Awam | Warga KDN   phone white 03 - 8000 8000  email icon  pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Selamat Datang

Pautan Pantas Maklumat Korporat, Direktori, Perkhidmatan Online, Terkini dan Menu Portal

  kdn mapkdn feedbackkdn contact uskdn faq

header plain mobile2

UCAPAN MENTERI DALAM NEGERI - MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BAGI BULAN OGOS 2014

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Terima kasih Saudara / Saudari Pengacara Majlis

SALUTASI

Yang Berhormat Datuk Dr. Wan Junaidi Tunku Jaafar

Timbalan Menteri Dalam Negeri

Yang Berbahagia Dato Seri Mohamad Khalid Bin Haji Shariff

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri

Yang Berbahagia Dato-Dato TKSU-TKSU,

Ketua- ketua Jabatan KDN dan Agensi

Setiausaha-Setiausaha Bahagian, Pegawai-pegawai kanan,

Tuan-tuan, Puan-puan, saudara-saudari warga kerja KDN serta;

Rakan-rakan media yang sentiasa menyokong inisiatif-inisiatif transfomasi strategik KDN.

1. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNYA jua kita dapat hadir pada pagi ini bagi menjayakan perhimpunan bulanan KDN.

2. Pertama-tamanya saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada YBhg. Dato KSU dan Pengurusan Tertinggi kerana berjaya menganjurkan Majlis Berbuka Puasa KDN Bersama Warga Kerja dan akar umbi di negeri-negeri yang sentiasa mengislahkan seluruh warga KDN dalam menggapai kecemerlangan KDN.

3. Tidak terlewat saya pada hari ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada Tan Sri/Dato-Dato/Tuan-Tuan/Puan-Puan dan Saudara Saudari.

4. Pada kesempatan ini juga saya dan seluruh keluarga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada seluruh warga KDN yang hadir di Majlis Perkahwinan anakanda saya pada 8hb.Ogos lalu dan turut serta bersama di Majlis Tahlil untuk Allahyarham Ayahanda saya yang kembali ke rahmatullah pada hari yang sama. Saya juga ingin memohon maaf sekiranya majlis yang diadakan berlangsung dalam keadaan yang agak tidak teratur dan saya berharap seluruh warga dan jemputan memahami situasi saya pada ketika itu.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

Warga Kementerian Dalam Negeri Yang Dikasihi,

KPI MENTERI DALAM NEGERI

5. Saya memulakan ucapan pagi ini dengan ucapan berbanyak-banyak terima kasih kepada PDRM, JPN, ROS, Bahagian KK, AADK, JIM, Penjara, JPN dan Bahagian Perancangan Strategik yang menjadi owners dan pemantau kepada Petunjuk Prestasi Utama (KPI) saya kerana dari laporan yang saya terima dari PEMANDU JPM, dalam tempoh 6 bulan dari Januari hingga Jun 2014, pencapaian dua belas (12) KPI saya telah menepati sasaran yang telah kita ditetapkan.

6. Dalam tempoh Januari Jun 2014, Indeks Jenayah keseluruhan telah menurun sebanyak 8%, sementara kes-kes pecah rumah menurun sebanyak 10.1%, berbanding dengan sasaran penurunan kita sebanyak 5%. Bagi kutipan MyKad dalam tempoh 24 jam di Pejabat JPN terpilih, tindakan yang diambil terhadap NGO yang tidak komplian untuk mengemukakan laporan tahunan mengikut peraturan di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan Inisiatif Audit terhadap Syarikat Keselamatan Swasta, pencapaian kita adalah 100% setelah usaha-usaha keras yang kita lakukan.

7. Sementara jumlah Orang Kena Pengawasan Dadah (OKP) yang hadir melaporkan diri di Pejabat AADK Daerah ialah sebanyak 92.61% berbanding target (90%), jumlah residivis iaitu (Kemasukan semula ke Penjara) menurun kepada 7.96% berbanding target (9%). Begitu juga proses clearance paspot dalam tempuh yang wajar di KLIA mencapai sasaran 94% berbanding target 93.5%, serta pencapaian kita menyelesaikan sebanyak 92.2% permohonan Education Malaysia Global System(EMGS) berbanding sasaran sebenar JIM sebanyak 92.% serta 38% kertas siasatan yang berjaya dibawa ke muka pengadilan berbanding sasaran 35% bagi tempoh 6 bulan pada tahun ini.

Saudara/saudari yang saya kasihi,

FASA I, SAYA BERSAMA WARGA KDN

8. Dalam tempoh FASA I lalu, yakni sepanjang setahun saya menerajui KDN, selain daripada inisiatif yang telah saya banyak sebutkan di pada perhimpunan-perhimpunan yang lalu, kita sebenarnya telah melakukan banyak perkara bersama untuk way forward KDN, jabatan, warga , rakyat dan negara amnya.

9. Di Majlis ini, dengan masa yang terhad, saya sekadar mengungkap kembali beberapa pencapaian, pembaharuan,kejayaan dan keberhasilan tertentu sepanjang tempoh setahun kita melaksanakan Agenda Transfomasi, Inovasi, kreativiti bagi melonjak prestasi KDN.

10. JPN misalnya buat julung kali mengistiharkan tarikh 1hb. Oktober setiap tahun sebagai Hari Pendaftaran Negara, Sistem Hedjaz Online yang diintergrasikan dengan Tabung Haji, operasi pemalsuan My Kad, program My12, My18, kompaun Daftar Lewat dan tempoh menunggu pelanggan dari 10 hari kepada 1 hari telah berjaya dilaksanakan.

11. RELA pula telah dimartabatkan sebagai sebuah Jabatan setelah KDN mendapat keputusan Mesyuarat Kabinet, memperkenalkan beberapa inisiatif seperti pemakaian pakaian operasi digital, memperkasakan gelaran pangkat dan bentuk baru pangkat RELA (Insanior).

12. Kebanggaan kita juga dengan kejayaan KDN dan jabatan di bawahnya dalam menangani pencerobohan di Lahad Datu, penubuhan Pasukan STING bagi membendung pengedaran, pemprosesan dadah dan salahguna bahan, Pasukan Khas Delta dan Chalie untuk menangani jenayah kongsi gelap dan gangsterisme, Pasukan Khas membanteras kegiatan perjudian, penubuhan KDN Crisis Communication Team, Penubuhan Pasukan Bolasepak PDRM yang Cemerlang, menguatkuasakan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) yang berfokuskan pembenterasan jenayah, Certified Security Guard, inisiatif NBOS yang menggabungkan kekuatan dan keupayaan merentas agensi dan kementerian, UTC, KDN One Stop Centre, Hari Bertemu Pelanggan, Penubuhan IPSOM, Penubuhan Sukarelawan RELA di 30 buah Politeknik di seluruh Negara, pertambahan 8,000 keanggotaan dalam pasukan PDRM, kejayaan kita membanteras ajaran yang bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah, Wakaf Satu Juta Naskah Al-Quran dan keupayaan PDRM menangani perhimpunan haram secara berhemah.

13. Kita juga mengambil inisiatif, menambah aset keselamatan bagi melindungi pencerobohan di perairan Sabah, mewartakan Tembok Keselamatan sepanjang 68km dari Sungai Mentua, Tumpat ke Rantau Panjang sebagai usaha mengekang penyeludupan senjata, dadah, pelencungan precursor, perkhidmatan yang menyalahi undang-undang dan aktiviti pemerdagangan manusia melalui Sungai Golok.

14. Dalam Fasa I Agenda Transfomasi juga kita telah mempertingkatkan dan memperkasakan keupayaan pengurusan warga asing di mana dalam tempoh 6 bulan tahun ini sahaja kita telah melaksanakan 2,935 operasi, memeriksa 45,018 PATI, menahan 17,956 daripada mereka serta mengambil tindakan terhadap lebih 200 majikan yang melanggar peraturan dan Akta Imigresen.

15. Dalam masa yang sama, kita telah menguatkuasakan penggunaan i-kad biometric mengikut sektor pekerjaan pekerja asing sejajar dengan keputusan JKKPA- PATI dan telah mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang gagal membawa bersama i-kad semasa pemeriksaan dilaksanakan.

16. Walaupun kedudukan Malaysia telah jatuh ke Tahap 3 dalam Laporan Tahunan Jabatan Negara Amerika Syarikat (JNAS) 2014, ianya bukan gambaran sebenar akan komitmen atau inisiatif yang telah diambil oleh Kerajaan Malaysia bagi menangani jenayah pemerdagangan manusia ini.

17. Laporan Tahunan JNAS 2014 mengkritik mengenai kebanjiran pekerja asing di negara ini yang bekerja di pelbagai sektor yang didakwa menyumbang kepada isu pemerdagangan orang terutamanya mengenai pasport pekerja yang disimpan oleh majikan dan syarikat outsourcing yang terlibat dalam eksploitasi buruh. Dalam hal ini, Kerajaan Malaysia pada 20 Mei 2010 telah memutuskan dasar agar pengambilan pekerja asing secara outsourcing perlu diuruskan di bawah Akta Agensi Pekerjaan Swasta. Manakala urusan permohonan pekerja asing melalui outsourcing telah dibekukan mulai 15 September 2011. Ini jelas menunjukkan Laporan Tahunan JNAS 2014 tidak menggambarkan realiti sebenar penguatkuasaan dan komitmen KDN terhadap isu warga asing.

18. Selain itu, pengiktirafan Tertinggi kepada JPAM yang menduduki tempat ke 12 daripada 150 Negara Anggota Pertubuhan Pertahanan Awam (ICDO) dan Hadiah Latihan kepada dua anggotanya ke Belarus serta pengistiharan RELA sebagai Agensi Kerajaan paling ramai mempunyai pengikut Twitter, iaitu seramai 550,000 orang merupakan pencapaian terbaik dalam tempuh Fasa 1 bagi pasukan sukarelawan kita.

19. KDN juga merintis kerjasama pembelajaran bersama Open Universiti KL yang antara lain memberi peluang yang luas kepada 35 orang banduan melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama, sarjana dan doktor falsafah. Di sudut spiritual pula, Jabatan Penjara Kluang telah merintis keluarbiasaan dengan menjadi satu-satunya institusi yang mempunyai Sekolah Agama dalam Penjara. Selain itu seramai 4,060 wadar telah dinaikan pangkat secara time-base kepada koperal gred KX20 dan KX22 yang telah disempurnakan oleh saya pada 29hb.April yang lalu.

20. Untuk program pendidikan pencegahan, rawatan dan pemulihan, menerusi Yayasan Al Bukhari , saya telah mendapatkan Dana sebanyak 5 juta bagi membolehkan AADK melaksanakan fungsi-fungsinya dibawah Akta Penagih dadah (Rawatan Dan Pemulihan) 1983 dan Akta AADK 2004 disamping mengajak ahli masyarakat, GLC, sektor swasta dan NGO untuk bersama-sama dengan KDN bertanggungjawab menentang salahguna dadah dan bahan merbahaya yang lain.

Warga KDN Yang Dikasihi,

21. Dalam masa yang terhad ini, sekiranya saya menyenaraikan semua pencapaian, kejayaan, pembaharuan serta keberhasilan yang telah dilaksanakan di FASA I Agenda Transfomasi kita oleh Bahagian, Jabatan dan Agensi, ia sudah tentunya menjadi sebuah novel menarik mengenai kesah kejayaan KDN yang dipasak oleh kita semua dalam tempoh waktu yang sangat singkat. Ini merupakan suatu pencapaian yang mengkagumkan dan pada saya ia adalah suatu pencapaian yang sangat luar biasa.

22. Catatan yang saya sebutkan sebentar tadi merupakan sisipan daripada sebahagian kejayaan keluarga besar KDN di Fasa Pertama. Selain daripada keperluan mengekalkan momentum Fasa Pertama ini, KDN akan mengharungi cabaran-cabaran ke Jendela baru FASA KEDUA termasuk penglibatan dan tanggungjawab KDN dalam menangani kes-kes yang sangat kompleks seperti insiden dua (2) pesawat malang MH370 dan MH17 yang memerlukan  lonjakan tahap celik akal ke hadapan yang lebih tinggi dengan keperluan memberi tumpuan kepada Pelan Jangka Sederhana, Jangka Panjang dan Jangkaan Jauh. Pengalaman saya sepanjang berada di Ukraine membuatkan saya amat bersyukur dengan keadaan negara kita serta memberi impak besar kepada saya tentang bagaimana cara kita dan orang lain melihat dunia ini khususnya dalam menangani keselamatan dan kesejahteraan rakyat dalam mendokong Visi dan Misi Negara masing-masing.

WAY FORWARD FASA II

23. Inisiatif FASA DUA TRANSFOMASI KDN sangat memerlukan kita memiliki Strategic Intuition (intuisi strategik) yang jauh berbeza daripada usaha sepanjang setahun yang dahulu. Kepada Warga KDN dan rakyat Malaysia amnya termasuk para Petugas Media yang berada di dalam dewan ini, sukacita saya memperingatkan bahawa kita kadangkala lupa dengan kesusahan dalam mengekalkan nikmat keamanan yang telah dan sedang kita kecapi. Ingatlah, kita tidak menikmati keamanan ketahap sekarang secara tiba-tiba.

24. Oleh yang demikian, sebarang usaha dan tindakan yang tidak bertanggungjawab yang lebih bertujuan untuk memberi persepsi negatif dengan memburuk-burukkan KDN dan agensi di bawahnya demi populariti peribadi, kumpulan atau organisasi hendaklah dihentikan dengan penuh rasa kebertanggungjawaban.

25. Dalam menyokong, mendokong bagi menjayakan transfomasi nasional, KDN melalui inisiatif FASA II, sedang rancak melaksanakan transfomasi yang bermatlamatkan yang berteraskan budaya keberhasilan (Outcome based) dengan bersandarkan sebagai permulaan kepada 63 Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bahagian dan jabatan bagi menghasilkan transfomasi strategic KDN yang lebih cemerlang pada masa hadapan.

26. Dalam usaha menghadapi cabaran-cabaran utama atau Megatrends khususnya yang berkait rapat dengan mobilisasi demografi seperti jenayah, kebolosan sempadan, PATI, ekstrimisma, radikalisma, integriti, penguatkuasaan, salahguna dadah, keselamatan siber, tunjuk perasaan yang melampaui batas serta memastikan keselamatan dan keamanan Negara terjamin dan kesejahteraan rakyat terpelihara, saya dan pengurusan tertinggi KDN telah mempersiagakan bahagian, jabatan dan agensinya dengan Pelan Strategik 2015-2020 dalam menentukan bagaimana KDN ditadbir dan diurus mulai sekarang sehingga sejauh sehingga tahun 2030.

27. Langkah-langkah transfomasi KDN di Jendela FASA KEDUA ini akan mencorakkan KDN sebagai platform dan LEAD MINISTRY kearah menjadikan Malaysia Negara Selamat, Aman dan Sejahtera Menjelang 2020 dan mendokong MISI NASIONAL dengan merentasi GTP,ETP,PTP, STP dan yang terbaharu Program Transfomasi Fiskal (FTP) tercapai dalam tempuh masa yang ditetapkan atau lebih awal lagi.

28. Saya percaya dengan sokongan dan dokongan pengurusan tertinggi, gabungan pegawai-kakitangan Generasi X dan Generasi Y yang merupakan 72% warga KDN/Jabatan/Agensi dan rakyat Malaysia amnya, termasuk para petugas Media pada hari ini, prinsip FASA KEDUA yang berlandaskan 1KDN Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, Keselamatan Tanggungjawab Bersama, Integriti, Kualiti, Inovasi, Profesionalisme, Esprit de Corps, Globalisasi Tanpa Sempadan, Perlembagaan Dan Akta, Rukun Negara, NBOS dan Good Governance akan meletakkan KDN sebagai harapan dan Lead Ministry untuk Keselamatan Dan Kesejahteraan bagi keberhasilan High Income, Low Tax dan Public Happiness dalam menuju Matlamat Wawasan 2020 dan Future State 2030.

29. Di kesempatan ini juga, saya akan mengambil inisiatif awal untuk berbincang dan duduk semeja dengan Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Dato Seri Ahmad Shabery Cheek, bersama Ketua Pengarah SKMM serta Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail bagi mewujudkan satu Jawatankuasa Khas untuk menangani kes-kes melibatkan sensitiviti kaum dan agama yang dibangkitkan di dalam media sosial.

30. KDN sentiasa bertindak profesional dan tidak pernah melakukan penguatkuasaan double standard terhadap pesalah-pesalah yang melanggari undang-undang di Malaysia.

31. Saya mengharapkan kerjasama badan penguatkuasa dan perundangan kerajaan yang lain dapat bergerak seiring dengan KDN dalam membanteras gejala tidak sihat seperti kes menyentuh isu perkauman, sensitiviti agama dan budaya serta perjudian haram.

32. Akhir kata sekali lagi saya mengambil kesempatan di sini menyeru supaya warga KDN dari semua peringkat di setiap bahagian mempelbagaikan kaedah kerja dan membuat penambahbaikan secara berterusan disamping menyumbang tenaga di luar kebiasaan daripada tuntutan tugas seharian . Kita seharusnya sentiasa menjadi Kementerian yang sentiasa mendahului dalam menentukan bagaimana negara akan diurus dan ditadbir pada masa hadapan dan perlu berada selangkah di hadapan bagi menghadapi segala ancaman yang tidak pernah pasti.

33. Marilah kita berdoa dan berharap semoga segala usaha dan ikhtiar kita mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah S.W.T. jua. Sekali lagi saya ucapkan selamat menjalani ibadah puasa sunat Syawal dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin dari saya dan Famili.

Sekian,

Jazakumullah hukhoironkasira,

Wabilahitaufik Walhidayah

Wasalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Terima kasih.

Kementerian Dalam Negeri

Putrajaya
14 OGOS 2014

Agensi |

KLIK LOGO UNTUK KE MAKLUMAT PERKHIDMATAN AGENSI

 PDRM  PENJARA  JIM  jpn update  AADK  jppm update RELA AKSEM   Lembaga Penapis Filem  new ipsom  APMM Logo 2  esscom

Agensi |

KLIK LOGO UNTUK KE MAKLUMAT PERKHIDMATAN AGENSI

 PDRM  PENJARA  JIM  jpn update  AADK  jppm update RELA AKSEM   Lembaga Penapis Filem  new ipsom  APMM Logo 2  esscom