header plain mobile2

  • Laman Utama
  • Maklumat Perkhidmatan
  • Lesen Agensi Persendirian

Lesen Agensi Persendirian

Lesen Agensi Persendirian terbahagi kepada dua jenis dengan syarat pemilikian lesen seperti berikut:

 

Lesen Agensi Persendirian (Syarikat Kawalan Keselamatan)

  • Salah seorang pemegang saham terdiri daripada bekas pegawai kanan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) atau Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berpangkat sekurang-kurangnya Asisten Komisioner Polis (ACP) atau Kolonel atau bekas pegawai awam dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional yang pernah berkhidmat dalam sektor keselamatan selama sekurang-kurangnya lima (5) tahun yang berpangkat sekurang-kurangnya gred 52 dan hendaklah memegang sekurang-kurangnya 30% ekuiti saham syarikat.
  • Syarikat berstatus Sdn. Bhd.
  • Memiliki modal berbayar sebanyak RM300,000.00.
  • Pegangan saham syarikat dimiliki oleh Bumiputera sebanyak 70%.
  • Semua ahli lembaga pengarah dan pemegang saham syarikat LULUS tapisan keselamatan.


Lesen Agensi Persendirian (Syarikat Penyiasatan Persendirian)

  • Salah seorang pemegang saham terdiri daripada bekas pegawai Polis DiRaja Malaysia (PDRM) atau Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berpangkat sekurang-kurangnya ASP atau Kapten dan hendaklah memegang sekurang-kurangnya 30% ekuiti saham syarikat.
  • Syarikat berstatus Sdn. Bhd.
  • Memiliki modal berbayar sebanyak RM50,000.00.
  • Semua ahli lembaga pengarah dan pemegang saham syarikat LULUS tapisan Keselamatan.