Awam | Warga KDN   phone white 03 - 8000 8000  email icon  pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Selamat Datang

Pautan Pantas Maklumat Korporat, Direktori, Perkhidmatan Online, Terkini dan Menu Portal

  kdn mapkdn feedbackkdn contact uskdn faq

header plain mobile2

Program Penempatan Migran Syria di Malaysia

 
KEMENTERIAN DALAM NEGERI
 
KENYATAAN MEDIA
 
Program Penempatan Migran Syria Di Malaysia 
 
28 MEI 2016
 
 
1.Malaysia akan menyambut ketibaan kumpulan kedua migran Syria berjumlah 68 orang daripada 18 buah keluarga pada hari Sabtu, 28 Mei 2016 yang diterbangkan khas ke Pangkalan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM), Subang, Selangor.
 
2.Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijangka akan menyambut ketibaan migran Syria berkenaan yang akan ditempatkan di di Shah Alam, Selangor.
 
3.Migran Syria berkenaan merupakan internal displaced person (IDP) di Kem Bekaa Valley, Beirut, Lebanon yang telah melalui dan lulus tapisan keselamatan dan saringan kesihatan oleh Pasukan Petugas Khas Program Penempatan Migran Syria di Malaysia.
 
4.Pasukan Petugas Khas ini bersetuju agar kemasukan migran Syria dilakukan secara berfasa mulai hujung tahun 2015 hingga hujung tahun 2018. Kumpulan pertama bagi Fasa Pertama migran Syria yang terdiri dari 11 orang daripada 3 buah keluarga yang terdiri daripada 5 orang lelaki dewasa dan 6 orang wanita telah pun selamat tiba di Malaysia pada 8 Disember 2015.
5.Pada 1 Oktober 2015 yang lalu, Perdana Menteri Malaysia semasa sesi ke-70 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menyatakan komitmen Malaysia untuk menerima 3,000 orang migran warganegara Syria dalam tempoh tiga (3) tahun secara sukarela atas dasar ihsan dan perikemanusiaan kepada rakyat Syria yang berdepan dengan konflik dan peperangan. 
 
6.Kerajaan juga telah menjalinkan kerjasama dengan Gabungan NGO Kemanusiaan Syria untuk menguruskan aspek pendidikan, kesihatan dan kebajikan di mana senarai NGO berkenaan adalah seperti berikut:
 
i.Humanitarian Care Malaysia (MyCare)
ii.Syria Care Malaysia
iii.Malaysia Humanitarian Aid and Relief (MAHAR)
iv.Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
v.IMAM Response and Relief Team (IMARET)
vi.Muslim Care
vii.Pertubuhan Sinar Damsyik Malaysia (PERSIDAM)
viii.Malaysia Life Line For Syria; dan
ix.Yayasan Restu
  
7.Sempena pelaksanaan program ini,  pada 20 Mei 2016 yang lalu gabungan NGO di atas telah mewujudkan Tabung Kemanusiaan Program Penempatan Migran Syria bagi mengumpul dana untuk menyediakan keperluan asas sepanjang keberadaan migran Syria di Malaysia.
 
8.Kumpulan migran Syria yang menyertai program ini adalah tertakluk kepada undang-undang dan peraturan negara yang sedia ada termasuk proses dokumentasi dan keperluan imigresen yang sepatutnya. Oleh itu, komitmen yang dilaksanakan di bawah program sebegini tidak memberi implikasi terhadap kedudukan Malaysia sebagai negara bukan ahli kepada Konvensyen 1951 dan Protokol Berkaitan Status Pelarian.  
 
 
 
Sekian, terima kasih.
 
KEMENTERIAN DALAM NEGERI
Putrajaya
 
28 Mei 2016
 

Agensi |

KLIK LOGO UNTUK KE MAKLUMAT PERKHIDMATAN AGENSI

 PDRM  PENJARA  JIM  jpn update  AADK  jppm update RELA AKSEM   Lembaga Penapis Filem  new ipsom  APMM Logo 2  esscom

Agensi |

KLIK LOGO UNTUK KE MAKLUMAT PERKHIDMATAN AGENSI

 PDRM  PENJARA  JIM  jpn update  AADK  jppm update RELA AKSEM   Lembaga Penapis Filem  new ipsom  APMM Logo 2  esscom