Awam | Warga KDN   phone white 03 - 8000 8000  email icon  pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Selamat Datang

Pautan Pantas Maklumat Korporat, Direktori, Perkhidmatan Online, Terkini dan Menu Portal

  kdn mapkdn feedbackkdn contact uskdn faq

header plain mobile2

Lesen Agensi Persendirian


Lesen Agensi Persendirian terbahagi kepada dua jenis dengan syarat pemilikan lesen seperti berikut:
 

Lesen Agensi Persendirian (Syarikat Kawalan Keselamatan)

  • Salah seorang pemegang saham terdiri daripada bekas pegawai kanan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) atau Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berpangkat sekurang-kurangnya Senior Asisten Komisioner (SAC) atau Brigadier Jeneral (Brig Jen) / setaraf dan hendaklah memegang sekurang-kurangnya 30% ekuiti saham syarikat ATAU bekas pegawai awam dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional yang pernah berkhidmat dalam sektor keselamatan selama sekurang-kurangnya lima (5) tahun yang berpangkat sekurang-kurangnya gred 54 dan hendaklah memegang sekurang-kurangnya 30% ekuiti saham syarikat;
  • Syarikat berstatus Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) dan pemilikan saham atau ekuiti secara individu;
  • Memiliki modal berbayar sebanyak RM600,000.00;
  • Pegangan saham syarikat dimiliki oleh Bumiputera sebanyak 70%;
  • Semua ahli lembaga pengarah dan pemegang saham syarikat LULUS tapisan keselamatan;
  • Semua ahli lembaga pengarah dan pemegang saham syarikat tidak bankrap; dan
  • Had maksimum umur semua ahli lembaga pengarah dan pemegang saham adalah 70 tahun semasa kali pertama memohon.

Lesen Agensi Persendirian (Syarikat Penyiasatan Persendirian)

  • Salah seorang pemegang saham terdiri daripada bekas pegawai Polis DiRaja Malaysia (PDRM) atau Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berpangkat sekurang-kurangnya Asisten Superintenden Polis (ASP) atau Kapten / setaraf dan hendaklah memegang sekurang-kurangnya 30% ekuiti saham syarikat.
  • Syarikat berstatus Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) dan pemilikikan saham atau ekuiti secara individu;
  • Memiliki modal berbayar sebanyak RM50,000.00.
  • Semua ahli lembaga pengarah dan pemegang saham syarikat LULUS tapisan keselamatan;
  • Semua ahli lembaga pengarah dan pemegang saham syarikat tidak bankrap; dan
  • Had maksimum umur semua ahli lembaga pengarah dan pemegang saham adalah 70 tahun semasa kali pertama memohon.

 

PERMOHONAN LESEN AGENSI PERSENDIRIAN BAGI TAHUN 2019 TELAH DITUTUP. HARAP MAKLUM.

Agensi |

KLIK LOGO UNTUK KE MAKLUMAT PERKHIDMATAN AGENSI

 PDRM  PENJARA  JIM  jpn update  AADK  jppm update RELA AKSEM   Lembaga Penapis Filem  new ipsom  APMM Logo 2  esscom

Agensi |

KLIK LOGO UNTUK KE MAKLUMAT PERKHIDMATAN AGENSI

 PDRM  PENJARA  JIM  jpn update  AADK  jppm update RELA AKSEM   Lembaga Penapis Filem  new ipsom  APMM Logo 2  esscom