Maklumat Perkhidmatan
UNIT KEURUSETIAAN
- Melaksanakan kerja keurusetiaan dalam menetapkan tarikh Persidangan Lembaga Parol dan apa- apa keperluan bagi persidangan.
- Menyemak dan memastikan dosir- dosir untuk dikemukakan bagi pertimbangan Lembaga Parol.
- Memaklumkan keputusan Lembaga Parol kepada Ibu Pejabat Penjara Malaysia dan institusi berkenaan.
- Menyediakan sebarang maklumat tambahan untuk dikemukakan kepada Lembaga Parol.
- Menyimpan maklumat dan data- data penghuni yang diberi pelepasan.
UNIT KHIDMAT PENGURUSAN
- Bertanggungjawab dalam urusan pentadbiran, perkhidmatan dan kewangan Pejabat Lembaga Parol termasuk memberi kemudahan kepada Lembaga Parol.
- Merancang peruntukan belanja mengurus bagi Pejabat Lembaga Parol.
LEMBAGA PAROL
- Bersidang secara berjadual untuk mengkaji, meneliti dan membuat keputusan bagi pembebasan penghuni secara Perintah Parol.
- Membebaskan penghuni secara Perintah Parol untuk menjalani kehidupan yang lebih berfaedah setelah meneliti dan berpuas hati dengan setiap permohonan yang dikemukakan untuk pertimbangan.
- Menetapkan tarikh pelepasan penghuni secara Perintah Parol.
- Mengeluarkan Perintah Parol kepada penghuni yang layak dibebaskan secara Perintah Parol.
- Membatal dan menangguhkan Perintah Parol yang telah dikeluarkan pada bila- bila masa.