Awam | Warga KDN   phone white 03 - 8000 8000  email icon  pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Selamat Datang

Pautan Pantas Maklumat Korporat, Direktori, Perkhidmatan Online, Terkini dan Menu Portal

  kdn mapkdn feedbackkdn contact uskdn faq

header plain mobile2

MAJLIS SAMBUTAN HARI INOVASI KEMENTERIAN DALAM NEGERI TAHUN 2013

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Salam 1Malaysia, Salam 1KDN dan Salam Inovasi,

Yang Berhormat Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Timbalan Menteri Dalam Negeri;

Yang Berbahagia DatoÔÇÖ Sri Abdul Rahim bin Mohamad Radzi

Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri;

Yang Berbahagia Prof. Datuk Dr. Mohd Fauzi bin Hj. Ramlan

Naib Canselor, Universiti Putra Malaysia;

Yang Berbahagia DatoÔÇÖ Daud bin Tahir

Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Pengurusan);

Selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Inovasi KDN;

Yang Berbahagia DatoÔÇÖ Alwi bin Hj. Ibrahim

Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan);

Yang Berbahagia DatoÔÇÖ Wahab bin Mohd Yasin

Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi);

Yang Berusaha Puan Hasanah binti Ab. Hamid

Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan dan Perolehan);

Yang Berbahagia DatoÔÇÖ Haji Wan Ali bin Besar

Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan);

Ketua-Ketua Pengarah Jabatan, Setiausaha-Setiausaha Bahagian Kementerian Dalam Negeri;

Pegawai-pegawai Kanan Kementerian dan Jabatan

Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian.

1.     Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah SWT kerana rahmat serta izin-Nya jua kita dapat menghadiri Majlis Sambutan Hari Inovasi Kementerian Dalam Negeri bagi Tahun 2013. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Universiti Putra Malaysia atas kesudian dan berbesar hati untuk menjadi tuan rumah bagi majlis ini.

2.┬á┬á┬á┬á Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada YBhg. DatoÔÇÖ Sri Abdul Rahim bin Mohamad Radzi, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan YBhg. Prof. Dr. Mohd Fauzi bin Hj. Ramlan, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia yang bersama-sama berganding bahu berkolaborasi bagi menjayakan majlis yang begitu bermakna ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih atas komitmen DatoÔÇÖ Sri, DatoÔÇÖ-DatoÔÇÖ, Tuan-tuan dan Puan-puan untuk menghadiri Majlis Sambutan Hari Inovasi Kementerian Dalam Negeri bagi tahun ini.

DatoÔÇÖ Sri, DatoÔÇÖ-DatoÔÇÖ, Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

3.┬á┬á┬á┬á Majlis Sambutan Hari Inovasi Kementerian Dalam Negeri 2013 yang julung-julung kali diadakan di luar Kementerian iaitu di Universiti Putra Malaysia ini bertemakan ÔÇ£Inovasi Teras Transformasi 1KDNÔÇØ. Tema ini membawa maksud seluruh warga Kementerian Dalam Negeri perlu bergerak seiring dalam menghasilkan ciptaan inovasi yang berimpak tinggi demi merealisasikan visi dan misi yang digagaskan bersama. Penganjuran majlis ini sekali lagi menjadi agenda penting dan komitmen KDN terhadap usaha-usaha menyemarakkan lagi budaya inovasi di kalangan pegawai dan kakitangan Kementerian. Selain itu, majlis ini juga merupakan platform untuk mengiktiraf dan menghargai usaha Jabatan, Agensi dan Bahagian yang berjaya menghasilkan produk-produk inovasi yang dapat meningkatkan tahap kualiti perkhidmatan untuk rakyat dan negara.

4.     Umumnya, inovasi merupakan hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam beberapa aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti kepada organisasi. Cetusan idea-idea tersebut adalah meliputi pelbagai aspek dan boleh merangkumi apa-apa perubahan dalam bentuk sistem dan prosedur, kaedah dan cara bekerja mahupun pengenalan teknologi. Hasil dari pelaksanaan idea-idea inovasi akhirnya dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan serta Agensi. Dalam konteks sektor awam, sesuatu inovasi seharusnya dapat memberi manfaat kepada rakyat atau public value dan dapat memberi nilai tambah kepada keadaan yang sedia ada.

5.     Kita harus menyedari bahawa inovasi kini bukan hanya sekadar kunci kejayaan sesebuah organisasi, malah mampu memberi satu titik permulaan atau anjakan paradigma kepada kemajuan dan kejayaan sesebuah negara lantas mengukuhkan kedudukan negara tersebut di dalam ranking daya saing global.  Tumpuan utama hendaklah diberikan kepada galakan inovasi secara berterusan bagi meningkatkan budaya inovasi dalam perkhidmatan awam. Pembudayaan inovasi inilah yang menjadi teras utama dalam melonjakkan transformasi Kementerian di samping meningkatkan mutu perkhidmatan yang Kementerian berikan kepada rakyat.

6.┬á┬á┬á┬á┬á YAB DatoÔÇÖ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pernah menyatakan bahawa INOVASI merupakan satu agenda penting dalam transformasi semua sektor awam. Beliau menyatakan salah satu nilai asas bagi melengkapkan tiang utama adalah ÔÇ£Membudayakan kreativiti dan Inovasi.ÔÇØ Melalui petikan ucapan beliau iaitu ÔÇ£Mahu tidak mahu para penjawat awam mesti berfikir di luar lingkungan kotak. Saya tidak mahu budaya ÔÇ£automationÔÇØ menjadi satu hakikat kehidupan dalam sektor awam. Kita seharusnya berfikiran kritis dan konstruktif dalam menunaikan tanggungjawab dan amanah dengan mencari penyelesaian-penyelesaian kreatif dan inovatif di luar kelaziman.ÔÇØ Di sinilah bermulanya pemikiran inovasi tanpa batasan yang perlu diterapkan agar dapat mewujudkan sesuatu yang memberi nilai tambah dan manfaat kepada semua pihak.

7.┬á┬á┬á┬á Konsep Cepat, Tepat dan Integriti (CTI) serta Produktif, Kreatif dan Inovatif (PCI) yang telah diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri menekankan budaya kerja yang cepat, tepat dan berintegriti akan memupuk pemikiran yang menjurus ke arah produktiviti, kreativiti dan inovasi. Selaras dengan usaha kerajaan dalam ÔÇÿFokus Keempat iaitu Mempercekap Penyampaian Pekhidmatan AwamÔÇÖ, warga KDN mesti menerapkan budaya PCI manakala amalan kerja pula mestilah merangkumi konsep CTI. Konsep CTI ini merupakan panduan dalam melaksanakan tugasan harian dan perlu disokong dengan konsep PCI supaya warga KDN tidak mudah berpuas hati dengan pencapaian serta urusan harian, malah sentiasa berusaha untuk memperkasakan sistem perkhidmatan sedia ada. Cetusan idea-idea yang dilaksanakan dengan sempurna hasil amalan CTI dan PCI mampu melonjakkan nama Kementerian Dalam Negeri.

8.     Bersama-samalah kita meletakkan inisiatif inovasi yang terpilih sebagai tanda aras untuk dicontohi oleh semua Jabatan dan Agensi bagi menampilkan lebih banyak idea baru yang akan mempersadakan inovasi ke arah kesejahteraan rakyat. Betapa pentingnya inisiatif-inisiatif inovasi yang dipilih di peringkat Kementerian dan Jabatan kerana pemilihan inisiatif yang berkualiti mempunyai potensi yang tinggi untuk dimanfaatkan dalam sistem perkhidmatan dan dapat meningkatkan tahap kepuasan pelanggan.

Para hadirin sekalian,

9.┬á┬á┬á┬á Jika diimbau kembali kebiasaan selalu dipraktikkan, sesuatu organisasi melakukan inovasi hanyalah untuk organisasi masing-masing. Kini, ketamadunan zaman melangkaui kebiasaan malah beranjak ke arah yang lebih maju yang dipanggil inovasi tanpa batasan. Pelaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) memupuk ÔÇ£breaking-the-silosÔÇ£ bagi meningkatkan kerjasama antara agensi-agensi, melancarkan program-program yang rendah dalam kos namun memberikan kesan atau impak yang tinggi, dan pelaksanaan yang cepat. Ini termasuk mengurangkan pertindihan fungsi antara agensi-agensi Kerajaan. Contohnya, Kerajaan telah menubuhkan Pusat Transformasi Bandar (UTC), iaitu satu pusat sehenti (One-Stop Centre) yang membolehkan rakyat menerima perkhidmatan yang disediakan oleh agensi-agensi Kerajaan, di bawah satu bumbung. Selain itu, kolaborasi antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di bawah NBOS telah berjaya mengurangkan kadar jenayah sekaligus pernah merangkul Pemenang Anugerah Inovasi Perdana Menteri pada tahun 2010. YAB Perdana Menteri dalam Majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri pada 13 November 2013 yang lalu juga menekankan aspek daya kesungguhan yang tinggi di kalangan penjawat awam kerana dengan daya kesungguhan, kita boleh menjadi bangsa yang berinovatif. Begitu juga, usaha pemerkasaan penyampaian perkhidmatan awam terutamanya dalam menyediakan perkhidmatan yang mempunyai titik sentuhan langsung dengan rakyat sentiasa menjadi agenda utama Kerajaan. Berkemungkinan juga kolaborasi antara Kementerian dan Universiti selepas ini boleh diketengahkan dalam meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan di negara kita.

10.     Dalam tahun ini, pelbagai projek-projek inovasi telah  diperkenalkan di peringkat Jabatan dan Agensi yang dapat memberi impak yang berkesan dan bermanfaat kepada sistem perkhidmatan Kementerian. Antara inovasi yang telah diperkenalkan ialah seperti berikut:

a.  Penjimatan Penggunaan Bahan Api Bagi Kenderaan Pasukan  oleh PDRM,

            b.  Email Prisoner Letter oleh Jabatan Penjara, Projek Vokasional di Klinik C&C oleh AADK,

c.  Pengurangan Kes Tidak Dibenarkan Berlepas (Not To Depart) Terhadap Penumpang Yang Tidak Memenuhi Syarat-Syarat Imigresen oleh JIM,

d.  MempercepatkanCarian MyKad Express oleh JPN,

            e.  Portable Generator yang lebih efektif oleh JPAM dan

f.  Panduan Penghantaran Maklumat Pertubuhan Secara Online oleh JPPM.

11.     Ini merupakan contoh-contoh projek inovasi yang telah dilaksanakan hasil dari pemikiran kreatif di Jabatan mahupun di Agensi. Pemikiran yang kreatif seperti inilah yang mesti dipupuk dan diterap dari awal di dalam setiap warga KDN hingga dapat mencetuskan idea-idea yang bernas yang boleh menaikkan imej Kementerian Dalam Negeri.

12.Memang tidak dinafikan warga KDN mempunyai idea-idea yang bernas dan berkualiti untuk diketengahkan, namun peluang perlu dibuka kepada semua lapisan pegawai dan kakitangan supaya setiap daripada kita dapat merealisasikannya.

13. Bercakap tentang realisasi, saya juga dimaklumkan bahawa Universiti Putra Malaysia akan mengadakan Pilihanraya Kampus pada 28 November 2013 (Khamis) ini. Di kesempatan ini, saya menyarankan agar warga UPM membuat pemilihan secara telus yang boleh membawa kepada kesejahteraan warga UPM sendiri. Jangan mengikut kehendak gelora nafsu semata-mata kerana ia boleh membawa bencana. Sebaliknya, berfikirlah secara terbuka sebelum mengundi kerana anda merupakan penentu pemimpin yang akan merealisasikan kehendak bersama.

14.Akhir kata, saya dengan ini mengambil peluang untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada agensi-agensi yang dinobatkan sebagai pemenang bagi tahun ini. Semoga dengan kejayaan yang dikecapi oleh pemenang kali ini akan dapat dicontohi oleh semua Jabatan, Agensi dan Bahagian dalam usaha merancakkan lagi pembudayaan inovasi di organisasi masing-masing.

15.Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan ini merasmikan Majlis Sambutan Hari Inovasi Kementerian Dalam Negeri bagi tahun 2013.

 

Sekian, Wabillahi Taufiq Wal Hidayah Wassalamu Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih.

 

DEWAN BESAR PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, 26112013

Agensi |

KLIK LOGO UNTUK KE MAKLUMAT PERKHIDMATAN AGENSI

 PDRM  PENJARA  JIM  jpn update  AADK  jppm update RELA AKSEM   Lembaga Penapis Filem  new ipsom  APMM Logo 2  esscom

Agensi |

KLIK LOGO UNTUK KE MAKLUMAT PERKHIDMATAN AGENSI

 PDRM  PENJARA  JIM  jpn update  AADK  jppm update RELA AKSEM   Lembaga Penapis Filem  new ipsom  APMM Logo 2  esscom