Awam | Warga KDN   phone white 03 - 8000 8000  email icon  pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Selamat Datang

Pautan Pantas Maklumat Korporat, Direktori, Perkhidmatan Online, Terkini dan Menu Portal

  kdn mapkdn feedbackkdn contact uskdn faq

header plain mobile2

UCAPAN MENTERI DALAM NEGERI - PERHIMPUNAN BULANAN BAGI BULAN JUN 2014

TEKS UCAPAN

YANG BERHORMAT

DATO' SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI

MENTERI DALAM NEGERI

SEMPENA

PERHIMPUNAN BULANAN

KEMENTERIAN DALAM NEGERI

05 MEI 2014 (KHAMIS)

Terima kasih kepada Saudara/Saudari Pengacara Majlis.

SALUTASI

Yang Berhormat Datuk Dr. Wan Junaidi Tunku Jaafar

Timbalan Menteri Dalam Negeri

Yang Berbahagia Dato' Mohamad Khalid Bin Haji Shariff

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri

Yang Berbahagia Dato'-Dato' TKSU-TKSU,

Ketua- ketua Jabatan KDN dan Agensi

Setiausaha-Setiausaha Bahagian, Pegawai-pegawai kanan,

Tuan-tuan, Puan-puan, saudara-saudari warga kerja KDN serta;

Rakan-rakan media yang saya hormati.

1. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Allah Subhana Wataala yang telah menentukan darjat dan kemuliaan serta tugas dan tanggungjawab dalam kalangan makhlukNya. Dengan izin-NYA jua kita dapat hadir dalam perhimpunan pada hari ini yang melibatkan pucuk pimpinan dan seluruh keluarga besar KDN.

2. Masih tidak terlewat jika memulakan ucapan saya dengan merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan Majlis Hari Keluarga KDN yang telah dijayakan dengan begitu meriah , berbanding dari majlis yang kita anjurkan pada tahun lalu. Tidak saya lupa, ucapan terima kasih sekali lagi kepada tuan rumah, Jabatan Penjara Malaysia yang begitu komited menunaikan amanah yang diberi bagi merealisasikan kelangsungan majlis hari keluarga kita tempuh hari.

3. Saya ingin menyatakan kebanggaan saya kepada Dato-Dato dan tuan-tuan semua, kerana saya sendiri sebagai individu yang dibesarkan oleh ayah dan ibu dalam sebuah keluarga dan adik-beradik yang akrab dan bersatu padu tetap percaya bahawa tanpa keakraban dan kesatuan yang jitu, semangat 1 KDN tidak mungkin menjadi realiti. Sebagai ayah kepada sebuah keluarga besar KDN, izinkan saya melafazkan keikhlasan saya kepada semua Jazaakumullahu khairan katsiran wa jazaakumullah ahsanal, semoga Allah membalas kebaikan yang banyak dan terbaik kepada kita semua.

Dato-Dato, Tuan-tuan dan Puan-puan.

4. Terlebih dahulu elok saya merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan saya kepada Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara YBhg. Dato Jariah Binti Mohd Said yang bersara wajib mulai 1hb.Mei 2014 baru-baru ini setelah 36 tahun berkhidmat dengan Kerajaan dan 22 tahun daripadanya di KDN dan jabatan-jabatan di bawah KDN. Di saat-saat akhir persaraan beliau, JPN telah mengambil inisiatif berimpak tinggi dengan mencadangkan Prosedur Baru Permohonan Pertukaran Alamat di dalam MyKad bagi mengurangkan beban dan masa kakitangan yang terpaksa memproses purata 400.000 permohonan pertukaran alamat setiap tahun oleh pemegang MyKad. Dari segi kebajikan dan pembangunan kerjaya kakitangan JPN, beliau telah berusaha dan berjaya memperolehi kelulusan kenaikan pangkat yang melibatkan 141 pelbagai jawatan di JPN 5 hari sebelum persaraan beliau. Semoga beliau dan keluarga sentiasamendapat kesihatan yang baik serta dilindungi Allah Subhanahu wa Taala. Tahniah juga saya ucapkan kepada Ketua-Ketua Pengarah JPN, Dato Sulaiman Haji Keling dan JPAM Dato Zaiton Abdul Samad yang baru dilantik baru-baru ini.

Hadirin yang dihormati sekalian,

5. Pada kesempatan ini juga saya mengucapkan terima kasih dan merakamkan tahniah kepada Pengurusan Tertinggi KDN kerana KDN kekal menduduki tempat pertama dalam kalangan kementerian-kementerian dalam hal menguruskan pembayaran bil iaitu 100% daripada 29,852 bayaran dalam bulan April berjaya dibuat dalam tempuh yang pantas, yakni kurang daripada 14 hari, malah ada yang kurang dari 3 hari berbanding dengan Kementerian lain. Selain itu, KDN juga menduduki tempat teratas dalam melengkapkan maklumat kos/penilaian bagi Prestasi Pengumpulan Data Baki Awal Aset Projek dengan bilangan (707), jauh mengatasi KPKT (448), KKR (336), JPM (297) dan MOF (209).

6. KDN juga telah ke hadapan dengan penambahbaikan inisiatif pembangunan Sistem Penilaian Prestasi Pengurusan Kewangan (S3PK) kepada Financial Index Reporting Management (FIRM) yang berbentuk Self Auditing bagi memudahkan analisis, pemantauan serta memperbaiki kelemahan pengurusan kewangan di semua PTJ KDN. Kisah-kisah begini amat mengujakan saya kerana ia sudah tentunya meningkatkan imej KDN dan menunjukkan kita di KDN sudah bersedia ke arah Pelaksanaan Perakaunan Akruan pada tahun hadapan. Syabas di atas usaha dan komitmen tuan-tuan dan puan-puan khususnya kakitangan dari Bahagian Kewangan, Audit dan Akaun.

7. Saya juga mengucapkan tahniah kepada AADK yang saya dapati telah mula melaksanakan fungsi-fungsinya dalam menguatkuasakan, menjalankan dan melaksanakan kuasa, kewajipan dan fungsi di bawah Akta Penagih Dadah (Rawatan Dan Pemulihan) 1983 dan Akta AADK 2004.

8. Engagement AADK baru-baru ini dengan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM, JPJ, Dewan Bandar Raya, RELA, JPAM dan beberapa agensi lain bagi melaksanakan tindakan penguatkuasaan Ops Selamat di Chow Kit merupakan langkah yang dipuji di mana dalam tempoh tidak sampai 3 jam, seramai 148 orang penagih dadah telah ditahan. Selain itu, AADK telah mengorak langkah mempertingkatkan modal insannya melalui kerjasama dengan Universiti Sains Islam Malaysia dan Colombo Pelan yang berpengkalan di Sri Langka.

9. Kerjasama erat Jabatan Penjara dengan Kementerian Pendidikan serta Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) dalam menerbitkan program Mesej Dari Penjara menerusi rancangan Wanita Hari Ini yang disiarkan 2 kali seminggu berjaya menarik seramai 1.3 juta penonton, merupakan inisiatif strategik dan pintar yang melangkaui kebiasaan. Saya difahamkan, modul koreksional kita telah diadaptasi oleh banyak negara dari kalangan negara-negara yang menjadi ahli International Corrections And Prison Associatin (ICPA) dan yang terbaharu, Jabatan Penjara Singapura telah mengambil Modul Spiritual Halaqah untuk digunapakai bagi merawatpulih banduan beragama Islam dari negara jiran berkenaan. Bagi penghasilan produk berskala besar pula, 3 penjara AGRO iaitu Jelebu, Kamunting dan Dusun Dato Murad berjaya meraih pendapatan sebanyak RM260,613.95 bagi tempuh tiga bulan pertama tahun ini. Syabas dan tahniah.

10. Sukacita saya memaklumkan bahawa inisiatif Perkongsian Pintar antara KDN (Bahagian NKRA), PDRM dan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan tempatan berkaitan Sistem Pemantauan Bandar Selamat (SPBS) telah terpilih menerima Geospatial Excellence Award (Kategori Sector Public Safety) di Geospartial World Forum 2014 di Geneva Switzerland pada 8hb.Mei 2014. Saya mendapat maklum bahawa sistem ini merupakan inovasi kaedah cerapan 14 jenis jenayah yang sistematik dan real time yang pertama di Dunia digunakan oleh seramai 1300 polis dari 413 Balai Polis dan 218 kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan. Syabas kepada PDRM dan Bahagian NKRA KDN.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

11. Tahniah juga kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang terus bertegas menguatkuasakan kesalahan-kesalahan serta perlanggaran di bawah seksyen 5,6,8,9 dan 15 Akta dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. Saya diberitahu dan juga sebahagiannya┬á telah terlibat sendiri dalam beberapa siri operasi yang mana sebanyak 44, 851 pendatang asing telah diperiksa dari Januari hingga Mei 2014. Daripada jumlah tersebut, seramai 13,191 pendatang tanpa izin dan 198 majikan telah ditahan dan diambil tindakan. Tiga warga negara dikesan mendominasi kesalahan-kesalah di bawah peraturan imigresen dalah tempoh tersebut, iaitu Indonesia (5,118 orang), Myanmar (2,061 orang) dan Bangladesh (1,654 orang). Dalam tempoh yang sama juga, seramai 22,458 orang telah diusir ke negara asal mereka.

12. Sukacita juga saya memaklumkan kepada hadirin hari ini bahawa bersempena dengan Lawatan Presiden Obama ke Malaysia baru-baru ini, Malaysia telah dipertimbangkan untuk menyertai Program Pengecualian Visa USA yang membolehkan rakyat Malaysia melakukan perjalanan ke Amerika Syarikat tanpa Visa selama 90 hari atau kurang seperti mana 37 lagi rakyat negara lain.

Hadirin yang dihormati sekalian,

13. Saya juga ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada PDRM khususnya diperingkat Kontinjen dan Ibu Pejabat Polis Daerah yang telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada semua Jabatan dan Agensi dibawah KDN bagi memastikan ketenteraman dan kesejahteraan negara kita terus terpelihara. Dan tahniah khas saya ditujukan kepada Jabatan Cawangan Khas PDRM yang mengambil langkah pencegahan awal dalam mengekang kumpulan-kumpulan ekstrimis tertentu sebelum berlakunya kejadian-kejadian yang tidak diingini yang boleh menjejaskan imej Negara kita. Tahniah Cawangan Khas PDRM .

Sekian, terima kasih.

Agensi |

KLIK LOGO UNTUK KE MAKLUMAT PERKHIDMATAN AGENSI

 PDRM  PENJARA  JIM  jpn update  AADK  jppm update RELA AKSEM   Lembaga Penapis Filem  new ipsom  APMM Logo 2  esscom

Agensi |

KLIK LOGO UNTUK KE MAKLUMAT PERKHIDMATAN AGENSI

 PDRM  PENJARA  JIM  jpn update  AADK  jppm update RELA AKSEM   Lembaga Penapis Filem  new ipsom  APMM Logo 2  esscom