Awam | Warga KDN   phone white 03 - 8000 8000  email icon  pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Selamat Datang

Pautan Pantas Maklumat Korporat, Direktori, Perkhidmatan Online, Terkini dan Menu Portal

  kdn mapkdn feedbackkdn contact uskdn faq

header plain mobile2

UCAPAN MENTERI DALAM NEGERI ÔÇô PERASMIAN HIMPUNAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA KALI KE ÔÇô 19 TAHUN 2013

Terima kasih Saudara / Saudari Pengacara Majlis

Yang Berbahagia DatoÔÇÖ Daud Bin Tahir

Pemangku Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri

 

Yang Amat Setia Pesuruhjaya Pertahanan Awam

DatoÔÇÖ Sulaiman Bin Haji Keling

Ketua Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia

 

TKSU-TKSU Kementerian Dalam Negeri

 

Yang Berusaha Tuan Haji Ab Khalib Bin Mat

Yang DiPertua Majlis Perbandaran Port Dickson, Negeri Sembilan

 

Ketua ÔÇô ketua Jabatan dan Agensi di Peringkat Kerajaan Negeri

 

Setiausaha ÔÇô Setiausaha Bahagian KDN, Pegawai ÔÇô Pegawai Kanan JPAM

DatoÔÇÖ- datoÔÇÖ / Datin ÔÇô datin, Dif Jemputan

 

Tuan ÔÇô tuan, Puan-puan, Peserta ÔÇô Peserta Himpunan Pertahanan Awam yang saya hormati sekalian.

 

1.       Alhamdulillah, saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana kita semua dapat berkumpul pada malam yang meriah ini dalam Majlis Perasmian Pembukaan Himpunan Pertahanan Awam Malaysia Kali Ke-19.

2.       Sesungguhnya himpunan ini amat penting kerana ia bukan sahaja memperlihatkan kecekapan kemahiran Angkatan Pertahanan Awam tetapi ia menjadi medan untuk menzahirkan semangat kesukarelaan yang telah lama wujud dalam masyarakat yang sedia tampil menyertai JPAM.

3.┬á┬á┬á┬á┬á┬á Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Setia Pesuruhjaya (Pertahanan Awam) DatoÔÇÖ Sulaiman Bin Haji Keling,kerana atas kepimpinan dan dedikasi beliau, JPAM telah berjaya menganjurkan program tahunan ini dan saya berharap ia akan mendapat sokongan dan sambutan hebat dari masyarakat.

Hadirin dan Hadirat Sekalian,

PERANAN UTAMA JPAM

4.       Seperti kita sedia maklum, JPAM merupakan agensi yang berperanan memberi perlindungan kepada masyarakat awam apabila menghadapi situasi kecemasan, bencana alam dan pencerobohan.

PENGLIBATAN JPAM DALAM PENCEROBOHAN LAHAD DATU

5.       Sebagai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, JPAM telah membuktikan kemampuannya dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab membantu pihak keselamatan dalam kes pencerobohan Lahad Datu, Sabah. JPAM telah berjaya mengetuai dan mengurus tadbir pusat penempatan sementara dalam Ops Daulat, mengurus kebajikan mangsa dan mengagih sumbangan bantuan dari kerajaan dan NGO kepada masyarakat Lahad Datu.

6.       Dalam tempoh tersebut, saya berbangga dengan pasukan Pertahanan Awam yang berkhidmat dengan cekap dan cemerlang dalam mengurus kebajikan masyarakat. Kejayaan JPAM membantu pasukan keselamatan negara ini memberi pengalaman baru yang bermakna kepada anggota JPAM yang terlibat.

7.       Indikasi ini menunjukkan bahawa JPAM telah cukup matang untuk berdepan dengan situasi-situasi genting ketika wilayah negara diceroboh oleh orang asing.

Hadirin dan Hadirat Sekalian,

PERKHIDMATAN TALIAN KECEMASAN 999

8.       Kewibawaan JPAM dalam membantu menyelesaikan hal ehwal kecemasan juga amat membanggakan. JPAM telah diberikan kepercayaan oleh TM Berhad untuk menjadi perintis di kalangan Agensi Kecemasan Utama kepada penggunaan sistem MCAD (Mobile Computer Aided). MCAD merupakan sebuah sistem yang telah dibangunkan di bawah MERS 999 (Malaysia Emergency Response System 999) yang membantu penghantaran maklumat daripada Pusat Kawalan 999 JPAM kepada anggota-anggota bertugas di lapangan.

9.       Pada tahun 2013 (sehingga bulan September), JPAM telah berjaya menangani sebanyak 89,143 kes kecemasan harian yang berlaku di seluruh negara yang melibatkan sejumlah 44,704 orang mangsa.

10.     Ini jelas menggambarkan bahawa JPAM  komited menangani kes-kes kecemasan harian yang berlaku dalam masyarakat seluruh Malaysia.

Hadirin dan Hadirat Sekalian,

JPAM BEROPERASI DI PANTAI PERANGINAN MALAYSIA.

11.┬á┬á┬á┬á Seharusnya juga kita berbangga kerana JPAM adalah satu ÔÇô satunya agensi yang beroperasi di pantai ÔÇô pantai peranginan utama seluruh negara dengan sebanyak 32 buah menara penyelamat pantai telah dibina bagi mengawasi kes ÔÇô kes kecemasan air di kawasan pantai.

12.     Pada tahun 2013 (sehingga bulan September), Pasukan Penyelamat Pantai JPAM telah memberikan perkhidmatan kecemasan kepada pengunjung pantai dan sebanyak 1033 kes ditangani melibatkan sejumlah 1043 orang mangsa.

13.     Tuntasnya, JPAM telah melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik baiknya dalam memastikan jaminan keselamatan

orang ramai di pantai, di tempat tinggal, dan di kawasan pencerobohan asing.

Hadirin dan Hadirat Sekalian,

TRANSFORMASI JPAM

14.     Peranan dan tanggungjawab JPAM kini bukan lagi terikat hanya kepada aktiviti latihan kepada anggota semata-mata tetapi ia perlu diperkembangkan mengikut kehendak semasa. Ia memerlukan satu transformasi dalam JPAM pasca 61 tahun penubuhannya.

15.     Peranan yang semakin mencabar ini perlu dipikul oleh seluruh warga Jabatan Pertahanan Awam  tanpa mengira kaum, budaya, latar belakang atau agama.

16.     Oleh itu,  kita semua harus bersedia menerima perubahan ini dalam usaha untuk menjadikan Jabatan Pertahanan Awam sebagai Peneraju Dalam Pengurusan Kecemasan dan Bencana serta bukan lagi sebagai Jabatan yang dianggap setakat memberi perkhidmatan sokongan sahaja.

ANTARABANGSA

16.     Transformasi JPAM dikukuhkan lagi melalui jaringan hubungan antarabangsa dengan menjadi anggota tetap Pertubuhan Pertahanan Awam Antarabangsa atau International Civil Defence Organisation (ICDO). Keanggotaan JPAM ini bagi mengangkat dan mengiktiraf peranan universal JPAM setaraf dengan organisasi sama di seluruh dunia dalam mengguna pakai deklarasi dan resolusi antarabangsa di bawah payung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam menghadapi situasi kecemasan, bencana dan peperangan. Selain penglibatan di dalam ICDO, kerjasama JPAM dengan Asian Network for Major Cities 21 atau ANMC21 yang berpusat di Tokyo, Jepun dan Asian Disaster Preparedness Center (ADPC) yang berpusat di Bangkok, Thailand juga telah dijalinkan bagi memberi platform berguna kepada JPAM untuk menimba pengetahuan dalam bidang perancangan dan teknologi pengurusan bencana. Melalui keanggotaan JPAM dalam ICDO dan kerjasama dengan ANMC21 dan ADPC ini, diharapkan JPAM dapat mengorak langkah membina kekuatan dalaman yang secara langsung mampu mengangkat imej JPAM dan menonjolkan lagi peranan dan perkhidmatan JPAM di mata rakyat. Dari segi personnel, untuk misi bantuan ke luar negara, JPAM mempunyai sebuah pasukan khas yang terlatih dan mahir, iaitu Pasukan Khas Pertahanan Awam (PASPA) yang dianggotai seramai 90 orang dalam pasukan utama. Pasukan ini bersiap-siaga dalam membantu sebarang misi menyelamat pada bila-bila masa.

Hadirin dan Hadirat Sekalian,

SEMANGAT KESUKARELAAN

17.┬á┬á┬á┬á Saya difahamkan, pelaksanaan Himpunan Pertahanan Awam Malaysia yang telah memasuki tahun keÔÇô19 adalah sebagai pelabuh tirai takwim latihan tahun 2013. Saya yakin, kesungguhan dan komitmen dari setiap anggota Angkatan Pertahanan Awam dalam melaksanakan tugas murni ini merupakan nadi kejayaan sesuatu operasi menyelamat.

18.     Paling penting, di negara ini semuanya ini dilakukan bukan oleh anggota tetap sebuah jabatan kerajaan semata-mata, tetapi dibantu dan disokong melalui gerakan sukarelawan yang melibatkan rakyat. Gerakan sukarelawan rakyat inilah yang menjadi nadi utama keamanan dan kesejahteraan negara.

19.     Walaupun JPAM mempunyai hanya 1,189 orang Penjawat Awam Tetap, bagaimanapun fungsi dan peranannya telah disokong oleh 701,240 orang Anggota Sukarela Pertahanan Awam (ASPA) yang berdaftar dan terlatih di seluruh negara. Tegasnya, hampir 98 peratus perkhidmatan JPAM, baik dalam perkhidmatan talian MERS999 (Malaysian Emergency Response Services), Pasukan Penyelamat Pantai, operasi bencana dan khidmat kemanusiaan yang dilaksanakan JPAM kekuatan adalah didukung oleh anggota sukarela.

20.     Dengan kekuatan anggota terlatih seperti KAPA (37,425), SISPA (2,869), PISPA (11,100) DAN CDERT (2,500) [ Sehingga Oktober  2013 ] dan juga orang awam yang didedahkan dengan ilmu Pertahanan Awam melalui Latihan Kesiapsiagaan Awam Menghadapi Kecemasan, di bawah Komponen Pertahanan Menyeluruh (HANRUH); tidak salah untuk menyatakan bahawa JPAM merupakan pasukan sukarelawan rakyat yang berada di barisan hadapan dalam menangani krisis, kecemasan dan bencana, baik bencana semula jadi mahupun akibat perbuatan manusia, di dalam sesuatu lokaliti di negara ini.

21.     Melalui pendedahan dan latihan yang diberikan, saya berharap rakyat dapat dilibatkan untuk bertindak pantas bagi menangani kecemasan dan bencana di dalam negara ini. Alhamdulillah, hari ini, pada tahun 2013, JPAM sudah mempunyai 159 buah Pejabat Pertahanan Awam Negeri, Daerah mahupun Unit berbanding pada tahun 2008, hanya mempunyai 68 buah pejabat sahaja. Saya dimaklumkan bahawa permintaan terhadap perkhidmatan JPAM juga semakin meningkat. Semua ini menunjukkan satu perkembangan positif dan mampu memberi impak terhadap rakyat.

Hadirin dan Hadirat Sekalian,

PENUTUP

22.     Saya berkeyakinan, bahawa nilai kesukarelaan yang dipupuk menerusi program dan aktiviti Pertahanan Awam selama ini amat bertepatan dan sehaluan dengan matlamat penubuhan JPAM, iaitu bagi melibatkan penglibatan orang awam dalam melindungi nyawa dan harta benda penduduk. Bukan sahaja peranan ini wajar dimainkan oleh setiap anggota sukarela JPAM yang dilatih, tetapi mereka juga perlu meningkatkan kemampuan sehingga ke tahap jurulatih dan mampu melatih orang awam yang lain.

23.     Akhir kalam, saya ingin mengucapkan selamat bertanding dan maju jaya kepada kontinjen negeri yang mengambil bahagian di dalam aktiviti sepanjang himpunan ini berjalan. Syabas dan tahniah juga saya ucapkan kepada jawatankuasa urusetia penganjur termasuk kepada pihak pengurusan Majlis Daerah Port Dickson  di atas penganjuran Himpunan Pertahanan Awam Malaysia ini. Saya dan Kementerian Dalam Negeri berharap semangat kesukarelaan yang ditunjukkan melalui JPAM dapat mencapai hasrat dan objektif yang digariskan.

24.┬á┬á┬á┬á Dengan lafaz┬á ÔÇØFasabbih Bihamdirob Bikawastaghfir Innahu Kanatau WabaÔÇØ saya merasmikan Majlis Pembukaan Himpunan Pertahanan Awam Malaysia Kali Ke-19 Tahun 2013 dengan rasminya.

Sekian, terima kasih.

Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

 

Port Dickson, Negeri Sembilan 07112013

Agensi |

KLIK LOGO UNTUK KE MAKLUMAT PERKHIDMATAN AGENSI

 PDRM  PENJARA  JIM  jpn update  AADK  jppm update RELA AKSEM   Lembaga Penapis Filem  new ipsom  APMM Logo 2  esscom

Agensi |

KLIK LOGO UNTUK KE MAKLUMAT PERKHIDMATAN AGENSI

 PDRM  PENJARA  JIM  jpn update  AADK  jppm update RELA AKSEM   Lembaga Penapis Filem  new ipsom  APMM Logo 2  esscom