Awam | Warga KDN   phone white 03 - 8000 8000  email icon  pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Selamat Datang

Pautan Pantas Maklumat Korporat, Direktori, Perkhidmatan Online, Terkini dan Menu Portal

  kdn mapkdn feedbackkdn contact uskdn faq

header plain mobile2

UCAPAN MENTERI DALAM NEGERI DI FORUM PENCEGAHAN JENAYAH

Assalamualaikum w.b.k.t.h. dan Salam sejahtera.

Terima kasih Saudara / Saudari Pengacara Majlis.

YB. Hajah Nancy Binti Hj. Shukri

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

YB. Senator Datuk Paul Low Seng Kuan

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

YB. Datuk  Dr. Wan Junaidi Bin Tunku Jaafar

Timbalan Menteri Dalam Negeri

YBhg. DatoÔÇÖ Sri Abdul Rahim Bin Mohamad Radzi

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri

Ketua-Ketua Jabatan

Setiausaha-Setiausaha Bahagian

Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGOS)

Mahasiswa / Mahasiswi

SUKSIS, RELASIS UTHM

Persatuan-Persatuan Penduduk

Pelatih-Pelatih  PDRM, Jabatan Penjara Malaysia

Wakil-Wakil Media Massa, Bloggers seterusnya

YBhg.Tan Sri, DatoÔÇÖ Sri, Datuk-Datuk, Datin-Datin, Tuan-Tuan Dan Puan-Puan Yang Saya Hormati┬á Sekalian.

1.      Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnianya, dapat kita semua berkumpul di Forum Pencegahan Jenayah yang disertai oleh pihak-pihak yang berpengaruh dalam menjaga keselamatan negara.

2.      Seperti kita sedia maklum, penganjuran forum ini adalah merupakan kesinambungan daripada forum yang telah diadakan di Sunway Hotel, Sunway Piramid Subang pada 20 Ogos 2013 yang lalu.

3.      Forum tersebut telah merintis dan mendorong semua pihak terlibat untuk menganjurkan forum susulan yang diadakan pada hari ini hasil respons positif dari masyarakat.

4.      Oleh yang demikian, dengan sukacitanya saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak penganjur iaitu dari Institut Keselamatan Awam Malaysia (IPSOM) dengan kerjasama Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU), Jabatan Perdana Menteri dan PENGAMAN kerana telah berganding bahu bagi merealisasikan forum ini.

5.┬á┬á┬á┬á┬á Sesungguhnya, pendekatan forum adalah amat tepat dan rasional dalam menghadapi cabaran isu jenayah semasa. Ini bukanlah masanya untuk kita berdebat mencari kesalahan manaÔÇômana pihak atau ÔÇÿpointing fingers to othersÔÇÖ, sebaliknya kita semua seharusnya duduk semeja dan bersatu hati bagi memerangi isu jenayah di Malaysia.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian.

6.      Isu jenayah dan keselamatan awam adalah topik utama yang dibincangkan oleh kumpulan masyarakat di media perdana dan media sosial muktahir ini. Ini kerana aspek keselamatan adalah perkara pokok yang mengakari pembangunan sesebuah negara.

7.┬á┬á┬á┬á┬á Kesan berlakunya kesÔÇôkes jenayah ini akan mengganggu gugat aktiviti harian, perhubungan sosial, dan aktiviti ekonomi masyarakat. ┬áOleh kerana itu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, DatoÔÇÖ Seri Mohd Najib Tun Abd Razak memandang serius perkara ini demi menjaga keamanan dan kesejahteraan rakyat.

8. ┬á┬á┬á┬á Sehubungan dengan itu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menggalaskan tanggungjawab besar ini kepada saya, YB Nancy Shukri dan YB Senator Datuk Paul Low Seng Kuan, selaku MenteriÔÇôMenteri di Jabatan Perdana Menteri bagi menangani isuÔÇôisu jenayah berdasarkan mekanisme perundangan di dalam negara ini.

9.      Kebersamaan kedua-dua Menteri dari Jabatan Perdana Menteri dalam Forum Pencegahan Jenayah ini, adalah satu perlambangan besar betapa pihak kerajaan memandang serius cabaran jenayah di Malaysia.

Hadirin dan Hadirat sekalian.

10.     Perubahan zaman dan teknologi telah turut mengubah landskap dunia persekitaran pada masa kini. Masyarakat terdedah dengan pelbagai bentuk cabaran baru yang boleh mengancam keselamatan awam.

11.     Oleh yang demikian, masyarakat perlu mempersiap-siagakan diri dalam mencegah aktiviti jenayah. Sebenarnya, terdapat 3 konsep penting untuk membentuk strategi Pencegahan Jenayah yang berkesan, iaitu;

Pertama:    Kaedah Pencegahan Awal Jenayah.

Kedua:        Kaedah Pengawalan Berdepan Dengan Jenayah, dan

Ketiga:       Kaedah Pengurangan Jenayah.

12.     Tuntasnya, strategi pencegahan jenayah yang efektif memerlukan kesediaan dan keprihatinan masyarakat memahami risiko jenayah dan membangunkan rangka kerja serta pelan tindakan (action plan) sebagai langkah awal percegahan terhadap kes-kes jenayah.

13.     Sikap keprihatinan masyarakat sekeliling terhadap jenayah perlu dibentuk bermula dari benih kekeluargaan di rumah, kemudian dibawa keluar kepada komuniti kejiranan dan seterusnya kepada seluruh lapisan masyarakat di Malaysia.

14.┬á┬á┬á┬á Hasil dari semaian nilaiÔÇônilai murni yang dipupuk dari rumah ini mampu menjadi sebuah titik permulaan yang amat penting bagi mewujudkan integrasi budaya PRIHATIN di negara ini. Jika budaya keprihatinan ini dapat dijadikan sebagai cara hidup harian kita, sudah pasti Malaysia akan menjadi sebuah negara yang terkenal dengan hospitaliti keperihatinan masyarakatnya.

YBhg.Tan Sri, DatoÔÇÖ Sri, Datuk-Datuk, Datin-Datin, Tuan-Tuan Dan Puan-Puan Yang Dihormati┬á Sekalian.

(NKRA MENGURANGKAN JENAYAH)

15.     Dalam tempoh pelaksanaan NKRA mengurangkan jenayah di bawah bawah Program Transformasi Kerajaan GTP 1.0 (2010-1012), kerajaan telah menggerakkan secara bersepadu seluruh jabatan dan agensi kerajaan untuk  bersama-sama dalam pencegahan jenayah dan bukannya hanya dipertanggungjawabkan kepada sesebuah agensi khusus sahaja seperti PDRM. Namun, kita mahu penyertaan semua pihak dalam memastikan keamanan dan kestabilan terjamin sekaligus mendorong keyakinan pelabur asing terhadap negara. Yang pastinya semua rakyat akan menikmati kehidupan yang lebih selesa, aman dan makmur.

16.     Dalam hal ini, kerajaan sedar bahawa usaha-usaha yang telah dilakukan berada pada landasan yang betul dan kerajaan akan meneruskan usaha murni ini. Malah usaha ini akan dipertingkatkan lagi kerana apa yang penting bagi kerajaan ialah untuk memastikan rakyat di negara ini merasa selamat dan terjamin.

17.┬á┬á┬á┬á Sebenarnya, negara kita telah mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Mengikut laporan World┬á Justice┬á ProjectÔÇÖs (WJP) Rule Of Law Index 2012,┬á Malaysia telah diletakkan sebagai negara pertama dalam kalangan tiga puluh (30) negara berpendapatan tinggi sederhana dan tempat ke enam belas (16) di dunia dalam melaksanakan program dan aktiviti bagi memastikan keselamatan rakyatnya.

18.┬á┬á Kita telah juga mendapat ÔÇÿexternal validationÔÇÖ di mana international panel review session (NKRA REDUCING CRIME) 2012 yangtelah diadakandi The Westin Hotel, Bukit Bintang, baru-baru ini. ┬áPanel ini telah melibatkan pakar-pakar daripada Polis Diraja Hong Kong, Polis Singapura, London Metropolitan Police dan Pegawai Keselamatan Kedutaan Amerika Syarikat. Mereka telah meneliti inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan di bawah GTP 1.0 NKRA mengurangkan jenayah dan telah memberikan ulasan yang positif serta memberikan saranan supaya program ini diteruskan. ┬áSehubungan itu, semua pihak perlu terus┬á berusaha untuk melaksanakan penambahbaikan dari masa ke semasa bagi memastikan pencapaian ini dapat dipertahankan dan dipertingkatkan lagi.

19.     Justeru, pada hemat saya, cabaran utama pada masa kini adalah untuk menangani persepsi rakyat mengenai rasa selamat dalam kalangan rakyat di negara ini. Kita bukan  sahaja perlu meneruskan momentum ini tetapi yang lebih penting ialah  memastikan  masyarakat  terus merasa selamat dan sejahtera. Selaras dengan itu, salah satu daripada National Key Performance Indicator (NKPI) Kementerian Dalam Negeri di bawah GTP 2.0 ialah untuk menangani isu persepsi rakyat berkaitan rasa selamat dalam kalangan masyarakat di negara ini.

20.     Sebenarnya dalam hal ini, kerajaan benar-benar serius untuk memastikan bahawa negara kita ini selamat.  Ingin saya maklumkan di sini bahawa sebagai contoh, penubuhan unit rondaan bergerak (URB) bagi tujuan rondaan di kawasan-kawasan perumahan yang dikenalpasti telahpun dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 19 Disember 2012. Alhamdulillah, berdasarkan maklumbalas yang diterima daripada pihak persatuan penduduk dan orang ramai, mereka menyambut baik program ini dan berharap pihak kerajaan akan terus memperluaskan lagi URB ini.

21.     Disamping itu, usaha-usaha bagi meningkatkan  kehadiran  polis (omnipresence) di kawasan-kawasan HOTSPOT harus terus dipertingkatkan.   Untuk itu, pegawai dan anggota daripada PDRM, RELA dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) telah ditugaskan untuk membuat rondaan di sekitar Kuala Lumpur sebagai tambahan kepada anggota sediada.

YBhg.Tan Sri, DatoÔÇÖ Sri, Datuk-Datuk, Datin-Datin, Tuan-Tuan Dan Puan-Puan Yang Saya Hormati┬á Sekalian.

Government Transformation Program  (GTP 2.0)

22.  Di bawah GTP 2.0, kerajaan telah melaksanakan penambahbaikan di mana masyarakat dilibatkan secara aktif untuk bersama-sama bertanggungjawap dengan jabatan atau agensi kerajaan dalam membanteras jenayah di kawasan masing-masing dan bukannya diserahkan kepada pihak berkuasa semata-mata.

23.     Program bersama masyarakat seperti persatuan penduduk dimantapkan melalui pemberian geran peruntukan sebanyak          RM10,000.00 untuk menggerakkan persatuan penduduk dalam pencegahan jenayah bersama dengan pihak berkuasa.

24.     Selain ini, skim rondaan sukarela atau SRS di kawasan-kawasan kejiranan turut dimantapkan dan diperkukuhkan dengan melibatkan golongan muda sebagai kesukarelawan.  Di bawah 1Malaysia For Youth (1m4u), kerajaan menggalakkan penglibatan golongan belia untuk bersama-sama memberi sumbangan ke arah membanteras jenayah.

25.┬á┬á┬á Pihak KDN telah mengadakan kerjasama dengan pihak swasta, sekolah termasuk sekolah antarabangsa dan golongan belia di bawah konsep ÔÇÿUnited Against CrimeÔÇÿ bagi merealisasikan penglibatan semua lapisan masyarakat.

26.     Sehubungan dengan ini, kerjasama dengan pihak  NGO seperti Persatuan Pengurusan Kompleks Malaysia (PPKM), Persatuan Peruncit Malaysia (MALAYSIA RETAILERS ASSOCIATION), Persatuan Pengusaha Tempat Letak Kereta Malaysia dan Pihak Badan Bukan Kerajaan juga telah diadakan untuk membantu memastikan keselamatan tempat letak kereta di Pusat-pusat Membeli Belah.

27.     Kerjasama juga telah diadakan dengan pihak NGO lain untuk membantu kaum wanita yang menjadi mangsa jenayah. Selaras dengan itu juga, satu program di bawah National Blue Ocean Startegy (NBOS) telah diperkenalkan iaitu AMANITA di mana pegawai-pegawai wanita PDRM telah dilantik di setiap kontinjen dan IPD untuk melaksanakan program AMANITA ini.

28.┬á┬á┬á┬á Mereka perlu mengadakan program dengan golongan wanita seperti surirumah, tetapi bukan hanya sekadar memberikan ÔÇÿtipsÔÇÖ pencegahan jenayah tetapi apa yang diharapkan ialah mereka dapat menjalinkan hubungan yang erat dengan golongan wanita agar mereka dapat menjadi mata dan telinga kepada pihak PDRM serta melaporkan aktiviti jenayah yang berlaku di kawasan mereka.

YBhg.Tan Sri, DatoÔÇÖ Sri, Datuk-Datuk, Datin-Datin, Tuan-Tuan Dan Puan-Puan Yang Saya Hormati┬á Sekalian.

(JALINAN KERJASAMA PIHAK PENGUATKUASA DAN MASYARAKAT)

29.     Pihak penguatkuasa perlu bekerjasama dengan masyarakat dalam memberikan nasihat dan menyusun strategi pencegahan jenayah seperti berikut:

(a) Memberi didikan dan kesedaran yang lebih luas kepada semua lapisan masyarakat supaya mereka memahami prinsip-prinsip asas pencegahan jenayah dan keselamatan awam.

(b) Memperbanyakkan persatuan-persatuan penduduk dan persatuan-persatuan yang sedia ada.  Persatuan-persatuan digalakkan bertukar-tukar pengalaman dan amalan di tempat masing-masing;

(c)  menggalakkan premis-premis perniagaan atau tempat-tempat yang ramai pengunjung untuk mengadakan perkhidmatan keselamatan mereka sendiri;

(d)  mempergiatkan kempen-kempen kesedaran dan aktiviti-aktiviti pencegahan jenayah bersama MCPF, NGOS, Rukun Tetangga, JPAM, RELA dan

(e)  menilai semula proses dan hasil aktiviti-aktiviti dan program yang telah dijalankan selama ini dan memperbaikinya dari masa ke semasa .

30.     Di kesempatan ini saya berharap agar hubungan antara pihak penguatkuasa dengan masyarakat boleh dijadikan sebagai perkongsian pintar dalam usaha membanteras jenayah di Negara kita.

YBhg.Tan Sri, DatoÔÇÖ Sri, Datuk-Datuk, Datin-Datin, Tuan-Tuan Dan Puan-Puan Yang Saya Hormati┬á Sekalian.

(AKTA PENCEGAHAN JENAYAH 1959)

31.     RUU Akta Pencegahan Jenayah telah dibentangkan di Parlimen pada 23 september 2013 dan maklumbalas awal yang diterima daripada Ahli Parlimen adalah positif. Harapan saya ialah supaya Akta ini dapat diluluskan bagi memastikan aktiviti pencegahan jenayah dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan demi kesejahteraan dan keselamatan rakyat Malaysia.

Y.Bhg.Tan Sri, DatoÔÇÖ Sri, Datuk-Datuk, Datin-Datin, Tuan-Tuan Dan Puan-Puan Yang Saya Hormati┬á Sekalian

32.     Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, sekali lagi  saya  mengambil kesempatan  ini  untuk  mengucapkan tahniah  dan  syabas kepada semua pihak yang terlibat dan yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan forum ini.  Tidak lupa juga terima kasih kepada semua yang hadir dalam forum pagi di atas sumbangan idea daripada tuan-tuan dan puan-puan.

  1. Dengan lafaz Bismillahirahmannirahim, saya dengan sukacitanya merasmikan Forum Pencegahan Jenayah.

Sekian, wabillahitaufik wal hidayah,

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

Auditorium D8, Putrajaya/28 September 2013

Agensi |

KLIK LOGO UNTUK KE MAKLUMAT PERKHIDMATAN AGENSI

 PDRM  PENJARA  JIM  jpn update  AADK  jppm update RELA AKSEM   Lembaga Penapis Filem  new ipsom  APMM Logo 2  esscom

Agensi |

KLIK LOGO UNTUK KE MAKLUMAT PERKHIDMATAN AGENSI

 PDRM  PENJARA  JIM  jpn update  AADK  jppm update RELA AKSEM   Lembaga Penapis Filem  new ipsom  APMM Logo 2  esscom