinan Pendaftaran Pertubuhan yang disahkan
       - Salinan Perlembagaan yang disahkan (Pastikan salah satu objektif pertubuhan    
         adalah bidang percetakan) 
       - Salinan Senarai Ahli Jawatankuasa yang disahkan
 
3. Salinan Lesen Premis/ Perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan  ( PBT ) yang  
    disahkan
    
4. Salinan Surat Kebenaran Memasang Jentera daripada Jabatan Keselamatan dan  
    Kesihatan Pekerjaan ( JKKP ) yang disahkan
 
5. Salinan Pelan Pandu Peta Lokasi Premis (Saiz A4)