header plain mobile2

Takrifan Agensi Persendirian

Berdasarkan Seksyen 2 Akta Agensi Persendirian 1971, “Perniagaan Agensi Persendirian” ertinya perniagaan atau aktiviti yang dijalankan oleh seseorang bagi maksud:-

 

a. Mengadakan pengawalan dan perlindungan bagi keselamatan diri orang lain atau bagi keselamatan harta atau perniagaan orang lain itu; atau

 

b. Mendapatkan dan memberi maklumat mengenai kelakuan, aktiviti atau hal ehwal orang lain.