Awam | Warga KDN   phone white 03 - 8000 8000  email icon  pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Selamat Datang

Pautan Pantas Maklumat Korporat, Direktori, Perkhidmatan Online, Terkini dan Menu Portal

  kdn mapkdn feedbackkdn contact uskdn faq

header plain mobile2

KENYATAAN MEDIA YAB DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID HAMIDI TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI DALAM NEGERI MENGENAI PENETAPAN PERMULAAN TARIKH KUAT KUASA AKTA PENCEGAHAN JENAYAH (PINDAAN) 2017 [AKTA A1549]

KENYATAAN MEDIA

YAB DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID HAMIDI

TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI DALAM NEGERI

MENGENAI

 

PENETAPAN PERMULAAN TARIKH KUAT KUASA AKTA PENCEGAHAN JENAYAH (PINDAAN) 2017 [AKTA A1549]

 

Berdasarkan subseksyen 1(2) Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan) 2017 [Akta A1549], saya selaku Menteri Dalam Negeri telah menetapkan bahawa Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan) 2017 akan berkuat kuasa pada 15 Disember 2017.

 

Pindaan kepada Akta Pencegahan Jenayah 1959 [Akta 297] bertujuan untuk memperkemas dan menambah baik pelaksanaan serta penguatkuasaan peruntukan Akta 297 terutamanya berkaitan pemakaian peranti pemantauan elektronik (EMD) dengan memperincikan lagi syarat-syarat pemakaian EMD ke atas orang pengawasan.

 

Selaras dengan pindaan ini juga, Jadual Kedua Akta 297 telah dipinda dengan memasukkan kesalahan baru yang boleh diambil tindakan melibatkan penggunaan EMD berkenaan. Pindaan ini akan membolehkan pihak polis mengambil tindakan pencegahan yang lebih berkesan ke atas orang-orang yang melakukan kesalahan tersenarai di bawah Jadual kedua yang dipinda.

 

Justeru itu, dengan kuasa yang diperuntukkan kepada saya di bawah seksyen 22 Akta 297, saya juga menetapkan bahawa Perintah Pencegahan Jenayah (Pindaan Jadual Kedua) 2017 dan Perintah Pencegahan Jenayah (Pindaan Jadual Ketiga) 2017 berbangkit daripada pindaan Akta 297 untuk turut berkuat kuasa pada 15 Disember 2017.

 

PUTRAJAYA 14 Disember 2017

Agensi |

KLIK LOGO UNTUK KE MAKLUMAT PERKHIDMATAN AGENSI

 PDRM  PENJARA  JIM  jpn update  AADK  jppm update RELA AKSEM   Lembaga Penapis Filem  new ipsom  APMM Logo 2  esscom

Agensi |

KLIK LOGO UNTUK KE MAKLUMAT PERKHIDMATAN AGENSI

 PDRM  PENJARA  JIM  jpn update  AADK  jppm update RELA AKSEM   Lembaga Penapis Filem  new ipsom  APMM Logo 2  esscom