Awam | Warga KDN   phone white 03 - 8000 8000  email icon  pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Selamat Datang

Pautan Pantas Maklumat Korporat, Direktori, Perkhidmatan Online, Terkini dan Menu Portal

  kdn mapkdn feedbackkdn contact uskdn faq

header plain mobile2

KENYATAAN MEDIA PENYIARAN KARIKATUR BERKAIT RUU 355 YANG BERUNSURKAN PENGHINAAN DALAM AKHBAR HARIAN NANYANG SIANG PAU 11 APRIL 2017

KENYATAAN MEDIA

YBHG DATO’ SRI ALWI BIN HJ. IBRAHIM

KETUA SETIAUSAHA

KEMENTERIAN DALAM NEGERI

MENGENAI

PENYIARAN KARIKATUR BERKAIT RUU 355 YANG BERUNSURKAN PENGHINAAN

DALAM AKHBAR HARIAN NANYANG SIANG PAU

11 APRIL 2017

 

 

1. Kementerian Dalam Negeri telah memanggil Ketua Pengarang akhbar harian Nanyang Siang Pau Sdn Bhd pada 11 April 2017 berhubung karikatur yang dianggap menghina Speaker Dewan Rakyat, YB Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Ahli Parlimen Marang merangkap Presiden PAS, YB Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam kerana menggalakkan perasaan niat jahat, perseteruan, permusuhan, kebencian dan pra sangka buruk terhadap orang atau kaum lain. Ia juga secara tidak langsung seolah-olah telah mempersendakan Parlimen dan Agama Islam kerana Rang Undang-undang (RUU) 355 yang digambarkan dalam karikatur itu adalah berkait dengan hal ehwal Agama Islam.

 

 

2. Satu Surat Tunjuk Sebab bertarikh hari ini 11 April 2017 telah dikeluarkan kepada akhbar harian Nanyang Siang Pau Sdn Bhd dibawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984 dan tempoh tiga (3) hari telah diberi kepada penerbit untuk menjawab surat tunjuk sebab tersebut. Tindakan selanjutnya akan diambil berdasarkan peraturan dan prosidur yang ditetapkan.

 

KEMENTERIAN DALAM NEGERI

PUTRAJAYA

Agensi |

KLIK LOGO UNTUK KE MAKLUMAT PERKHIDMATAN AGENSI

 PDRM  PENJARA  JIM  jpn update  AADK  jppm update RELA AKSEM   Lembaga Penapis Filem  new ipsom  APMM Logo 2  esscom

Agensi |

KLIK LOGO UNTUK KE MAKLUMAT PERKHIDMATAN AGENSI

 PDRM  PENJARA  JIM  jpn update  AADK  jppm update RELA AKSEM   Lembaga Penapis Filem  new ipsom  APMM Logo 2  esscom