Awam | Warga KDN   phone white 03 - 8000 8000  email icon  pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Selamat Datang

Pautan Pantas Maklumat Korporat, Direktori, Perkhidmatan Online, Terkini dan Menu Portal

  kdn mapkdn feedbackkdn contact uskdn faq

header plain mobile2

Perintah Larangan Terhadap Penerbitan Melalui Warta Kerajaan P.U(A)169-172

KENYATAAN MEDIA
 
YBHG. DATO’ SRI ALWI BIN HJ. IBRAHIM
KETUA SETIAUSAHA
KEMENTERIAN DALAM NEGERI
 
MENGENAI
 
Perintah Larangan Terhadap Penerbitan Melalui 
Warta Kerajaan P.U(A)169-172
 
9 SEPTEMBER 2016
 
 
1. Dimaklumkan bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mewartakan Perintah Larangan melalui Warta Kerajaan P.U(A)169-172 bertarikh 14 Jun 2016 terhadap 4 buah penerbitan yang bertajuk seperti berikut: 
 
i.      Pergolakan Pemikiran Islam: Catatan Harian Ahmad Wahib
ii.     Malaysia And The Club Of Doom: The Collapse Of The Islamic Countries
iii.    Torture In Malaysia Prisons: Who You Didn't Know And Need To Know To Act
iv.    The Koran: A Very Short Introduction
 
2. Warta Perintah Larangan ini adalah mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301). Perintah ini menetapkan pencetakan, pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan ini adalah dilarang secara mutlak di Malaysia. 
 
3. Keempat-empat penerbitan ini dikenakan perintah larangan kerana terdapat kandungan yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam, mungkin menggemparkan fikiran orang ramai, mungkin memudaratkan kepentingan awam, mungkin berlawanan dengan mana-mana undang-undang atau mungkin memudaratkan kepentingan negara. 
 
4. Tiga daripada empat penerbitan tersebut didapati mengandungi unsur-unsur yang mengelirukan dan boleh menimbulkan salah faham mengenai pelaksanaan dan amalan agama Islam di negara ini atau bertentangan dengan ajaran dan akidah Islam yang sebenar mengikut Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah yang ditetapkan di negara ini. Sebuah lagi penerbitan tersebut pula mengandungi fakta yang tidak benar dan boleh mengelirukan pandangan orang ramai terhadap institusi keselamatan di dalam negara ini.
 
5. Sehubungan itu, mana-mana orang yang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam milikannya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau kedua-duanya seperti yang ditetapkan di bawah Seksyen 8 (2) Akta 301 tersebut.
 
6. Sekiranya masyarakat awam mendapati masih terdapat penerbitan yang mungkin melanggar undang-undang Negara diedarkan di pasaran, aduan boleh dibuat kepada Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, KDN di talian telefon 03 - 88868047 atau faks 03 - 88891682 atau melalui Sistem Pengaduan Awam Bersepadu KDN di laman sesawang http://moha.spab.gov.my.
 
 
KEMENTERIAN DALAM NEGERI
Putrajaya
9 September 2016
 
 
Untuk maklumat lanjut mengenai kenyataan media ini sila hubungi Bahagian Komunikasi Korporat di talian 03 – 88868533 / 3406 / 8451 / 8524.  
 

Agensi |

KLIK LOGO UNTUK KE MAKLUMAT PERKHIDMATAN AGENSI

 PDRM  PENJARA  JIM  jpn update  AADK  jppm update RELA AKSEM   Lembaga Penapis Filem  new ipsom  APMM Logo 2  esscom

Agensi |

KLIK LOGO UNTUK KE MAKLUMAT PERKHIDMATAN AGENSI

 PDRM  PENJARA  JIM  jpn update  AADK  jppm update RELA AKSEM   Lembaga Penapis Filem  new ipsom  APMM Logo 2  esscom